Jumaat, 27 Januari 2012

Tuhan- Penghibur yang Agung


Bismillahirahmanirrahim

Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung.

Contohnya menceritakan benda biasa yg selalu kita tempuh, kita tidak sedar, spt menyedut udara, udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Bila Tuhan cabut udara itu, ertinya tak terhibur. Bumi yg kita pijak adalah ciptaan Tuhan.

Bila mendongak ke langit biru, langit Tuhan, menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah. Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, sayur2an, ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

Bila kita bekerja kita gunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja.

Apabila kita membuat sesuatu perkara yg baik kita disuruh menyebut nama Tuhan. Sebab itu Tuhan pilih salah satu dari 99 nama Allah. Tuhan suruh kita sebut Bismillahirahmanirrahim. Tuhan kenalkan diri-Nya, Akulah Penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahijabbarul Qahhar. Tapi kita tak perasan, kita tak sedar. Kita hanya tahu kalau kita sebut dapat fadhilat. Kita selama ini tak diajar Tuhan penghibur agung. Kita diajar fadhilat sahaja.

Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja, siang utk keperluan kerja. Malam utk berehat, kena tidur. Tak terhiburkah? Kita selama ini tak pernah diajar tauhid macam ini. Tuhan itu penghibur agung, tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu Allah datangkan syariat, seolah2 Tuhan berkata "Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan system hidup buat menghiburkan kamu."

Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Syariat mengajarkan kita, kalau orang bersalah kita maafkan. Tak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan sakit orang itu.

Jiran kena jaga walaupun bukan Islam, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila berkawan, Tuhan kata kena setia. Tak terhiburkah?

Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tak terhiburkah?

Cuba baca sejarah, orang yg paling kuat berjuang seperti Rasul tak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa sebelum jadi nabi. Itupun secara tak sengaja. Rasulullah masuk medan perang 27 kali tetapi tak sekalipun membunuh orang, padahal peluang ada. Kalaupun ada peluang Rasulullah maafkan. Tak terhiburkah hati orang?

Tuhan datangkan Rasulullah utk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tak terhiburkah?

Kenapakah ulama hari ini bila menyuruh tentang jihad, mau bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tak ada yg berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun jadi takut.

Jadi hari ini Tuhan minta kepada manusia utk menghiburkan orang. Tuhan datangkan orang2 berjuang utk menghiburkan orang walaupun mereka susah, yg penting orang terhibur.

Ali-Imran ayat 190-191:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang silih berganti, terdapat tanda2 akan keesaan/kekuasaan/kebesaran/keagungan dan kebijaksanaan Allah bagi ORANG-ORANG YANG BERAKAL ".

"Iaitu mereka yang berzikir ( ingat ) akan Allah semasa berdiri , duduk dan berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi, sambil berkata ; Wahai tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan semuanya ini sia2, Maha suci engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka."


dipetik drp Cahayamukmin

Rabu, 25 Januari 2012

50 tanda orang munafiq menurut al-quran dan sunnah

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman cerdik sungguh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13930.0

Selasa, 24 Januari 2012

Jenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh makhluk halus!


Soalan
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

dipetik daripada harakahdaily..

Jumaat, 6 Januari 2012

Amalan yang tidak ternilai...


Imam Abdullah bin Al Mubarak radhiAllahu `anhu telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal: "Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah sollallahu `alahi wasallam."

Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata:

Aku mendengar Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta`ala telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:
"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran."
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:
"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad dengki kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tiada belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku."

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum’ah (ingin masyhur). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:
"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui”.
“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi".
“PengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu Aku dengan amalnya ini?”
"Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu. Oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu."
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka."
Dan semua yang di langit turut berkata, “Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat”.

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?”
Sabda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan”.

Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hamba Allah bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?”
Bersabda Rasullullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain”.
“Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing api neraka jahanam”.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia”.

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar”.

Huraian:

Jauhilah daripada penyakit hati (batin) seperti:
1) Mengumpat
2) Amalan untuk mendapat keuntungan dunia
3) Takabbur
4) Ujub (Bangga diri sendiri)
5) Hasad dengki
6) Merasa senang apabila orang mendapat bala'
7) Sum'ah (Ingin masyhur)
8) Riak, amalan yang tidak ikhlas kepada Allah subhanahu wa ta`ala

Wallahu'alam....

Jumaat, 30 Disember 2011

ni pula yang kata haram sambut tahun baru masehi..


SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI HARAM!!!



OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga. 

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [  http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it. 

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

[size=10pt][size=10pt]وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا[/size][/size]

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur  (Lihat tempat bergaris)  adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130]. 

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin. 

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :

[size=10pt][size=10pt]عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى[/size][/size]

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti  Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

[size=10pt][size=10pt]إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا[/size][/size]

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini  (Eidul adha) adalah perayaan kita”. 

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

[size=10pt][size=10pt]وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ[/size][/size]

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama 

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

[size=10pt][size=10pt]لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم[/size][/size]

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :

[size=10pt][size=10pt]وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله[/size][/size]

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :
[size=10pt][size=10pt]
وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .
[/size][/size]

 

Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

[size=10pt][size=10pt]ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم[/size][/size]

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :

[size=10pt][size=10pt]أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى[/size][/size]

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

[size=10pt][size=10pt]ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور[/size][/size]

Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

[size=10pt][size=10pt]ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم[/size][/size]

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :

[size=10pt][size=10pt]ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار[/size][/size]

Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat 

[size=10pt][size=10pt]قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”[/size][/size].

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan 

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi. 

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.



p/s aku rasa lebih baik kita tak sambutlah...