Khamis, 30 Jun 2011

Bara'a biarpun kecil berjiwa besar..kisah sedih..kalu x nk menangis janganlah baca.

Semoga Allah Taala merahmati dan mengasihani Bara'a dan ibu bapanya..Amin.

Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.

Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…

Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.[video di bawah]

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.

Terjemahan:

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser tlh melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un..

Rabu, 29 Jun 2011

Azab orang yang meninggalkan solat

Assalamualaikum. kali ini ana ingin muhasabah diri dan pembaca sekalian. Muhasabah yang ungkin agak ringkas, tapi amat bermakna dan penting untuk kita.
gambar di atas adalah gambar seorang remaja yang baru meninggal dunia. Walau bagaimanapun, remaja ini dikebumikan sebelum bapanya belum sempat bertemu dan menziarahi jenazahnya. Selepas 3 jam pengkebumian, barulah bapanya sampai.
Setelah sampai, bapanya minta untuk melihat anaknya untuk kali terakhir. Kuburnya kemudiannya digali semula. setelah digali, inilah rupa wajah dan keadaan jenazah anaknya.
Seluruh tubuh badannya mengalami lebam-lebam. seluruh tulang rusuknya pula patah. Rambutnya pula kelihatan telah beruban sedangkan baru 3 jam dikebumikan dalam keadaan remaja yang berambut hitam. Darah pula mengalir keluar dari mulut dan lubang hidungnya. Keadaan jenazahnya menunujkkan jenazahnya seperti mengalami siksaan dan tekanan yang dahsyat. Rambutnya yang beruban sudah menunjukkan dia mengalami tekanan yang dahsyat dalam masa 3 jam tersebut.
Seluruh jemaah yang hadir amat terkejut melhat keadaan tersebut. Bapanya yang lebih terkejut melihat jenazah anaknya yang telah bertukar keadaan.
Tidak lama kemudian jenazahnya ditanam kembali. Setelah bapanya tenang, bapanya ditanya apakah yang berlaku pada anaknya. Bapanya menjawab dalam keadaan yang sayu, “semasa hidupnya, dia selalu meninggalkan solat“.
Marilah kita muhasabah diri kita yang terkadang leka dalam kesibukan hal dunia, sedangkan kita telah lama diperingatkan akan azab yang akan diterima oleh mereka yang meninggalkan solat. Atas apa yang telah diperlihatkan kepada kita, marilah kita sama-sama bertaubat dan beazam untuk menjaga hak solat yang telah difardhukan kepada kita ini. Dalam masa yang sama, kita juga bermohon supaya kita dihindarkan daripada menerima azab seperti ang kita saksikan ini. Na’uzubillahi min zalik…
Wallahu a’lam…
aku ambil daripada blog peribadirasulullah

Selasa, 28 Jun 2011

Peristiwa Isra' dan Mikraj

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.
Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba
Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.
Pengajaran Tentang Solat
Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.
Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.
Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.
Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.
Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.
Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.
Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: “Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain”. (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma’ al Zawaid (1/291)).
Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu’ kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.
Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya”. (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).
Sabda Baginda SAW lagi: “Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga”. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).
Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.
Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.
Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.
Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.
Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.
Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)
Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: “Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf”. (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)
Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:“Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?” Sahabat menjawab, “Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal”. Sabda Baginda SAW, “Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)
Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.
Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj

Pengajaran disebalik peristiwa isra' dan mikraj

ketaqwaan sayidina umar ibnu aziz

1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."

Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini."

3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin.

Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: "Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim."

Sambungnya lagi: "Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim..."
Tiba-tiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, "Aku bagaimana yang engkau lihat?"
Ulama sufi itu dengan tenang bercerita, "Aku lihat tuan..."

Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, "Allahu Akbar" lalu beliau jatuh pengsan.
Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan bertanya, " Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku."
Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya, "Apabila sampai giliran tuan, aku lihat..."
Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan.

Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja, "Tuan selamat."

Ahad, 26 Jun 2011

Kurang ajar ketika solat

Kuala Lumpur : Kecetekan ilmu dalam bidang agama menyebabkan ramai di kalangan umat Islam bersikap kurang ajar ketika melakukan solat berjemaah dan tidak lagi tahu menghormati kesucian masjid.
Penceramah bebas dan perunding motivasi, Che Nordin Che Ibrahim berkata, ini disebabkan mereka tidak menggunakan rumah ibadat itu untuk beribadah sepenuhnya, sebaliknya untuk bersembang dan mengganggu jemaah lain.

Antara tabiat buruk sesetengah jemaah ialah bersembang dengan kuat ketika imam membacakan khutbah, meninggikan suara ketika dalam solat, lalu di depan orang yang sedang bersolat, selain tidak menghabiskan solat dengan doa.

“Kita melihat perkara ini sebagai isu yang kebanyakannya tidak disedari masyarakat masa kini sedangkan jika diteliti, ia membuktikan ramai antara kita sebenarnya cetek didikan agama dan kurang ajar.

“Paling nyata, kita boleh lihat ada kalangan jemaah ini kurang ajar dengan meninggikan suara ketika solat berjemaah selain berbual sewaktu imam sedang berkhutbah, sekali gus mencerminkan betapa teruknya sikap masyarakat pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel Pengukuhan solat yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, di sini, semalam.

Program itu anjuran Human Capital Development Services (HCDS) Menurut Che Nordin, walaupun isu terbabit nampak kecil, namun satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam.

“Memang jika dilihat ia macam isu kecil, tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, apabila perbuatan itu dilakukan maka ia mensia-siakan saja solat yang dilakukan dan boleh mengganggu solat orang lain,” katanya.

Bengkel Pengukuhan Solat anjuran HCDS itu bertujuan memperkasa dan memantapkan lagi ibadat solat sekali gus mendidik peserta mengenai adab untuk melakukan solat, termasuk solat jemaah di masjid.

Dalam program dihadiri 100 peserta, termasuk dua dari Singapura itu, mereka diajar cara tertib bagi melaksanakan solat dan solat dari aspek kesihatan tubuh badan.

dipetik drp hmetro on9

24 jam ibadah

Berkata Ibnul Qayyim Rahimahullah:

"Sebaik-baik ibadah itu adalah untuk keredhaan Allah dalam setiap masa, sesuai untuk waktu yang tertentu, iaitu boleh kita fahami di sini ialah:

Sebaik-baik ibadah ketika waktu jihad adalah jihad, sehingga walaupun meninggalkan bacaan wirid dan solat malam serta puasa sunnah siangnya. Dan sebaik-baik ibadah waktu kedatangan tetamu ialah melayan mereka dengan sebaiknya, sebagaimana yang disuruh  oleh Islam, begitu juga layanan kepada isteri dan keluarganya.

Dan sebaik-baik ibadah sewaktu medidik dan mengajar ialah menumpukan sepenuhnya pada pengajaran dan pendidikan. Dan sebaik-baik ibadah pada waktu Azan ialah menjawab bacaan Azan serta meninggalkan bacaan wirid ketika itu. Dan sebaik-baik ibadah pada waktu Solat Fardhu ialah bersungguh-sungguh melaksananya dengan sebaiknya dan khusyuk, dan mengerjakannya pada awal waktu.

Sebaik-baik ibadah pula waktu membaca Al Quran ialah memusatkan perhatian kepada memahaminya seolah-olah Allah Ta'ala berbicara kepadanya dan berazam melaksanakan suruhannya. Dan sebaik-baik ibadah waktu wuquf di Arafah ialah berusaha dengan memperbanyakkan doa, dan zikir dan bukan dengan puasa yang melemahkan tugas ini. Dan sebaik-baik ibadah pada 10 hari pertama Zulhijjah ialah memperbanyakkan ibadah terutama bertasbih, bertakbir dan bertahmid, dan ianya lebih afdhal dari berjihad yang bukan fardhu.

Sebaik-baik ibadah pula pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah beriktikaf di masjid tanpa mencampuri hal urusan manusia, dan ianya lebih baik daripada mengajar pada pendapat sesetengan ulama. Dan sebaik-baik ibadah ketika saudaranya sakit atau meninggal ialah menziarahinya atau mengusung jenazahnya.

Maka sebaik-baik ibadah pada setiap waktu ialah menginginkan keredhaan Allah Ta'alapada situasi waktu itu sendiri dan menjalankan kewajipan pada waktu itu. Sesungguhnya orang begini ialah golongan ahli ibadah yang bebas, dan bukan golongan ahli ibadah yang terkongkong dengan ibadah tertentu sahaja.

Maka golongan ahli ibadah yang bebas ini jika kita berada pada golongan ulama, kita akan melihatnya ada di sana. Jika kita melihat golongan ahli ibadah pula, kita akan melihatnya ada di sana, dan jika kita melihat golongan mujahid, dianya juga ada berada di sana bersama mereka. Jika kita melihat golongan ahli zikir, dia juga ada bersama mereka, dan jika kita melihat para dermawan, kita akan dapati dianya ada di sana. Maka manusia yang begini dinamakan ahli ibadah yang tidak terikat, iaitu yang tidak hanya ada pada golongan tertentu sahaja."

Berkata Ibnul Qayyim Rahimahullah:

"Sesiapa yang berbaik dengan orang lain, Allah akan berbaik dengannya, dan sesiapa yang bersifat rahmat kepada orang lain, Allah akan akan bersifat rahmat kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepadanya, dan sesiapa menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, Allah akan menegah kebaikan kepadanya, dan sesiapa yang bermuamalah kepada orang lain dengan sifat tertentu, Allah akan bermuamalah dengannya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Maka Allah Ta'ala dengan hambanya berdasarkan kelakuan hambanya kepada makhluk yang lain."

Sumber:
Kitab Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun
Ustaz Haji Ahmad Haris Suhaimi

dipetik drp Cahayamukmin

Jumaat, 24 Jun 2011

Rahsia Solat Dari Sudut Sains dan Kesihatan.

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

- Sumber : Berita Harian

http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/rahsia-solat-dari-sudut-sains-dan.html

Takabur - Memandang Pada Diri Sendiri

Tidakkah anda terfikir, bahawa Iblis - yang dilaknati Allah - itu memandang kepada dirinya, lalu berkata mengenai Adam: Aku lebih mulia daripadanya! Lantaran itu ia telah dilaknati Allah dan dihalauNya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina" (Al-Baqarah: 11-13)

Demikian pula dgn Firaun, dia memandang kepada kerajaannya, lalu berkata: Bukankah aku ini raja yang memiliki negeri Mesir? Maka Allah telah menenggelamkannya.

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya? (Az-Zukhruf: 51)

Dan Qarun pula, memandang kepada harta kekayaannya, lalu berkata: Semua harta kekayaan ini, aku sendiri yang meraihnya dengan kepandaiku sendiri! Lalu Allah memerintahkan bumi supaya menelannya dengan segala harta kekayannya.

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku" (Al-Qasas: 78)

Di ayat yang lain Allah menunjukkan sifat manusia yang takabur:

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar: 49)

Sebahagian ahli Tasawuf telah menceritakan, bahawa seorang anak muda menggantungkan tangannya pada kelambu Ka'abah, dia berkata:
"Tuhanku, tidak ada bagi Kau Tuhan yang lain, maka perlu didatangi. Tidak ada yang kuasa terhadap Engkau ada yang kuasa terhadap Engkau maka perlu diminta bantuannya. Jika aku taat kepada Engkau maka adalah dengan kurnia Engkau dan kepunyaan Engkau nikmat-nikmat yang dilimpahkan atasku. Jika aku durhaka kepada Engkau maka dengan keadilan Engkau dan milik Engkau alasan-alasan yang diberatkan ke atasku. Maka demi penetapan alasan Engkau yang dihadapkan ke atasku dan putus alasanku di sisi Engkau, tidak ada jalan lain selain Engkau ampunkan dosaku."

Itulah penghayatan yang dihayati oleh hamba Allah yang telah demikian kenal kepada Allah, bathinnya mengakui dan menghayati bahawa dia fakir dan miskin kepada Allah, meskipun dia kaya. Bathinnya mengakui dan menghayati bahawa dia sangat hina dan dina terhadap Allah, meskipun dia mempunyai kekuasaan dan kerajaan yang agung dan hebat di mata manusia. Sebab dia merasa megah dalam status kehambaan, lahir dan bathin, terhadap Allah s.w.t. Itulah yang dijaganya dan dipeliharanya. Dan itulah yang sentiasa menjadi pakaiannya lahir dan bathin. Sebab kekayaan lahiriah yang ia punyai, pangkat yang tinggi dan kekuasaan yang ada padanya, dia melihat dengan penghayatan bathin, bahawa semuanya itu tidak lebih dari sekadar pinjaman Allah s.w.t atasnya.

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Jika Ia mahu, nescaya Ia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru. Dan (perlaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah. (Fathir: 15-17)

Wallauhu'alam.
Tulisan al-Faqir ( Cahaya mukmin )

Pesanan untuk Orang Cantik

By Iqbal
alt
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!