Sabtu, 7 September 2013

carilah alasan lain kalau nak naikkan harga minyak ! bongok la..

MULAI 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.

Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh.

Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan.

Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia?

Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut?

Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita.

Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32).

Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak atau sedikit sumber petroleumnya?

Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita?

Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain.

Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia?

Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja.

Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia?

Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion.

Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9 peratus pada tahun 2008 kepada 76.6 peratus tahun 2009, 75.8 peratus tahun 2010, 76.6 peratus tahun 2011 dan 80.5 peratus pada tahun 2012.

Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0 peratus dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia?

Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat.

Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat?

Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol?

Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian?

Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik.

Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita.

Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!


Prof Mohammad Agus Yusoff
** Pendapat ini dipetik dari Facebook (FB) rasmi beliau.

Rabu, 13 Februari 2013

jgn sokong kerajaan yg zalim


At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka’ab bin ‘Ujrah katanya, pada suatu hari Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Wahai Ka’ab, aku mohon perlindungan daripada Allah s.w.t supaya melindungimu daripada pemerintah-pemerintah yang datang selepas aku. Barangsiapa yang mendatangi pemerintah di tempat kediaman rasmi mereka, serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan daripada umatku, ia tidak dapat menemui aku dan menghampiri telagaku (Telaga Kauthar) di akhirat kelak. Barangsiapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedang dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu di atas kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya.”*1

Hadis riwayat at-Tirmidzi ini memperkatakan mengenai orang-orang yang tidak dapat meminum air Telaga Kauthar di akhirat kelak, atas sebab-sebab mereka telah mengingkari sunnah Rasulullah s.a.w. Di antara mereka ialah golongan yang suka mendekati istana ataupun mengampu pemerintah bagi mendapatkan habuan-habuan tertentu. Mereka mempunyai tujuan duniawi dalam kegiatan mereka mendekati pemerintah, sedangkan mereka sedar bahawa pemerintah tidak mengikut sunnah Rasulullah. Mereka mengampu dan sanggup membenarkan segala pendustaan dari istana ataupun pemerintah zalim itu kerana mempunyai tujuan tertentu.

Sikap buruk orang-orang yang suka mendampingi sehingga tidak sanggup mempertahankan prinsip hidup bagi menyatakan kebenaran, tidak berani menegur penyelewengan pemerintah yang telah menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan sahaja mereka membiarkan pembohongan yang dilakukan oleh pemerintah, malah sebaliknya mereka sanggup mengiyakan atau membenarkan pembohongan pihak pemerintah.

Bukanlah sikap orang mu’min yang suka mendampingi raja atau pemerintah jika dengan maksud untuk mendapatkan habuan tertentu. Ini tidak bererti Islam tidak membenarkan penganutnya mendekati pemerintah, ia suatu yang diharuskan andainya pemerintah yang melaksanakan hukum syariat Allah s.w.t. Namun bukan sikap orang mu’min yang gemar mendekati pemerintah sedangkan mereka tidak sanggup menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan yang dilakukan oleh pemerintah.

Apabila seseorang itu membenarkan pembohongan yang dilakukan oleh pemerintah, maka ia bercanggah dengan prinsip Islam. Islam menghendaki penganutnya supaya tidak meragui kebenaran, kerana kebenaran itu datang hanya daripada Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya:
“Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.”
(Al-Baqarah : 147)

Orang yang mengetahui bahawa pemerintah itu berbohong sedangkan dia membenarkan pembohongan itu, Rasulullah s.a.w menyifatkan orang itu bukan dari kalangan umatnya. Sedangkan orang-orang yang dianggap dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w pun ada yang tidak dapat mendekati Telaga Kauthar, betapa pula jika mereka yang sudah tidak diakui oleh Rasulullah s.a.w sebagai umatnya, maka tepat sekali penjelasan baginda bahawa mereka tidak mempunyai sebarang harapan untuk menghampiri dan minum air dari Telaga Kauthar.

Apakah yang dimaksudkan pembohongan oleh pemerintah? Pembohongan itu misalnya ialah pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah dan undang-undang yang termaktub dalam al-Quran tetapi mereka mendakwa sebagai kerajaan Islam atau negara Islam. Para pemimpin mempromosikan negara yang ditadbirnya sebagai sebuah negara Islam, sedangkan perlembagaan negara sekular. Islam mengharamkan judi dan arak, tetapi negara yang didakwa sebagai sebuah negara Islam menghalalkan judi dan arak dengan cara mengeluarkan lesen. Pengeluaran lesen itu bererti membenarkan atau menghalalkan perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pembohongan itu sepatutnya disanggah terutama oleh para ulama dan juga umat Islam yang prihatin terhadap kemungkaran. Malangnya tidak kurang pula orang-orang yang bertaraf ulama saling bergayutan di pintu-pintu istana para pemerintah, memejamkan mata terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah. Apa yang mendukacitakan apabila ulama istana pun turut mengiyakan dan membenarkan dakwaan para pemimpin yang terang-terang dusta itu. Yang pasti, sehingga hari ini bilangan ulama-ulama yang telah dan sedang bergayutan di pintu-pintu istana pemerintah melebihi 40 orang. Mereka hanya membiarkan pemerintah menzalimi rakyat dengan menaikkan harga minyak dan barang dengan sesuka hati yang jelas memberi kesan yang amat buruk ke atas kehidupan rakyat. Mereka membiarkan pemerintah yang zalim terus merompak harta kekayaan negara yang sepatutnya menjadi hak rakyat, salah guna kuasa dan urus tadbir awam yang penuh dengan kepincangan. 

Soalnya, mengapa ada ulama yang boleh berkompromi dengan kemungkaran dan pembohongan yang dilakukan oleh pemerintah? Mengapa lidah mereka menjadi kelu apabila berhadapan dengan pembohongan pemerintah itu, sedangkan mereka tahu Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya, “Barangsiapa yang melihat kemungkaran mestilah mencegah dengan tangannya (kuasa), jika tidak terdaya dengan tangan maka hendaklah ditegah dengan lidahnya (lisan dan tulisan) jika tidak berupaya hendaklah ditegah (membenci) dengan hatinya, sesungguhnya yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Orang yang terpaksa pergi ke istana ataupun ke kediaman rasmi para pemimpin atau pemerintah, mereka mesti sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan prinsip Islam iaitu ‘Katakanlah yang benar itu sekalipun pahit.”*2

Tidak wajar bagi orang yang mu’min bersikap mengambil hati pemerintah, kerana sikap itu boleh menyebabkan seseorang itu jatuh ke dalam jurang pengampu. Memang selamanya para pengampu itu tidak akan berkata kecuali apa yag disukai oleh orang yang diampunya. Andainya seorang mu’min terpaksa pergi ke istana atau ke kediaman rasmi para pemerintah, dia mesti mempunyai tanggungjawab menegakkan kebenaran. Berani menyanggah pembohongan pihak pemerintah dan menentang segala kezaliman yang dilakukan.

Sekiranya inilah sikap umat Nabi Muhammad s.a.w terhadap pemerintah yang zalim dan pembohong, maka Rasulullah s.a.w menyatakan dalam hadis riwayat at-Tirmidzi; “Bahawa aku adalah sebahagian daripadanya (sebahagian daripada orang yang tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu kezaliman pemerintah).”

Menjadi sebahagian daripada diri Rasulullah bererti bersama-sama mendapat kurnia Allah di akhirat sebagaimana kurnia yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. Baginda dikurniakan Allah s.w.t dengan Telaga Kauthar, maka orang yang menjadi sebahagian daripada diri Rasulullah itu pasti mendapat sebahagian daripada air Telaga Kauthar itu.

Orang yang berani menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim adalah orang yang telah melaksanakan tugas nabi-nabi. Pengertian bahawa diri Nabi menjadi sebahagian daripada diri mereka bererti mereka telah melaksanakan apa-apa yang telah dilaksanakan oleh para nabi.

Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi daripada Ka’ab bin ‘Ujrah mengakui bahawa orang-orang mu’min yang tidak membenarkan ataupun tidak menyokong kezaliman pemerintah, maka sesungguhnya baginda menjadi sebahagian daripada diri orang mu’min itu (wa ana minhu).

Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan Rasulullah s.a.w; “Bahawa aku adalah sebahagian daripadanya iaitu sebahagian daripada diri orang mu’min itu”? Apakah ia bermaksud bahawa di dalam jasad ataupun darah orang mu’min itu terdapat sebahagian daripada jasad ataupun darah Rasulullah s.a.w?

Terdapat pelbagai tafsiran di kalangan ulama mengenai sabda junjungan itu, ia membawa pengertian yang luas sebagaimana ulasan para ulama terhadap ucapan selawat ke atas Rasulullah s.a.w yang berbunyi; “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala aali Muhammad.” Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘aali Muhammad’ (keluarga Nabi Muhammad s.a.w), keluarga Nabi Muhammad secara khususnya ialah keluarga terhormat daripada keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, dua keluarga terbesar itulah yang menjadi susur-galur keluarga Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun terdapat di kalangan ulama yang mentafsirkan maksud ‘aali Muhammad’ (keluarga Muhammad) ialah ‘Kullu Mu’minin’ iaitu setiap orang mu’min yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, yang menggemari dan mengikuti sunnahnya. Sunnah Rasulullah s.a.w dalam ibadahnya, muamalah, kekeluargaannya, pergaulan dan kemasyarakatannya, sunnah dalam siasah atau urusan pentadbiran negara, sunnah dalam menghadapi musuh-musuh Islam, sunnah dalam menghadapi kebatilan dan kemungkaran dan seterusnya sunnah dalam menegakkan kebenaran.

Orang-orang mu’min yang mempunyai ciri-ciri sedemikian disifatkan oleh ulama muhaddisin sebagai keluarga Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka mendukung segala ciri-ciri kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kepada mu’min yang sedemikian pendiriannya ditujukan ucapan baginda, ‘wa ana minhu’ itu, bahawa baginda menjadi sebahagian daripada diri orang itu.

Ucapan dan pengakuan baginda itu tentulah lebih bermakna daripada hanya sekadar kekeluargaan berdasarkan pertalian darah, kerana sejarah sudah menunjukkan kepada kita bahawa ada juga orang yang mempunyai hubungan darah dengan baginda tetapi mereka menentang ajaran yang dibawa dan tidak mahu mengiktiraf kerasulan Nabi Muhammad s.a.w hingga ke akhir hayat mereka, seperti Abu Jahal dan Abu Lahab yang akhirnya menjadi abu neraka.

Orang-orang yang mempunyai pertalian darah dengan Rasulullah s.a.w tetapi menentang ajaran yang dibawanya, sudah tentu tidak termasuk dalam ucapan selawat ke atas baginda sebagai ‘aali Muhammad’.

Oleh itu ulama telah mengkategorikan orang-orang mu’min yang beriman dengan Allah dan kerasulan Muhammad yang percaya dengan hukum halal, haram, sunat, makruh dan mubah yang menjadi landasan dalam kehidupan harian baginda, adalah yang paling layak bergelar ‘keluarga Muhammad’. Justeru itu ulama berpendapat apabila seseorang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dan ke atas keluarganya, maka orang-orang mu’min yang mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan itu termasuklah dalam ucapan selawat itu. Wallahu a’lam.

Demikianlah orang-orang mu’min yang kamil itu digolongkan sebagai keluarga Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan kepada amalan dan perjuangan mereka mempertahankan kebenaran daripada Allah yang dibawa oleh Rasul-Nya Muhammad s.a.w. Suatu bukti bahawa pertalian kekeluargaan itu sangat rapuh dan pernah dinafikan oleh Allah s.w.t melalui peristiwa yang berlaku kepada Nabi Nuh a.s sebagaimana firman-Nya:

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janji-Mu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim Yang menghukum dengan seadil-adilnya". Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); Sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah Engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
(Surah Huud : 45-46)

Sebagai seorang ayah sudah tentu Nabi Nuh mengakui bahawa anaknya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun tetap darah keturunannya juga. Ketika air bah sudah mulai melimpah ke daratan, Nabi Nuh mengajak anaknya supaya menaiki bahtera yang dibuatnya sendiri. Tetapi anaknya enggan menaiki bahtera itu, sebaliknya dia berenang menuju ke puncak bukit. Ketika itu Nabi Nuh berdoa kepada Allah s.w.t supaya membuka pintu hati anaknya untuk menerima kebenaran dan bersedia menaiki bahtera bersama orang-orang yang beriman. Tetapi Allah s.w.t dalam ayat tersebut telah menafikannya, bahawa sesungguhnya dia bukanlah keluarga Nuh. Kerana amalannya tidak soleh dan tidak berpegang kepada akidah tauhid yang dibawa oleh bapanya. Dengan sebab itu Allah s.w.t menafikan bahawa dia adalah daripada keluarga Nuh dalam erti kata keluarga seorang utusan Allah yang membawa ajaran yang haq iaitu ajaran tauhid. Walaupun dia adalah darah daging Nabi Nuh a.s, namun kekeluargaan di atas pertalian darah tidak mempunyai kaitan langsung dengan kebenaran yang diperjuangkan oleh Nabi Nuh a.s.

Demikianlah halnya dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w, atas nama seorang Rasul yang membawa akidah tauhid, maka jelaslah bahawa keluarga bagi seorang Rasul Allah itu hanyalah mereka yang beriman yang menerima kebenaran dan mengamalkannya dengan ikhlas. Dialah yang selayaknya bergelar ‘Keluarga Muhammad’.

Justeru itu setiap mu’min wajib berusaha sepenuh tenaga untuk menjadi sebahagian daripada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bersikap tegas terhadap pemerintah yang zalim, tidak membenarkan sebarang pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah dan tidak berkompromi dengan kezaliman yang dilakukannya.

*1 = Sunan at-Tirmidzi: hadis no. 558, al-Mukjam al-Kabir: hadis no 15 561

*2 = Hadis ini sahih lighairih mengikut penilaian Albani. Rujuk kitab Sahih At-Targhih wa At-Tarhib: 3/57: hadis no. 2868


Ahad, 18 November 2012

PErang Khaibar..dendam drp kekalahan inilah yg menyebabkan Yahudi berterusan menyerang Gaza dan Khan Younis..


Khaibar adalah daerah yang ditempati oleh kaum Yahudi setelah diusir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari Madinah tatkala mereka melanggar perjanian damai. Di sana mereka menyusun makar untuk melampiaskan dendamnya terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Islam, dan kaum muslimin.
Dendam Yahudi memang telah menumpuk; mulai terusirnya Bani Qainuqa, Bani Nadhir, terbunuhnya dua tokoh mereka, hingga pembantaian terhadap Bani Quraizhah dan sejumlah tokoh mereka yang dibunuh oleh kaum muslimin.
Telah lewat pembahasan bahwa kaum Yahudi adalah penggerak pasukan Ahzab pada Perang Khandaq. Ini berarti kali yang keempat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerangi umat Yahudi agar kita mengetahui bagaimana sejarah hitam umat Yahudi dan dendam mereka yang sangat mendalam terhadap Islam.
Pasukan Berangkat
Pada bulan Muharram tahun ketujuh Hijriah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama 1400 sahabat yang ikut di Hudaibiyah berangkat menuju Khaibar. Telah kita ketahui bahwa sepulang mereka dari Hudaibiyah Allah menurunkan ayat sebagai janji kemenangan dari-Nya dan perintah untuk memerangi Yahudi di Khaibar dalam firman-Nya:
Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang dapat kamu ambil, maka disegerakan-Nya harta rampasan ini untukmu dan Dia menahan tangan manusia dari (membinasakan) mu (agar kamu mensyukuri-Nya) dan agar hal itu menjadi bukti bagi orang-orang mukmin dan agar Dia menunjuki kamu kepada jalan yang lurus.” (QS. Al-Fath: 20)
Ulama ahli tafsir mengatakan bahwa Allah menjanjikan harta rampasan (ghanimah) yang banyak kepada kaum muslimin, sebagai pendahuluannya adalah harta rampasan yang mereka peroleh pada Perang Khaibar itu. Adapun orang-orang badui atau munafik tatkala mereka mengetahui para sahabat akan menang dan mendapat rampasan perang, maka mereka untuk ikut dalam peperangan tersebut supaya mendapat bagian dari ghanimah maka Allah berfirman,
Orang-orang Badui yang tinggal itu akan berkata apabila kamu berangkat untuk mengambil barang rampasan, “Biarkan kami, niscaya kami mengikuti kamu.’ Mereka hendak mengubah janji Allah. Katakanlah, ‘Kamu sekali-kali tidak (boleh) mengikuti kami; demikian Allah telah menetapkan sebelumnya.’ Mereka mengatakan, ‘Sebenarnya kamu dengki kepada kami.’ Bahkan mereka tidak mengerti melainkan sedikit sekali.” (QS. Al-Fath: 15)
Demikian itu karena Allah telah mengkhususkan rampasan Perang Khaibar sebagai balasan jihad, kesabaran, dan keikhlasan para sahabat yang ikut di Hudaibiyah saja.
Para sahabat berangkat dengan penuh keyakinan dan besar hati terhadap janji Allah, sekalipun mereka mengetahui bahwa Khaibar merupakan perkampungan Yahudi yang paling kokoh dan kuat dengan benteng berlapis dan persenjataan serta kesiapan perang yang mapan. Mereka berjalan sambil bertakbir dan bertahlil dengan mengangkat suara tinggi hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallammelarang mereka dan memerintahkan agar merendahkan suara sebab Allah Maha Dekat, bersama kalian, tidak tuli, dan tidak jauh. (Bukhari: 4205)
Sebelum subuh mereka tiba di halaman Khaibar, sedang Yahudi tidak mengetahuinya. Tiba-tiba ketika berangkat ke tempat kerja, mereka (orang-orang Yahudi) dikejutkan dengan keberadaan tentara; maka mereka berkata, “Ini Muhammad bersama pasukan perang.” Mereka kembali masuk ke dalam benteng dalam keadaan takut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allahu Akbar, binasalah Khaibar. Sesungguhnya jika kami datang di tempat musuh maka hancurlah kaum tersebut.” (Bukhari dan Muslim)
Kaum muslimin menyerang dan mengepung benteng-benteng Yahudi, tetapi sebagian sahabat pembawa bendera perang tidak berhasil menguasai dan mengalahkan mereka hinga Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Besok akan kuserahkan bendera perang kepada seseorang yang Allah dan Rasul-Nya mencintai dan dia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya. Allah akan memenangkan kaum muslimin lewat tangannya.” Maka para sahabat bergembira dengan kabar ini dan semua berharap agar bendera tersebut akan diserahkan kepadanya, hingga Umar radhiallahu ‘anhuberkata, “Aku tidak pernah menginginkan kebesaran, kecuali pada Perang Khaibar.”
Pada pagi hari itu para sahabat bergegas untuk berkumpul di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Masing-masing berharap akan diserahi bendera komando. Akan tetapi, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Dimanakah Ali?” Meraka menjawab, “Dia sedang sakit mata, sekarang berada di perkemahannya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Panggillah dia.” Maka mereka memanggilnya. Ali radhiallahu ‘anhu datang dalam keadaan sakit mata (trahom), lalu Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam meludahi matanya dan sembuh seketika, seakan-akan tidak pernah merasakan sakit. Beliau menyerahkan bendera perang dan berwasiat kepadanya, “Ajaklah mereka kepada Islam sebelum engkau memerangi mereka. Sebab, demi Allah, seandainya Allah memberi hidayah seorang di antara mereka lewat tanganmu maka sungguh itu lebih baik bagimu dari pada onta merah (harta bangsa Arab yang paling mewah ketika itu).” (Muslim)
Perang Tanding
Tatkala berlangsung pengepungan benteng-benteng Yahudi, tiba-tiba pahlawan andalan mereka bernama Marhab menantang dan mengajak sahabat untuk perang tanding. Amir bin Akwa radhiallahu ‘anhu melawannya dan beliau terbunuh mati syahid. Lalu Ali radhiallahu ‘anhu melawannya hingga membunuhnya dan menyebabkan runtuhnya mental kaum Yahudi dan sebagai sebab kekalahan mereka.
Benteng Khaibar terdiri dari tiga lapis, dan masing-masing terdiri atas tiga benteng. Kaum muslimin memerangi dan menguasai benteng demi benteng. Setiap kali Yahudi kalah dari pertahanan pada satu benteng, mereka berlindung dan berperang dalam benteng lainnya hingga kemenagan mutlak berada di tangan kaum muslimin.
Korban Perang
Dalam peperangan ini terbunuh dari kaum Yahudi puluhan orang, sedang wanita dan anak-anak ditawan. Termasuk dalam tawanan adalah Shofiyah binti Huyai yang jatuh di tangan Dihyah al-Kalbi lalu dibeli oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam darinya. Beliau mengajaknya masuk Islam lalu menikahinya dengan mahar memerdekakannya. Adapun yang mati syahid dari kaum muslimin sebanyak belasan orang.
Di antara yang mati syahid adalah seorang badui yang datang dan masuk Islam dan memohon kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk hijrah dan tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallammemperoleh rampasan Perang Khaibar maka beliau memberinya bagian, tetapi dia berkata, “Wahai Rasulullah, aku mengikutimu bukan untuk tujuan ini, melainkan agar aku terkena panah di sini (sambil memberi isyarat pada lehernya) sehingga aku masuk surga.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah maka pasti Allah buktikan.” Tidak lama kemudian jenazahnya dibawa kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan terluka pada tempat yang dia isyaratkan sebelumnya. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Orang ini jujur kepada Allah. Oleh karenanya, Allah memenuhi niatnya yang baik.” Lalu beliau mengafaninya dan memakamkannya. (Mushonnaf Abdurrozaq dengan sanad yang baik, 5:276)
Daging Beracun
Kaum Yahudi tidak pernah dan tidak akan berhenti dari makar buruk terhadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Islam karena tabiat mereka, sebagaimana digambarkan oleh Allah dalam Alquran:
Mereka mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak.” (QS. Ali Imron: 112)
Tatkala mereka kalah dari Perang Khaibar dan beberapa kali upaya untuk membunuh Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam gagal, maka mereka bermaksud untuk membunuh beliau dengan siasat baru. Seorang wanita Yahudi berperan besar dalam makar buruk ini, yaitu memberi hadiah berupa menyuguhkan hidangan daging kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan menyisipkan racun yang banyak padanya.
Tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memakan, daging tersebut mengabari beliau bahwa ia beracun. Maka beliau memuntahkannya. Ini merupakan mukjizat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lebih mulia daripada mukjizat Nabi Sulaiman ‘alaihissalam yang memahami bahasa semut sebab ia makhluk hidup yang bernyawa memiiki mulut untuk berbicara, sedangkan sepotong daging tersebut sebagai makhluk yang mati bahkan telah matang dipanggang dengan api.
Adapun Bisri bin Baru radhiallahu ‘anhu, yang ikut makan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, meninggal dunia karena racun tersebut. Sebab itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallammembunuh wanita ini sebagai qishosh.
Perdamaian
Setelah umat Yahudi kalah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bermaksud untuk mengusir mereka dari Khaibar. Akan tetapi mereka memohon kepada beliau agar membiarkan mereka mengurusi pertanian dengan perjanjian bagi hasil, maka Rasulullah menerima permohonan itu dengan syarat kapan saja beliau menghendaki maka beliau berhak untuk mengusir mereka. Hingga akhirnya mereka diusir olehUmar bin Khaththab di zaman kekhalifahannya setelah beberapa kali mereka berbuat kejahatan terhadap kaum muslimin.
Pembagian Rampasan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membagi rampasan perang kepada sahabat yang ikut perang yang berjumlah 1400 orang. Namun, seusai perang ini para rombongan Muhajirin berjumlah 53 orang dari Habasyah yang dipimpin oleh Ja’far bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu datang dan bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Khaibar. Beliau sangat gembira dengan kedatangan mereka. Beliau merangkul Ja’far radhiallahu ‘anhu serta menciumnya seraya bersabda, “Aku tidak mengetahui apakah aku bergembira karena menang dari Khaibar ataukah karena kedatangan rombongan Ja’far.” (Shahih Abu Dawud: 5220)
Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi mereka bagian dari rampasan perang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga memberi bagian kepada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhudan beberapa orang dari suku Daus yang baru datang dalam keadaan Islam. Semua ini beliau lakukan dengan izin dan keikhlasan dari sahabat yang ikut Perang Khaibar dan karena mereka ini terhalang oleh udzur, jika tidak maka pasti mereka akan ikut berperang.
Bahaya Ghulul
Ghulul adalah mengambil rampasan perang sebelum dibagi. Mid’am, seorang pelayan Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam, meninggal dunia akibat terkena panah. Maka sahabat mengatakan, “Alangkah nikmat, baginya surga.” Namun, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak, demi Allah, sesungguhnya pakaian yang diambilnya dari rampasan Khaibar sebelum dibagi menjadi bahan bakar api neraka.” Mendengar ini, ada seseorang yang datang mengaku, “Ini satu atau dua tali sandal aku peroleh sendiri.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Itu termasuk neraka.” (Bukhari dan Muslim)
Yahudi Fadak
Tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengauasai dan mengalahkan Khaibar maka Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati orang-orang Yahudi di Fadak –sebelah utara Khaibar-, mereka segera mengirim utusan kepada Rasulullah untuk perjanjian damai dengan menyerahkan separuh bumi Fadak kepadanya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menerima tawaran tersebut dan beliau khususkan untuk dirinya sebab ia termasuk rampasan perang (fai) yang diperoleh tanpa perang (pertempuran).
Juga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerangi Yahudi di Wadi Quro hingga mereka menyerah dan kalah. Mengetahui hal ini, Yahudi Taima’ juga segera berdamai dengan Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membayar jizyah (upeti, red.)
Pelajaran
  1. Dalam peperangan Khaibar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengharamkan makan daging keledai piaraan.
  2. Tampak mukjizat kenabian seperti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meludahi mata Aliradhiallahu ‘anhu lalu sembuh, daging yang mengabari beliau bahwa ia mengandung racun, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meniup tiga kali pada bekas pukulan pedang yang mengenai lutut Salah bin Akwa radhiallahu ‘anhu lalu dia tidak kesakitan setelah itu.
  3. Boleh berdamai dengan Yahudi dalam waktu yang ditentukan dan boleh memerangi orang kafir pada bulan haram. Lihat Sirah Nabawiiyyah karya Dr. Mahdi Rizqulloh Ahmad: 479-492.
Sumber: Majalah Al-Furqon Edisi 1 Tahun Kesebelas 1432 H

Jumaat, 16 November 2012

UCAPAN DR MORSI MENGGERUNKAN ISRAEL.

"Saya memberitahu mereka bagi semua orang Mesir bahawa Mesir hari ini tidak sama macam Mesir semalam dan bahawa Arab hari ini adalah berbeza daripada orang-orang Arab semalam," katanya selepas solat mingguan Islam di masjid Kaherah.

"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendiri."
kami tentera tak takut mati..

Ahad, 21 Oktober 2012

JANGAN BANGGA DAN SOMBONG, MERASA DIRI HEBAT!



Di akhir zaman ini ramai dari kalangan ahli abid (mereka yang banyak amal ibadahnya) tertipu dengan banyaknya ibadah yang telah mereka lakukan. Perkara ini terjadi apabila si ahli abid melakukan setiap ibadah yang dikerjakannya tanpa merasakan perbuatan dan amalannya itu adalah dengan izin dan rahmat Allah jua. Tanpa keizinan Allah, tanpa rahmat dan kasih sayang Allah serta tanpa kudrat dan Iradah dari Allah SWT, kita semua lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau tidak kerana Allah SWT yang telah mengizinkan, jangan kata hendak menggerakkan lidah, malah duduk, bangun, rukuí, dan sujud menyembah Allah SWT pun kita tidak akan mampu lakukan.

Maka patutkah kita merasa bangga dan sombong serta merasa hebat sekiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu untuk bangun malam beribadah dan banyak melakukan solat sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersolat, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel, punya pangkat dan darjat, memandu dan menunggang kereta atau motosikal atau sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak sama sekali! Semua itu adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Subhanallah! Tanpa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah tentu kita akan ingkar dan sesat sepertimana orang kafir tanpa kita sedari. Maka sentiasalah kita melahirkan rasa syukur kepadaNya.

WANG YANG SAMA : NILAI BERTUKAR MENGIKUT TEMPAT

Ingatlah, wahai pembaca yang budiman, sekiranya kita angkuh, riak (menunjuk-nunjuk), ujub (merasa bangga diri) dan takabur (sombong dengan nikmatNya) dengan apa yang ada pada kita, tidak mustahil suatu hari nanti Allah SWT akan menarik semula nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan kepada kita. Katalah ketika ini kita tergolong di dalam golongan orang yang berharta, kaya raya, harta melimpah ruah lalu kita tidak sedar diri (takabur). Kononnya kitalah manusia yang paling mewah dan kaya raya di dunia ini. Hasil dari sifat takabur dan angkuh itu sudah tentu kita menjadi seorang yang kedekut, bakhil, tamak dengan harta.

Sepuluh sen untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin pun difikir seribu kali. Di kedai atau supermarket, lima puluh ringgit itu terlalu kecil nilainya, kenalah bawa sekurang-kurangnya dua ratus ringgit, itu pun baru syarat minima. Berbeza pula dengan situasi apabila diusung kotak tertera DERMA AMAL PALESTIN atau DERMA UNTUK ANAK YATIM lantas nilai lima puluh ringgit itu berubah menjadi nilai yang terlalu besar, seperti satu ribu ringgit. Jika di tangan hanya terdapat wang kertas bernilai lima puluh ringgit, mulalah hati berbisik: Tak ada duitlah nak derma, atau lalu mulut berkata: Ala! Tak bawa duitlah syeikh! Lain kalilah!.

ILMU : MENINGGIKAN DARJAT, JUGA BOLEH MENURUNKAN MARTABAT

Harta itu hanya pinjaman Allah, sekelip mata sahaja Allah boleh papa kedanakan si kaya yang sombong. Andai kata seseorang itu dikurniakan ilmu kepadanya sehingga dengan ilmunya itu jadilah dia seorang yang terkenal atau dikenali ramai, disanjung, dan dipuja maka mulalah penyakit hati menyerang jantung kalbunya. Jadilah dia seorang ahli ilmu yang bongkak, rasa diri lebih; lebih bijak dari orang lain, pandangan dan pendapat orang lain semuanya salah, pandangannya sajalah yang tepat dan betul!

Walaupun kita menjadi seorang alim ulama' atau penulis artikel mahupun sesiapa sahaja semuanya tidak membuktikan kehebatan kita, bukan juga kepandaian dan kepintaran kita, tetapi semuanya adalah pinjaman daripada Allah SWT semata-mata. Malah ilmu itu satu amanah daripada Allah SWT, di akhirat kelak Allah akan persoalkan kepada kita:

Ilmu yang penuh di dalam dadamu wahai hambaku, ke manakah kamu salurkan? Adakah untuk mengajak manusia menyembah Aku atau dengan ilmu itu engkau menyesatkan dirimu juga orang lain?.
ATAU...
Alangkah malangnya ketika itu sekiranya jawapan yang kita persembahkan kepada Allah SWT (kerana di akhirat nanti tidak boleh lagi untuk kita berbohong dan berselindung apa-apa pun daripada Allah SWT):

Tuhanku, aku gunakan ilmu yang Engkau kurniakan untukku dahulu ke jalan kemurkaanMu, dengan ilmu itu aku ambil peluang kemewahan, memandang rendah dan hina pada si jahil yang sepatutnya aku yang bertanggungjawab membasmi kejahilan di dada hamba-hambaMu, semakin aku lupa padaMu, semakin aku ego, sombong dan rasa diriku tuan, malah bila orang lain sesekali buat kesalahan, aku hukum mereka, seolah-olah aku Tuhan.

MERASAKAN DIRI LEBIH BANYAK DOSA DARI AMALAN

Maka menangislah golongan ahli ilmu yang tertipu dengan ilmunya itu. Menurut Matan Zubat: Ahli ilmu yang fasik akan dibenci oleh Allah dan akan dihumbankan ke dalam lubuk neraka lebih dahulu daripada orang kafir penyembah berhala. Wal 'iyazubillah.

Alangkah beruntungnya ketika Allah SWT minta pengakuan dari hambanya di padang Mahsyar kelak kita dapat menjawab sekurang-kurangnya begini:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau kurniakan padaku, kugunakan sebaik-baik penggunaan. Aku mengajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, aku menyeru umat manusia agar menyembahMu, sujud syukur pada-Mu, aku mengajak manusia beriman padaMu, pada Rasul-Mu dan pada hari kemudian, pada syurga dan nerakaMu, ku ajak lagi manusia agar berfikir tentang keagungan dan kehebatanMu menjadikan alam yang luas terbentang itu......

Begitulah jawapan orang yang alim yang terpimpin lagi dikasihi oleh Allah SWT. Semakin berilmu semakin dia merendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali juga merasakan dirinya tiada apa-apa nilainya, yang ada hanya seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resam padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.

Seperti kata Imam As-Syafie: "Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui..."

LUBUK NERAKA YANG TERBAWAH SEKALI

Ilmu sepatutnya mengajak manusia untuk mengenal dan mentauhidkan Allah. Semakin dalam ilmu yang dipelajari semakin ëdalamí pula lupanya kepada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur dengan Allah. Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut ilmu, semakin angkuh dan sombong pula empunya diri, sama ada dengan Allah mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya Allah SWT. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati semakin tebal bersarang dalam dada seperti sombong, ego, riak, ujub, takabur, merasa diri mulia, memandang rendah pada orang lain dan sebagainya.

Andai kata kita tidak sempat bertaubat sedangkan dalam diri kita penuh dengan penyakit-penyakit hati itu, ingatlah tempat yang selayaknya adalah lubuk neraka yang terbawah sekali. Lebih berat lagi para alim ulama' yang tidak beramal dengan ilmunya dan tidak menyampaikan ilmu yang ada di dalam dadanya; pasti akan mendapat laknat Allah. Mereka masuk neraka lebih dahulu dari penyembah berhala. Marilah bersama-sama kita berdoa agar kita semua menjadi ahli ilmu yang bakal menerangi alam fana ini dengan cahaya ilmu yang kita pelajari. Jauh sekali untuk merasa bangga dengan ilmu yang ada, malah sedar jika kita merasa diri hebat, pasti ada yang lebih hebat.

Sematkan dalam dada dan hati: "Aku akan membasmi kejahilan kerana kejahilan itu bahaya dan mampu menjerumuskan diriku ke dalam neraka dan mampu juga menghancurkan perpaduan umat Islam di dunia ini."

KESIMPULAN

Perlu kita beringat bahawa ilmu dunia sahaja tidak mampu untuk kita memiliki tempat di syurga Allah SWT, seandainya tidak ditunjangi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Perlu juga kita dalami risalah yang Allah SWT sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, ilmu itu adalah nur (cahaya), yang menyinari hati yang putih bersih dan bukannya hati yang hitam tebal dengan maksiat. Hati yang bersih pula tidak kita perolehi dengan begitu mudah. Untuk memilikinya perlu ada usaha yang berterusan yakni istiqamah dengan amal kebaikan dan menjauhi kemungkaran yang dihujani dengan kesabaran serta digauli dengan keikhlasan.

Memang mudah untuk penulis nukilkan untuk jadi bahan bacaan buat sahabat-sahabat sekalian. Peringatan buat diri sebagai penulis dan buat pembaca kesemuanya. Hidayah datangnya daripada Allah, kita memohon daripadaNya. Selain berdoa, dengan berfikir (dan beringat) maka InsyaAllah hidayahNya akan kunjung tiba yakni sebagai usaha sebagai seorang hamba.

Ilmu itu kalam ilahi, membawa jalan menuju syurgawi, andai terbuka jalan yang hitam, cepat-cepatlah insafi diri.

Wallahuíalam.

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2012/03/ilmu-itu-cahaya-jahil-itu-bahaya.html#ixzz2A0FAp1Jv