| Petua Khusyuk Solat |
| Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:- yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:- "Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:- yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5] Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang".serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang: 1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. 10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 12. Mengambil wuduk dengan sempurna. 13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati." Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]. |
Sabtu, 5 Mac 2011
Petua khusyuk SoLAT
Khamis, 3 Mac 2011
TaNda haTi yG maTi- MOGa dijauhkan Allah Taala
~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil
iktibar daripadanya
Pengajaran daripadanya:
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
Rabu, 2 Mac 2011
haTi...seMOGa Allah sahaja yang bertakhta di hati

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati itu sesuatu yang ada di dalam dada yang berbentuk zat (bukan material). Ia harus diisi dengan sesuatu. Bila Allah mengisinya, maka orang itu menjadi baik. Jika syaitan mengisinya, orang itu menjadi jahat. Oleh itu apabila kita berzikir bererti hati kita diisi dengan Allah, sentiasa bersama Allah dan tidak memberi tempat langsung kepada syaitan mempengaruhinya. Allah berfirman:
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya) lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”
(Surah Al-Zukhruf:36)
(Surah Al-Zukhruf:36)
Ternyata bahawa pendidikan hati secara berzikir sepanjang masa adalah kaedah berkesan untuk menggilapkan hati supaya bebas dari gangguan syaitan. Allah telah memberi jaminan bahawa orang yang bersih hatinya (surah Asy-Syams: 9-10).
Zikir-zikir yang paling baik diamalkan ialah lafaz:
a. Subhanallah
b. Alhamdulillah
c. Allahuakhbar
d. Lailahaillallah
e. Walahaulawalaquwatailla billahilaliyulazim
b. Alhamdulillah
c. Allahuakhbar
d. Lailahaillallah
e. Walahaulawalaquwatailla billahilaliyulazim
Dalam Islam. Lima zikir ini dikenali sebagai “Albaqiyyatussholihat’ dimana amalannya boleh memberi pahala yang berterusan di akhirat. Pembersihan hati amat penting kepada manusia untuk membentuk keinsafan dan kesedaran diri supaya berlaku jujur, membuat baik kepada dua ibubapa, memelihara kesucian diri, kasih sayang dan mendekati kepada aktiviti terpuji yang lain.
Isnin, 28 Februari 2011
selagi berada di ats sejadah....
| Hadis : Di Atas Hamparan Sejadah |
| Hadis : Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya." Abu Huraiarah r.a Huraian : Pengajaran Hadith: i) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T. ii) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya. iii) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T. |
curian syaitan
Hadis :
Dari Aisyah r.a katanya:" Aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal menoleh atau berpaling di dalam solat." Jawab baginda:"Hal itu adalah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang."
(Bukhari)
Huraian :Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat seperti memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat adalah mempamerkan sifat tidak berdisiplin seseorang itu ketika bersolat. Hal ini amat ditegah kerana Rasulullah SAW pernah memperkatakannya dalam sabda baginda yang bermaksud: Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain" (al-Bukhari dan Abu Daud ; fath al-Bari, 2/304 ) Juga sebuah hadith lain ada menyebut yang maksudnya: "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (at-Tirmidzi) Justeru, difahami dari tegahan ini bahawa kita disuruh agar menumpukan hati dan minda kepada Allah SWT semasa solat dan tidak lalai atau dilalaikan oleh sesuatu yang lain kerana itu adalah satu helah syaitan (curian syaitan) untuk menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT.
Dari Aisyah r.a katanya:" Aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal menoleh atau berpaling di dalam solat." Jawab baginda:"Hal itu adalah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang."
(Bukhari)
Huraian :Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat seperti memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat adalah mempamerkan sifat tidak berdisiplin seseorang itu ketika bersolat. Hal ini amat ditegah kerana Rasulullah SAW pernah memperkatakannya dalam sabda baginda yang bermaksud: Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain" (al-Bukhari dan Abu Daud ; fath al-Bari, 2/304 ) Juga sebuah hadith lain ada menyebut yang maksudnya: "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (at-Tirmidzi) Justeru, difahami dari tegahan ini bahawa kita disuruh agar menumpukan hati dan minda kepada Allah SWT semasa solat dan tidak lalai atau dilalaikan oleh sesuatu yang lain kerana itu adalah satu helah syaitan (curian syaitan) untuk menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT.
Ahad, 27 Februari 2011
keajaiban nombor dalam al-quran
KEAJAIBAN NOMBOR DI DALAM AL-QURAN
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
NOTA:
Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Sabtu, 26 Februari 2011
cara-cara membina Negara IsLam
Bagaimana Membina Negara Islam
Bersabda Rasulallah s.a.w :
"Akan terbukalah Konstantinople, Dan yang menjadi pemimpinnya sebaik-baik pemimpin tenteranya sebaik-baik tentera."
Bermula dari hadith yang mulia itulah, dari zaman berzaman para-para sahabat dan tabiin telah cuba menawan kota Konstantinople tetapi tidak berjaya sehinggalah 700 tahun selepas itu, Sultan Muhammad Al Fateh berketurunan raja Osmaniah telah berjaya menawan Kota Konstaninople ketika berumur 19 tahun. Keperibadiannya telah terbukti apabila sembahyang Jumaat yang pertama hendak diadakan di tanah Konstantinople. Aya Sophia telah dipilih untuk diadakan sembahyang Jumaat. Cuma sewaktu hendak dilantik siapa yang layak menjadi imam, seluruh tentera Sultan diminta untuk berdiri dan ditanyai siapakah yang tidak pernah qada' sembahyang yang fardhu. Jikalau ada diminta duduk. Semua tentera berdiri. Ini bermakna tidak ada seorang pun yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu. Sultan Muhammad Al Fateh bertanya lagi, siapa dikalangan mereka yang tidak pernah meninggalkan sembahyang sunat qabliah dan ba'diah. Separuh tenteranya duduk. Ditanya lagi siapakah diantara mereka yangtidak pernah meninggalkan sembahyang dhuha dan solat tahajjud. Semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad Al Fateh. Akhirnya beliau sendiri yang menjadi imam.
Dan apabila hendak didirikan solat Jumaat, timbul masalah qiblat. Maka Sultan Muhammad Al Fateh bertakbir dan beliau nampak akan Ka'abah ( secara kasyaf ) tetapi tidak jelas. Diulangi sebanyak tiga kali dan akhirnya beliau nampak dengan jelas dan berpusing ke kanan dan terus mengimamkan jemaah. Hal ini , jikalau kita pergi ke Aya Sophia, kita akan lihat arah kiblat yang mengarah ke kanan sedikit daripada menghala ke bucu mihrab bangunan. Beliaulah sebaik-baik pemimpin yang mempunyai sebaik-baik tentera sebagaimana yang tersebut di dalam hadith Nabi s.a.w.
Oleh kerana itu di dalam membina sebuah negara Islam, pemimpinnya mestilah seorang yang layak dan bertaqwa. Di dalam Al Quran istilah pemimpin ini diertikan sebagai :
a) Ulama
b) Orang yang berkuasa (pemerintah)
c) Ahlul Halli wal Aqdi
d) Pemimpin-pemimpin jemaah Islam.
Pemerintah adalah wakil Allah dan wajib melaksanakan hukum-hakam Allah.
Syarat-syarat menjadi pemimpin :
a) Islam
b) Lelaki
c) Baligh
d) Berakal
e) Merdeka
f) Sempurna aggota
Sifat-sifat yang wajib bagi pemimpin :
a) Ada ilmu Islam. Faham Al Quran dan sunnah segala menguruskan segala hal iaitu pentadbiran.
perindustrian, pendidikan, pertanian, kesihatan, kehakiman dan ketenteraan menurut Islam.
b) Tahu memimpin rakyat. Mesti faham kaedah memimpin. Meletakkan rakyat kedudukan dan peranan yang tepat. Segalanya hendaklah dikawal dan digerakkan menurut syariat iaitu fizikal, mental dan spiritual agar berguna untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Ilmu seorang pemimpin itu mestilah di dasarkan :
- Al Quran dan Sunnah
- Watak dan jiwa kepimpinan yang terasuh
- Latar belakang hidup ditengah-tengah masyarakat
- Pengalaman memimpin dan cita-cita perjuangan
- Bantuan Allah samada ilham atau barakah
c) Mendidik. Selain daripada tahu memimpin dan mempunyai ilmu, mesti juga pandai mendidik masyarakat. Mendidik lahir dan batin. Mendidik aqidah dengan roh tauhid. Mendidik fizikal dengan syariat yang jelas. Mendidik rohani dengan musyahadah dan riadhah (tasawwuf dan kesufian). Kuncinya ialah dengan mendidik diri sendiri.
d) Taqwa. Agar mendapat bantuan Allah di dalam memimpin.
Kategori pemimpin di dalam Islam
a) Pemimpin yang baik
- Pemimpin yang kuat jiwa. Optimis, berani, tahan uji.
- Pemimpin yang kuat mental. Strategist, punyai minda, kreatif.
- Pemimpin yang kuat perasaan. Kasih sayang, lemah lembut.
- Pemimpin yang kuat fizikal. Aktif, cergas, hikmah.
b) Pemimpin yang lemah. Tidak mempunyai ciri-ciri di atas. Masih boleh diperbaiki asalkan mahukan perubahan.
c) Pemimpin yang cacat. Mereka yang cacat peribadinya. Lemah iman dan taqwa. Pandangan mereka tidak nampak akhirat.
Pemerintah Yang Adil
Pengertian adil menurut syariat di dalam konteks pemerintahan ialah menjalankan hukum-hakam Allah pada sebarang tindak-tanduk, pembangunan, percakapan dan hukuman (yang hendak dijalankan kepada pesalah ).
Keadilan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian :
a) Menjalankan semua sistem hidup seperti pendidikan, ekonomi, kehakiman dan sebagainya menurut Islam.
b) Membentuk dan mendidik masyarakat supaya menjadi hamba dan khalifah Allah serta meletakkan mereka sesuai dengan kebolehan, kemampuan dan peranan masing-masing.
c) Menjalankan hukum-hakam Allah.
d) Menjalankan hukuman kepada semua golongan.
e) Membahagikan harta benda dan kemudahan kepada rakyat dengan tepat mengikut keperluan dan tanggungjawab, tanpa pembaziran dan sia-sia.
f) Diri peribadi pemerintah juga tidak terlepas daripada hukum-hukum keadilan yang telah digariskan oleh negara.
Cara Islam Melantik Pemimpin
Cara Islam melantik pemimpin adalah melalui syura atau Ahlul Halli wal Aqdi. Pemimpin memimpin bukan untuk buat jasa tetapi amanah dari Allah.
Regu di dalam kepimpinan
Regu di dalam kepimpinan ialah semua menteri dan mereka yang pakar di dalam setiap kementerian serta ahli majlis Ahlul Halli wal Aqdi ( Majlis Tamfiz - Majlis kelulusan ).
Perkara yang perlu dilakukan oleh regu atau " Team Pemerintahan" ini ialah :
a) Menjadikan dasar perjuangan pemimpinnya itu sebagai dasar perjuangan mereka.
b) Menjadikan matlamat perjuangan pemimpin itu sebagai matlamat mereka
c) Menjadikan cara berfikir pemimpin dan mindanya itu sebagai cara mereka berfikir.
d) Mengusahakan sifat taqwa.
e) Menjadikan sikap, tindakan, akhlak dan cara hidup pemimpin sebagai cara hidup mereka.
f) Menjadikan ukhwah dan kasih sayang sebagai teras di dalam kepimpinan.
Syura Di Dalam Islam
Allah memerintahkan agar hambanya selalu bermusyawarah jika menghadapi sesuatu perkara. Selalunya manusia berdepan dengan :
a) Masalah hidup samada di peringkat rumah, masyarakat dan negara.
b) Keperluan ekonomi, pendidikan.pembangunan dan lain-lain.
c) Gangguan musuh.
d) Kebuntuan fikiran.
Di dalam Islam majlis syura mestilah ada syarat dan adab-adabnya :
a) Tujuan syura ialah untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan masalah, bukan tujuan yang selain daripada itu.
b) Bila seorang ahli bercakap, yang lain harus menghormati.
c) Jangan sesekali mengutuk dan menghina.
d) Jikalau tetdapat perbezaan pandangan yang serius, maka ketua syura yang harus membuat keputusan.
e) Tidak ada perdebatan, bersangka buruk dan maki hamun.
Ahli-ahli syura mestilah memenuhi syarat berikut :
a) Islam
b) Bertaqwa
c) Cerdik
d) Ahli di dalam sesuatu bidang
Majlis Tamfiz
Di dalam Islam, dasar pemerintahan ditentukan oleh Majlis Tamfiz atau Ahlul Halli Wal Aqdi. Majlis Tamfiz adalah majlis tertinggi yang menasihati Khalifah mengenai sesuatu perkara yang telah disyurakan oleh Majlis Syura. Ciri-ciri mereka yang dipilih didalam Majlis Tamfiz ini ialah :
a) Ulama yang bertaqwa
b) Luas ilmunya
c) Dihormati umum
d) Berpengalaman
e) Pengetahuan amnya luas
Parlimen di dalam Islam mesti bersifat seperti sebuah keluarga.
Majlis Kehakiman
Perlaksanaan hukum Allah dibuat di Mahkamah Islam oleh Majlis Keadilan atau Kehakiman Islam di dalam negara Islam. Di dalam negara Islam tidak ada mahkamah sivil. Semua kesalahan akan dihukum menurut hukum Islam. Tetapi mengketogorikan mahkamah kepada mahkamah majistret, mahkamah tengah dan mahkamah tinggi tidak salah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Badan Kehakiman adalah badan bebas yang dilantik oleh khalifah ( pemerintah )
Ahli Majlis Kehakiman
Khalifah boleh melantik dirinya sendiri untuk menjadi anggota majlis. Anggota majlis ialah hakim-hakim Islam. Anggota yang dilantik hendaklah tidak terikat dan tidak dipengaruhi oleh khalifah. Ketua Majlis Keadilan mestilah :
a) Lelaki
b) Islam
c) Baligh
d) Akil
e) Merdeka dan tidak terikat oleh sesiapa
Kemudian syarat untuk ahli Majlis Keadilan ini :
a) Taqwanya tinggi. Wara' dan adil
b) Luas ilmunya di dalam hukum Islam dan ilmu perundangan.
c) Mempunyai ilmu pengetahuan umum seperti psaikologi manusia, situasi masyarakat dan isu semasa.
d) Cerdik dan peka.
e) Berpengalaman.
Kaedah Melaksanakan Hukum Hudud
Sebelum melaksanakan hukum hudud, pemerintah perlu melaksanakan langkah-langkah berikut :
a) Berdakwah secara menyeluruh. Serius dan istiqamah.
b) Tarbiyah dan pimpinan yang berterusan.
c) Menyediakan keperluan hidup yang asasi.
d) Menutup segala pintu dan peluang-peluang maksiat.
e) Pihak pemerintah mesti berwibawa.
Jumaat, 25 Februari 2011
Dunia yG menipu- Cahaya Mukmin
Inilah pesona dunia, dimana banyak orang siap menghamba untuk mendapatkannya. Pesona pantai yang indah hingga gunung yang sejuk, pesona kereta yang nyaman hingga kapal pesiar yang mewah, pesona rumah yang besar hingga pusat-pusat hiburan keluarga yang bertebaran, pesona layanan kelas satu di restoran mewah hingga menikmati perjalanan kelas satu ke kota-kota indah di dunia ini, pesona memiliki banyak anak hingga pesona dihormati banyak orang, pesona memiliki uang banyak yang siap memiliki apapun yang kita ingini, pesona wanita cantik hingga pesona makanan dan minuman lezat, halal maupun haram, dan masih ada berjuta-juta jenis lagi berbagai pesona dunia lainnya yang siap menghibur para pecinta pesona dunia.
Untuk mendapatkan pesona dunia tersebut manusia menghabiskan demikian banyak waktu bekerja keras menumpuk harta untuk mengejar kebahagiaan duniawi. Pencinta dunia bahkan tidak atau sedikit saja menyisakan waktunya untuk amal akhirat di sela-sela kesibukan kerjanya atau di waktu luangnya dan dikala ia sehat. Mereka bahkan melupakan sholat atau minimal menunda sholat untuk urusan dunia yang lebih jelas terlihat di depan mata mereka. Sebagian bahkan siap korupsi, merampok, mencuri, menganiaya, menipu, memperkosa, membodohi orang lain untuk mendapatkan tiket membeli pesona dunia.
Disisi lain, sebagian manusia meluangkan demikian banyak waktunya untuk menikmati pesona dunia, bahkan tanpa mau bekerja dengan keras apalagi beribadah kepada Pemilik Dunia ini. Merekalah para pemilik harta berlebih yang menggunakannya untuk bersantai dan menikmati fasilitas dunia, termasuk para pemilik waktu yang menggunakannya untuk bermalas-malas di rumahnya yang nyaman, berjudi atau menikmati narkoba, termasuk juga para pemilik kekuasaan yang menggunakan kelebihannya untuk mendengar kekaguman orang lain pada dirinya atau memamerkan pengaruhnya atau fisiknya yang indah.
Dunia Yang Menipu dan Melalaikan
1. Kehidupan dunia adalah kehidupan yang rendah dan sementara.
Allah mengilustrasikannya seperti air hujan yang menyuburkan tumbuhan sampai jangka waktu tertentu dan akhirnya tumbuhan itu menjadi kering. Allah berfirman, ''Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai pula perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan ia laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada orang-orang yang berpikir.'' (QS 10: 24).
2. Kehidupan dunia hanyalah permainan, melalaikan dan kesenangan yang menipu.
Firman Allah SWT : ''Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS, Al-Hadid : 20)
Firman Allah SWT : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (QS, Ali Imran : 14).
Firman Allah SWT : “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). (QS, At-Takatsur: 1-5).
Firman Allah SWT : Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syetan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. (QS, Fathir : 5)
3. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sesungguhnya, kehidupan yang kekal.
Firman Allah SWT : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”. (QS, Al-‘Ankabut : 64)
Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri dan dia ingat akan Tuhannya, lalu dia shalat. Tetapi kamu (orang yang ingkar) memilih dunia, padahal akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal". (QS, Al A'laa :14-17)
Dunia Yang Tidak Ada Nilainya
Para pecinta dunia hanya berpikir bahwa adalah tak mungkin Tuhan menciptakan dunia yang sangat sempurna, luas dan lengkap ini kalau tidak untuk dinikmati. Bahkan mereka berpikir tak mungkin Tuhan akan menghancurkan dunia ciptaan-Nya sendiri yang demikian menakjubkan ini melalui suatu bencana kiamat. Pencinta dunia hanya takjub kepada dunia yang luar biasa ini dan tidak pada akhirat karena mereka tidak tahu gambaran mengenai akhirat.
Rasulullah SAW telah menggambarkan betapa kecilnya nilai dunia ini dibanding akhirat dalam beberapa hadits sbb :
1. Nilai dunia tidak ada artinya dibanding dengan nilai akhirat.
Demi Allah, dunia ini dibanding akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia” (dari Al-Mustaurid ibn Syaddad r.a, Hadits Riwayat Muslim). Inilah penggambaran luar biasa yang menunjukkan betapa tak ada nilainya dunia ini dibanding keluarbiasaan alam akhirat.
2. Nilai dunia lebih hina bagi Allah dibanding dari nilai bangkai seekor kambing cacat dalam pandangan manusia.
Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda : “Siapa diantara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. Mereka menjawab, “Kami tidak mau membelinya dengan apapun. Apa yang kami bisa perbuat dengannya?” Kemudian beliau SAW bertanya, “Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. Mereka menjawab, “Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. Maka beliau SAW bersabda, “Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.” (HR Muslim). Ibarat anak kambing yang cacat dan telah jadi bangkai pula, maka tak seorangpun yang mau memilikinya bahkan memandangnya apalagi menyimpannya; demikianlah Rasulullah SAW menggambarkan bagaimana Allah SWT menilai dunia ini yang diibaratkan lebih rendah dan hina dari bangkai kambing.
3. Dunia tidak ada nilainya di sisi Allah, bahkan seberat sayap nyamuk sekalipun..
Sahal Ibn Sa’ad as-Sa’idi ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Seandainya dunia itu ada nilainya disisi Allah bahkan seberat sayap nyamuk sekalipun, tentu Dia tidak akan sudi memberi minum pada orang kafir meskipun seteguk air.” (HR Tirmidzi, shahih). Hadits ini juga memberi makna bahwa rezeki dan kebahagiaan dunia juga diberikan Allah pada orang kafir maupun fasik, bahkan sering diberikan lebih banyak dibanding yang Ia berikan kepada orang-orang yang sholeh, ini karena nilai dunia yang sangat tidak ada artinya dibanding akhirat.
Dunia Adalah Ladang Akhirat
Setiap muslim harus mempertimbangkan kepentingan akhirat dalam setiap aktivitasnya. Allah berfirman, ''Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedangkan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka, apakah kamu tidak memahaminya? Maka, apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (surga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?'' (QS 28: 60-61).
Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah ladang untuk bercocok tanam (tempat melakukan amal ibadah dan amal kebajikan) yang hasilnya dipanen kelak di negeri akhirat.”
Jangan terlena dengan dunia ini, jangan buang-buang waktu, manfaatkan setiap detik hidup kita yang masih tersisa di dunia ini untuk :
1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dengan memperbanyak dzikir dan amal ibadah lainnya.
2. Mengerjakan berbagai amal sholeh dan kebaikan walaupun sekedar memberikan sebutir kurma kepada orang lain
3. Membekali diri dengan takwa
4. Menggunakan kenikmatan yang diberikan Allah SWT (harta, waktu luang, kesehatan) untuk taat kepada-Nya.
5. Mensyukuri nikmat Allah SWT dengan menggunakan nikmat tersebut untuk semakin lebih taat kepada-Nya. Menggunakan nikmat harta, nikmat waktu, nikmat sehat untuk digunakan sebagai sarana dan fasilitas untuk beribadah lebih banyak lagi kepada-Nya.
Semoga kita tidak termasuk umat yang digambarkan Allah SWT seperti dalam firman-Nya : “Hingga ketika datang kematian menjemput salah seorang dari mereka, ia pun berkata: ‘Wahai Rabbku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku bisa mengerjakan amal shalih yang dulunya aku tinggalkan’.” (Al-Mukminun: 99-100)
Atau firman Allah SWT : “Sebelum datang kematian menjemput salah seorang dari kalian, hingga ia berkata: ‘Wahai Rabbku, seandainya Engkau menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat sehingga aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang shalih.’ Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila telah datang waktunya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Munafiqun: 10-11)
Isnin, 21 Februari 2011
istiqamah lebih baik drpd 1000 karamah- cahaya mukmin
Berkata Imam Abu Qasim Al Qusyairi,
"Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah yang haq mendapat taufik untuk kekal istiqamah untuk mengerjakan ketaatan dan terpelihara dari mengerjakan maksiat.[ Mahfuz] ISTIQAMAH ini lebih baik dari seribu karamah yang menyalahi adat.”
Sebagaimana kata sesetengah orang A ‘rif
“Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu keramat. Ini kerana kadang-kadang dianugerahkan keramat yang menyalahi adat bagi orang belum sempurna Istiqamah.”
Berkata Syeikh Ibnu Ibad (rh) dalarn syarahannya,
“Keramat yang sebenar itu ialah jika terhasil Istiqamah dan sampai kepadanya kesempurnaan".
Tempat kembali lstiqamah itu kepada Dua:
Pertama: Sah keimanan kepada Allah A ‘zzawajalla.
Kedua: Patuh dan mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah (saw) sama ada zahir maupun batin. Oleh itu, wajib ke atas hamba itu jangan berasa tamak melainkan kepada kedua-duanya. “
Keramat yang menyalahi adat tidak diakui sah oleh ulama yang sebenar kerana kadang-kadang keramat yang menyalahi adat itu dianugerahkan kepada orang yang belum sempurna lstiqamah.
Berkata Abul Hasan Asy-Syazali(ra)
”Bahawa adat lstiqamah itu ada dua keramat yang saling berhimpun dan saling meliputi antara satu sama lain.
Pertama: Keramat lman iaitu bertambah yakin dan syuhud yang nyata dengan mata kepala.
Kedua: Keramat Amal iaitu mengikut dan patuh akan suruhan Allah Taala dan menjauhkan segala dakwaan dan tipu daya.
Setiap keramat yang tidak disertai keredhaan daripada Allah Taala maka orang yang memilikinya akan mendapat kebinasaan dan kerugian.
Berkata Saiyidi Abul Abbas AI-Murasi (ra),
“Bukanlah maksud keramat itu, orang yang mampu menggulungkan bumi, kemudian tiba-tiba dia berada di Mekah dan di negeri-negeri lain tetapi maksud keramat yang sebenarnya ialah orang yang dapat menggulungkan segala sifat hawa nafsunya maka tiba-tiba ia sampai kepada Tuhannya.”
Diberitahu orang kepada Sahl bin Abdullah (ra) tentang beberapa tanda keramat dan keramat-keramat yang menyalahi adat. Maka berkata (ra)
“Apa tandanya, keramat-keramat yang menyalahi adat itu tetap akan hilang pada waktunya, tetapi keramat-keramat yang amat besar itu Allah Taala sendiri menggantikan perangai yang jahat yang ada pada diri anda dengan perangai yang terpuji.”
Diberitahu orang kepada Abi Muhammad AI-Murtaa’syi (ra),
“Sesungguhnya si Polan itu dapat berjalan di atas air.”
Maka dijawab oleh (ra) hamba yang ditetapkan hatinya oleh Allah Taala untuk menyalahkan hawa nafsunya itu lebih besar keramatnya daripada orang yang berjalan di atas air dan terbang di udara.
Berkata Abu Yazid (ra)
“Sesungguhnya jika seorang lelaki mendirikan sembahyang di atas air dan duduk bersila di atas udara, maka janganlah anda terpedaya dengan keadaan demikian hinggalah anda meneliti dan mempastikan sama ada ia ada mengerjakan suruhan Allah Taala dan menjauhi larangan-Nya.”
Seorang memberitahu kepada Abu Yazid (ra) bahawa ada orang mengatakan si Polan itu dapat sampai ke Mekah dalam masa satu malam saja.
Maka dijawab oleh (ra) “Syaitan juga boleh melakukannya dalam sekelip mata saja dari timur ke barat, padahal ia dilaknati Allah.”
Kata seorang lagi, kepada (ra) “Sesungguhnya si Polan dapat berjalan di atas air.” Maka dijawab oleh (ra), “Ikan di dalam air dan burung terbang di udara, hairankah anda dengan keadaan demikian?”
Berkata Imam Junaid (ra) “Terdinding hati orang-orang yang teristimewa itu (khas) jika hanya tertumpu kepada segala kenikmatan yang lazat yang berupa anugerah Allah Taala dan terhenti kepada keramat-keramat.”
Bagi Ahli Allah, keramat-keramat yang paling baik dan afdhal ialah keramat Ma ‘nawi seperti :
Ma ‘rifat Allah Taala,
Berasa teramat cinta kepada-Nya,
Selalu mengagung-agungkan-Nya,
Berasa malu dan takut kepada-Nya,
Segera menunaikan segala suruhan-Nya
dan menjauhkan segala larangan-Nya,
Melaksanakan ketaatan seperti tidak mengatakan dirinya yang melakukan ketaatan dan kebaikan melainkan nikmat daripada Allah Taala semata-mata, disamping kurniaan dan rahmat-Nya.
Oleh itu, sudah tentu mereka berasa gembira dengan keadaan demikian. Sebagaimana firman Allah Taala:
Ertinya,
“Katakanlah, dengan kurnia Allah Taala dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan (lebih baik daripada mereka yang mengatakan amalannya daripada dirinya sendiri).” (Surah Yunus, ayat 58)
Firman Allah Taala lag:
Ertinya, “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah Taala.” (Surah An-Nisa’: 79).
———————————–
Sumber:
KITAB AD DARUN NAFIS
Sheikh Muhammad Nafis Idris Al Banjari
"Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah yang haq mendapat taufik untuk kekal istiqamah untuk mengerjakan ketaatan dan terpelihara dari mengerjakan maksiat.[ Mahfuz] ISTIQAMAH ini lebih baik dari seribu karamah yang menyalahi adat.”
Sebagaimana kata sesetengah orang A ‘rif
“Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu keramat. Ini kerana kadang-kadang dianugerahkan keramat yang menyalahi adat bagi orang belum sempurna Istiqamah.”
Berkata Syeikh Ibnu Ibad (rh) dalarn syarahannya,
“Keramat yang sebenar itu ialah jika terhasil Istiqamah dan sampai kepadanya kesempurnaan".
Tempat kembali lstiqamah itu kepada Dua:
Pertama: Sah keimanan kepada Allah A ‘zzawajalla.
Kedua: Patuh dan mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah (saw) sama ada zahir maupun batin. Oleh itu, wajib ke atas hamba itu jangan berasa tamak melainkan kepada kedua-duanya. “
Keramat yang menyalahi adat tidak diakui sah oleh ulama yang sebenar kerana kadang-kadang keramat yang menyalahi adat itu dianugerahkan kepada orang yang belum sempurna lstiqamah.
Berkata Abul Hasan Asy-Syazali(ra)
”Bahawa adat lstiqamah itu ada dua keramat yang saling berhimpun dan saling meliputi antara satu sama lain.
Pertama: Keramat lman iaitu bertambah yakin dan syuhud yang nyata dengan mata kepala.
Kedua: Keramat Amal iaitu mengikut dan patuh akan suruhan Allah Taala dan menjauhkan segala dakwaan dan tipu daya.
Setiap keramat yang tidak disertai keredhaan daripada Allah Taala maka orang yang memilikinya akan mendapat kebinasaan dan kerugian.
Berkata Saiyidi Abul Abbas AI-Murasi (ra),
“Bukanlah maksud keramat itu, orang yang mampu menggulungkan bumi, kemudian tiba-tiba dia berada di Mekah dan di negeri-negeri lain tetapi maksud keramat yang sebenarnya ialah orang yang dapat menggulungkan segala sifat hawa nafsunya maka tiba-tiba ia sampai kepada Tuhannya.”
Diberitahu orang kepada Sahl bin Abdullah (ra) tentang beberapa tanda keramat dan keramat-keramat yang menyalahi adat. Maka berkata (ra)
“Apa tandanya, keramat-keramat yang menyalahi adat itu tetap akan hilang pada waktunya, tetapi keramat-keramat yang amat besar itu Allah Taala sendiri menggantikan perangai yang jahat yang ada pada diri anda dengan perangai yang terpuji.”
Diberitahu orang kepada Abi Muhammad AI-Murtaa’syi (ra),
“Sesungguhnya si Polan itu dapat berjalan di atas air.”
Maka dijawab oleh (ra) hamba yang ditetapkan hatinya oleh Allah Taala untuk menyalahkan hawa nafsunya itu lebih besar keramatnya daripada orang yang berjalan di atas air dan terbang di udara.
Berkata Abu Yazid (ra)
“Sesungguhnya jika seorang lelaki mendirikan sembahyang di atas air dan duduk bersila di atas udara, maka janganlah anda terpedaya dengan keadaan demikian hinggalah anda meneliti dan mempastikan sama ada ia ada mengerjakan suruhan Allah Taala dan menjauhi larangan-Nya.”
Seorang memberitahu kepada Abu Yazid (ra) bahawa ada orang mengatakan si Polan itu dapat sampai ke Mekah dalam masa satu malam saja.
Maka dijawab oleh (ra) “Syaitan juga boleh melakukannya dalam sekelip mata saja dari timur ke barat, padahal ia dilaknati Allah.”
Kata seorang lagi, kepada (ra) “Sesungguhnya si Polan dapat berjalan di atas air.” Maka dijawab oleh (ra), “Ikan di dalam air dan burung terbang di udara, hairankah anda dengan keadaan demikian?”
Berkata Imam Junaid (ra) “Terdinding hati orang-orang yang teristimewa itu (khas) jika hanya tertumpu kepada segala kenikmatan yang lazat yang berupa anugerah Allah Taala dan terhenti kepada keramat-keramat.”
Bagi Ahli Allah, keramat-keramat yang paling baik dan afdhal ialah keramat Ma ‘nawi seperti :
Ma ‘rifat Allah Taala,
Berasa teramat cinta kepada-Nya,
Selalu mengagung-agungkan-Nya,
Berasa malu dan takut kepada-Nya,
Segera menunaikan segala suruhan-Nya
dan menjauhkan segala larangan-Nya,
Melaksanakan ketaatan seperti tidak mengatakan dirinya yang melakukan ketaatan dan kebaikan melainkan nikmat daripada Allah Taala semata-mata, disamping kurniaan dan rahmat-Nya.
Oleh itu, sudah tentu mereka berasa gembira dengan keadaan demikian. Sebagaimana firman Allah Taala:
Ertinya,
“Katakanlah, dengan kurnia Allah Taala dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan (lebih baik daripada mereka yang mengatakan amalannya daripada dirinya sendiri).” (Surah Yunus, ayat 58)
Firman Allah Taala lag:
Ertinya, “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah Taala.” (Surah An-Nisa’: 79).
———————————–
Sumber:
KITAB AD DARUN NAFIS
Sheikh Muhammad Nafis Idris Al Banjari
Langgan:
Catatan (Atom)