Selasa, 27 Januari 2015

cara solat Dhuha...jom..jdkn amalan.

Solat Sunat Dhuha | Daripada Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. 

Lalu ia berkata : Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan).

Huraian Hadith: 
  1. Umat Islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah.
  2. Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri muslim yang sejati.
  3. Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdhal sekiranya dilakukan ketika matahari betul-betul naik dan bersangatan panas.
  4. Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnya matahari.

PANDUAN SOLAT DHUHA BESERTA BACAAN DALAM RUMI
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:
Solat Sunat Dhuha
Niat dalam Rumi : Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.
Maksudnya
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

3) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Solat Sunat Dhuha

4) Baca doa ini selesai solat
Solat Sunat Dhuha
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Rossacalla & Shafiqolbu

Tiada ulasan: