Ahad, 20 Februari 2011

pedoman bahasa drpd Dewan Bahasa dan pustaka



 PEDOMAN BAHASA


PRAKATA

Salah satu khidmat yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk

menyelesaikan masalah bahasa yang dihadapi oleh pengguna bahasa ialah

Khidmat Nasihat Bahasa (KNB).  Melalui KNB pelbagai pertanyaan tentang

bahasa, seperti penggunaan ejaan Rumi dan Jawi yang betul; penggunaan

istilah yang tepat; serta penyemakan tatabahasa boleh dikemukakan oleh

pengguna bahasa.

Untuk terbitan pertama Pedoman Bahasa pada kali ini, kami mencuba

mendedahkan beberapa kekeliruan dan pertanyaan bahasa yang pernah

dikemukakan oleh pengguna bahasa, serta jawapan bagi kekeliruan dan

pertanyaan tersebut.
Pedoman Bahasa merupakan kesinambungan daripada terbitan kami yang
sebelumnya, iaitu risalah Ke Arah Bahasa Melayu yang Berkesan.  Terbitan
pertama ini menjurus kepada 3 bahagian:



 i.  Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang

Dipertuan, dan Yang di-Pertuan

ii.  Soal Jawab Masalah Tatabahasa

iii.  Kata dan Makna



Kami berharap, pedoman ini dapat membantu pengguna bahasa

mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa.

 

Sekian, terima kasih.


“BAHASA JIWA BANGSA”

“CINTAILAH BAHASA KITA”



(HAJAH ZAITON BINTI AB. RAHMAN)

Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam,

Jabatan Bahasa,

Dewan Bahasa dan Pustaka.







 BAHAGIAN 1

Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-Pertua, 

Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan





Pengguna bahasa Melayu masih lagi keliru mengeja frasa Yang Dipertua,

Yang di-Pertua,  Yang Dipertuan, dan Yang di-Pertuan.  Kekeliruan

ini mungkin disebabkan oleh ketidakselarasan penggunaan frasa tersebut,

terutamanya dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. 



Mulai tahun 2000, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Jawatankuasa

Biro Pengaduan Bahasa telah memutuskan untuk menyelaraskan ejaan bagi

frasa tersebut.  Tiga bentuk penulisan yang betul telah diputuskan, iaitu Yang

Dipertua, Yang di-Pertua, dan Yang di-Pertuan, manakala ejaan

Yang Dipertuan dianggap salah.  Penggunaan ketiga-tiga frasa tersebut

adalah khusus untuk jawatan atau pangkat tertentu.



Frasa  Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesuatu

organisasi atau pertubuhan, contohnya:



  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu

  Yang Dipertua Dewan Perniagaan Cinta Malaysia

  Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia



Bagi ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, frasa

yang digunakan ialah frasa Yang di-Pertua, contohnya:



  Yang di-Pertua Dewan Negara

  Yang di-Pertua Dewan Negeri

  Yang di-Pertua Dewan Rakyat











Frasa Yang di-Pertuan pula digunakan khusus untuk ketua negara dan

ketua negeri, contohnya:





  Yang di-Pertuan Agong

  Yang di-Pertuan Negeri

  Yang di-Pertuan Besar





Penggunaan bentuk ejaan Yang di-Pertuan dan Yang di-Pertuan ini

adalah selaras dengan bentuk yang digunakan secara rasmi oleh Jabatan

Perdana Menteri dan bentuk ini juga telah digunakan dalam Perlembagaan

Persekutuan.











 





























BAHAGIAN 2

Soal Jawab Masalah Tatabahasa



Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, melalui Khidmat Nasihat

Bahasa selalu menerima pelbagai pertanyaan bahasa, seperti tatabahasa

bahasa Melayu.  Antara pertanyaan yang diterima dan jawapan yang telah

diberikan termasuklah:





1.   Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar?

        Contohnya:

   Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, 

          guru- guru dan rakan-rakan sekalian…



Jawapan

 

Menurut peraturannya, kata nama am tidak dieja dengan huruf besar

(huruf pertamanya).  Jadi, “Tuan pengerusi majlis, yang

berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan”

sepatutnya ditulis dengan huruf kecil.  Walau  bagaimanapun, dalam

teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru

besar  boleh ditulis dengan huruf besar  (pada pangkalnya sahaja)

kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk

orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.  Maka,

huruf besar boleh digunakan seperti dalam nama khas untuk kata

Tuan Pengerusi Majlis dan  Yang Berusaha Guru Besar,

kecuali untuk kata guru-guru dan rakan-rakan kerana kata

tersebut ditujukan secara umum kepada yang hadir dalam majlis

tersebut.

 



Rabu, 16 Februari 2011

Latihan tatabahasa sekolah rendah ( simpulan bahasa )


Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
nyawa ikan,                  lidah biawak,                   makan angin,
makan hati,                   keras hati,                       otak cair,
panjang tangan,             pencuci mulut,                 putih tulang,
putih mata,                    mulut tempayan               meninggal dunia 
1. Budak itu .......................... dia belajar hingga berjaya.
2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia .......................... .
3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Tioman.
4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya .......................... .
5. Seorang kawan saya itu .......................... .
6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan ........................ .
7. Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.
8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.
9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai ........................ .
10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ………………………………



Gantikan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
makan angkat,              lepas tangan,                keras hati,
kera sumbang,              kata putus,               jatuh hati,             isi hati,
ikut jejak,                     ibu angkat,                     hati batu.
1.  Laki-laki yang kaya itu tidak menaruh belas kasihan terhadap orang miskin.
     (                                               )
2.   Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. (                                               )
3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. (                                                    )
4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. (                                  )
5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggug? (                                    )
6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.(                         )
7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. (                                                   )
8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, (                     ) akhirnya dia berjaya menjadi jurutera.
9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.(                                                 )
10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. (                                 )

myMetro | Satu kad satu saat tiga kali sehari

myMetro | Satu kad satu saat tiga kali sehari

Selasa, 15 Februari 2011

keputusan liga super 15/2/2011

assalamualaikum.


PHG 1-0 TTEAM / TRG 2-3 SEL / KED 0-0 PRK / KL 0-2 KEL ( Ramzul 46m dan mat yo 88m ) / SBH 0-1 JHR FC / HARIMAU MUDA 2-1 PERLIS / NS9 0-1 FELDA...

tgk bola pun... solat jgn lupa kwn-kwnku.

Ahad, 13 Februari 2011

vitamin- kepentingan kepada tubuh kita


Kepentingan Vitamin untuk tubuh

Dalam menjalani aktiviti seharian, termasuk bekerja dan menguruskan rumah tangga, setiap individu pastinya akan merasai kepenatan, lesu serta tidak bermaya sehingga mengganggu tugasan yang menanti keesokan hari. 

Kekurangan vitamin, kurang rehat, tidak bersenam, sering kali dikaitkan dengan senario tersebut selain kesuntukan waktu untuk tidur bagi memenuhi tuntutan seharian. 

Vitamin merupakan zat yang diperlukan dalam kuantiti kecil untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan anggota badan. 

Bagi orang dewasa, keperluan vitamin dan mineral adalah untuk menjamin tubuh badan sentiasa sihat kerana badan tidak dapat membina secara sintesis keperluan tersebut. 

Antara vitamin yang diperlukan badan ialah vitamin A, B, B1, B2, B3, B5, B6, B12, C, D , E dan K. Ia boleh diperoleh melalui pemakanan dan dinasihatkan agar setiap individu memakan pelbagai jenis makanan termasuklah bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Menurut laporan daripada Akademi Sains Amerika Syarikat, terdapat pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan pengambilannya disyorkan mengikut Cadangan Keperluan Pengambilan Harian (RDA). Pengambilan vitamin bergantung pada keadaan. 

Pertama sekali, anda hendaklah merujuk kepada doktor bagi membuat pemeriksaan untuk menentukan keperluan vitamin dan mineral sepatutnya diambil. 

Ada beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan seperti semasa mengandung atau menyusukan bayi. Mengikut jurnal kesihatan, ramai menganggap pengambilan vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana beranggapan lebih banyak lebih baik. 

Namun, hakikatnya pengambilan apa saja zat secara berlebihan boleh membawa kesan yang memudaratkan, begitu juga dengan vitamin dan mineral.

Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu boleh merosakkan sistem badan. 

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil vitamin dan mineral mengikut sukatan yang disyorkan dan rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral.

Biasanya doktor anda akan menentukan tahap kesihatan anda dengan nilai vitamin dan mineral yang diperlukan. Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan.

Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan diperlukan oleh badan kita.



aku petik drp sinarharian on9.