Rabu, 8 Januari 2014

Bahagian C : 012/1 Penulisan UPSR

BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)


NILAI

PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN

Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

TOLONG-MENOLONG

MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/

BEKERJASAMA

bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding  bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI

Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/
MURAH HATI

Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…

JUJUR

bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH

melakukan  tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP BERKORBAN

Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/
secara sukarela

MENGHARGAI MASA

Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA

Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

PRIHATIN

Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

BERDISIPLIN

Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi  peraturan dan undang-undang.


MENJAGA KEBERSIHAN

Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah

MENJAGA KESIHATAN

Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/ bermain badminton

MENJAGA KESELAMATAN

Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK

Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/
CEKAL

Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH MESRA

Bertanya khabar/menyapa kawan

IKHLAS

Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI

Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONAL

Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUH

Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut peraturan

SEMANGAT BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN

Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah kematian – ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB

Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan  negatif

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut



KEBEBASAN

Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…

BERSIKAP SEDERHANA

Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR

Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI

Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI

Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI

Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri

HORMAT / MENGHORMATI

Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.




Perbuatan/frasa/tindakan/aktiviti : Nilai Murni
1. BANGUN AWAL: BERDISIPLIN

2. MENGEMAS KATIL: BERDIKARI

3. MANDI: MENJAGA KEBERSIHAN

4. MEMBACA DOA MEMAKAI BAJU: BERTAWAKAL

5. SOLAT SUBUH BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA: TAAT

6. MENYALAM IBU BAPA: HORMAT-MENGHORMATI

7. MENCIUM IBU ATAU AYAH: KASIH SAYANG

9. BERJALAN KAKI KE SEKOLAH: BERDIKARI

10: BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: MENJAGA KESELAMATAN

11. MENGGUNAKAN JEJANTAS UNTUK MELINTAS JALAN RAYA: BERWASPADA

12. MEMBERI SALAM APABILA TERSEREMPAK DENGAN GURU: HORMAT-MENGHORMATI

13. MENGEMAS KELAS SEBELUM KE SURAU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT HAJAT: MENGHARGAI MASA

14. SEGERA MENGAMBIL WUDHU’ DAN MEMAKAI TELEKUNG: MENGHARGAI MASA

15. MENUNAIKAN SOLAT HAJAT: TAAT

16. MENDOAKAN AKAN KESEJAHTERAAN DIRI DAN ORANG LAIN: BAIK HATI

17. SEGERA PERGI KE KELAS MASING-MASING: MENGHARGAI MASA

18. BERDIRI APABILA GURU MASUK KE DALAM KELAS: HORMAT-MENGHORMATI

19. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI

20. MEMBACA DOA: BERTAWAKAL
21. MENDENGAR PENERANGAN YANG DIBERIKAN DENGAN TELITI: TEKUN
22. MEMBUAT KERJA YANG DIARAHKAN: PATUH
23. MENOLONG GURU MEMADAM PAPAN PUTIH: RAJIN
24. BERDIRI APABILA GURU HENDAK KELUAR DARI KELAS: HORMAT-MENGHORMATI
25. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI
26. BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH: TEKUN
27. GURU MEMBENARKAN MURID-MURID BEREHAT: BERTANGGUNGJAWAB
28. BERATUR SEBELUM KE KANTIN: BERDISIPLIN
29. PENGAWAS MENJALANKAN TUGAS MENJAGA KAWASAN YANG TELAH DIARAHKAN: BERTANGGUNGJAWAB
30. PENGAWAS MENEGUR MURID YANG MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA: BERTANGGUNGJAWAB
 31. MEMBUNYIKAN LOCENG APABILA WAKTU REHAT  TAMAT: MENEPATI MASA
32.  BERASA KASIHAN APABILA TERLIHAT SEORANG GURU MEMBAWA BUKU-BUKU YANG BANYAK: SIMPATI
33. MENOLONG GURU TERSEBUT MEMBAWA BUKU-BUKU ITU: BAIK HATI
34. MENGUTIP SAMPAH YANG BERTERABURAN: MENJAGA KEBERSIHAN
35. PERGI KE KELAS DENGAN SEGERA: MENGHARGAI MASA
36. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI
37. MEMINTA MAAF KERANA TERLAMBAT: INSAF
38. BERTANYA TENTANG KERJA YANG DIBERIKAN TANPA MEMBUANG MASA: MENGHARGAI MASA

39. MEMBUAT KERJA DENGAN TELITI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH: TEKUN
40. MENGHANTAR BUKU APABILA SIAP SEPERTI YANG DIARAHKAN: PATUH
41. MEMBERI SALAM APABILA GURU MASUK: HORMAT-MENGHORMATI
42. MEMINTA IZIN UNTUK KE TANDAS: HORMAT-MENGHORMATI
43. MEMBACA DOA SEBELUM MASUK KE TANDAS: BERTAWAKAL
44. MEMBACA DOA KELUAR DARI TANDAS: BERTAWAKAL
45. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI
46. SEGERA BERTANYA TENTANG KERJA YANMG DIBERIKAN TANPA MEMBUANG MASA: MENGHARGAI MASA
47.  MEMBUAT   KERJA   SEWAKTU LAPANG: MENGHARGAI MASA
48. GURU MENGARAHKAN MURID-MURID BERATUR DI LUAR KELAS MASING-MASING: BERTANGGUNGJAWAB
49. MURID-MURID   BERATUR DI LUAR KELAS DENGAN SENYAP: BERDISIPLIN
50. PENGAWAS MENJAGA BARISAN DAN MEMASTIKAN MURID-MURID SENYAP AGAR TIDAK MENGANGGU MURID LAIN: BERTANGGUNGJAWAB
51. MURID-MURID DIARAHKAN UNTUK MELETAKKAN BEG DI DALAM DEWAN DAN DIBENARKAN BEREHAT DIKANTIN OLEH GURU BERTUGAS: BERTANGGUNGJAWAB
52. MURID-MURID MELETAKKAN BEG DENGAN SENYAP DAN TERATUR DI DEWAN SEBELUM REHAT: PATUH
53. PENGAWAS MENJAGA BARISAN PELAJAR YANG INGIN MEMBELI MAKANAN: BERTANGGUNGJAWAB
54. MURID-MURID MENDENGAR SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG CARA-CARA MENGAMBIL WUDHU’ MENGGUNAKAN AIR YANG SEDIKIT DEMGAN TELITI: TEKUN

55.  MURID-MURID PEREMPUAN MEMAKAI TELEKUNG DENGAN SEGERA: MENGHARGAI MASA
56. MURID-MURID MELAKUKAN SOLAT ZUHUR BERJEMAAH BERAMAI-RAMAI DI DEWAN: TAAT
57. SEMUA MURID MENGAMINKAN DOA YANG DIBACA OLEH IMAM: BERTAWAKAL
58. PELAJAR PEREMPUAN SEGERA MELIPAT TELEKUNG MANAKALA PELAJAR LELAKI MEMAKAI KASUT: MENGHARGAI MASA
59. MURID-MURID DIARAHKAN GURU UNTUK BERATUR DI DEWAN SEGERA:  MENGHARGAI MASA
60.  MURID- MURID SEGERA BERATUR DIDEWAN UNTUK PEMBAHAGIAN UNIT BERUNIFORM: MENGHARGAI MASA
61. GURU BERTUGAS MEMBERIKAN SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG KETUA GURU UNIT BERUNIFORM MASING-MASING: BERTANGGUNGJAWAB
62. MURI-MURID BERGERAK KE TEMPAT YANG DIARAHKAN: PATUH
63. GURU-GURU TUNAS PUTERI MEMBUAT PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA MENGIKUT UNDIAN TERHADAP CALON: ADIL
64. AHLI-AHLI BERGANDING BAHU BERSEPAKAT APABILA MELAKUKAN SESUATU: BEKERJASAMA
65. MENGADAKAN LATIHAN HOKI TAMBAHAN UNTUK PERSEDIAAN MENJELANG PERLAWANAN DISAMPING MENGISI MASA LAPANG: MENGHARGAI MASA
66. MENOLONG GURU MENGANGKAT KAYU HOKI YANG BERAT: RINGAN TULANG
67. MENGETUAI SENAMAN: BERANI
68. MENDENGAR ARAHAN GURU DENGAN TELITI: TEKUN
69. TIDAK MARAH APABILA RAKAN TERPUKUL KAKI: SABAR
70. MEMBELIKAN AIR UNTUK CIKGU MENGGUNAKAN DUIT YANG DIBERI: AMANAH
71. MEMULANGKAN BAKI DUIT KEPADA CIKGU: JUJUR
72. MEMBERIKAN UPAH KEPADA KAMI: PEMURAH
73. BEREHAT: MENJAGA KESIHATAN
74. TIDAK MARAH APABIL DILANGGAR SALAH SEORANG PEMAIN PIHAK LAWAN DI DALAM PERLAWANAN KECIL ANTARA KAWAN: SABAR
75. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DI DALAM PERLAWANAN: TEKUN
 76. MENYATAKAN KEKURANGAN PASUKAN DI DALAM BENTUK PERBINCANGAN: JUJUR
77. MELAKUKAN SENAMAN PENYEJUKAN BADAN: MENJAGA KESIHATAN
78. MURID-MURID SEGERA MEMBUAT BAYARAN UNTUK JERSI HOKI WAKIL SEKOLAH TANPA BERTANGGUH UNTUK MEMASTIKAN MEREKA TIDAK TERLEWAT DAN PERLU MEMBAYAR BANYAK BENDA : MENGHARGAI MASA
79. MURID-MURID MENYALAM GURU PEREMPUAN SEBELUM PULANG: HORMAT-MENGHORMATI
80. BERJALAN KAKI PULANG KE RUMAH: BERDIKARI
81. MELINTAS JALAN MENGGUNAKAN JEJANTAS: MENJAGA KESELAMATAN
82. BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: BERHATI-HATI
83. TERDENGAR BUNYI KUCING MENGIAU: PRIHATIN
84. BERASA SIMPATI APABILA TERLIHAT SEEKOR ANAK KUCING BASAH KUYUP DI DALAM LONGKANG: BELAS KASIHAN
85. TURUN KE DALAM LONGKANG UNTUK MENGAMBIL ANAK KUCING TERSEBUT: BERANI
86. MEMBAWA ANAK KUCING TERSEBUT PULANG KE RUMAH: KASIH SAYANG
87. MEMANDIKAN ANAK KUCING TERSEBUT: MENJAGA KEBERSIHAN
88. MEMBERIKAN LEBIHAN MAKANAN KUCING YANG TELAH MATI DAHULU: BERJIMAT CERMAT
89. MELETAKKAN ANAK KUCING TERSEBUT DI DALAM RUMAH SEBELUM MELETAKKANNYA DI DALAM SANGKAR: KEBEBASAN
91. MENOLONG IBU MENCEDOK NASI DAN LAUK KE DALAM PINGGAN: RAJIN/ BERTANGGUNGJAWAB
92. MEMBACA DOA MAKAN: BERTAWAKAL
93. MAKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA DI RUANG MAKAN: MENJAGA KESIHATAN
94. MEMBACA DOA SELEPAS MAKAN: BERTAWAKAL
95. MENOLONG IBU MEMBASUH PINGGAN: BERTANGGUNGJAWAB
96. MENGELAP MEJA MAKAN: MENJAGA KEBERSIHAN
97. MEMBUAT KERJA SEKOLAH: MENGHARGAI MASA
98. MEMBACA SOALAN DENGAN TELITI: TEKUN
99. MENGEMAS BEG SEKOLAH: BERDIKARI
100. BERSALAM DENGAN AYAH DAN MENCIUM IBU SEBELUM TIDUR: KASIH SAYANG
101. MEMBACA DOA SEBELUM TIDUR: BERTAWAKAL
BAIK HATI
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan)
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya)
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan
   dan keperluan masing-masing)
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)

HEMAH TINGGI
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran   negeri)
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua  keturunan di Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)


KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan  bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung)
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah)
KERJASAMA
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan)
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa)
KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain)
KESYUKURAN
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)
PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara)
RASIONAL
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat  keputusan)
SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama)
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C:
1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.
2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran.
3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.
4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.
5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.
6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.
7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.
8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.
9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:
i. Kita mestilah….........................................
ii. Kita sepatutnya…....................................
iii. Kita seharusnya..................................….
iv. Kita dikehendaki….................................
v. Kita sewajarnya .....................................

CONTOH PENULISAN:
1.     Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah............
2.     Selain itu, kita sepatutnya.................................................................................
3.     Seterusnya, kita seharusnya.............................................................................
4.     Kita juga dikehendaki.....................................................................................
5.     Akhir sekali kita sewajarnya........................................................................... 




Rabu, 11 September 2013

Hadis tentang akhir zaman : hadis ke-33 drp 40 .. Islam Nama Sahaja..

ISLAM NAMA SAHAJA
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
H.R al-Baihaqi
Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Sabtu, 7 September 2013

carilah alasan lain kalau nak naikkan harga minyak ! bongok la..

MULAI 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.

Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh.

Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan.

Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia?

Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut?

Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita.

Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32).

Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak atau sedikit sumber petroleumnya?

Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita?

Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain.

Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia?

Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja.

Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia?

Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion.

Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9 peratus pada tahun 2008 kepada 76.6 peratus tahun 2009, 75.8 peratus tahun 2010, 76.6 peratus tahun 2011 dan 80.5 peratus pada tahun 2012.

Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0 peratus dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia?

Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat.

Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat?

Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol?

Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian?

Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik.

Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita.

Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!


Prof Mohammad Agus Yusoff
** Pendapat ini dipetik dari Facebook (FB) rasmi beliau.