Selasa, 20 Jun 2017

Jadilah Pemurah

 

Daripada ‘Adi bin Hatim RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan bersedekah sebelah buah tamar.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith :

  1. Islam menggalakkan umatnya supaya suka bersedekah kerana ia akan mengeratkan hubungan silaturahim antara yang memberi dengan yang menerima.
  2. Orang yang suka bersedekah sama ada sedikit ataupun banyak akan menghindarkan dirinya daripada api neraka.
  3. Orang beriman digalakkan bersedekah walaupun dengan sesuatu yang amat sedikit (kerana tidak didapati yang lain) dan bersedekah itu akan menjadi perisai daripada api neraka.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Akhlak yang Baik

 
Daripada Aishah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang Mukmin itu dapat mencapai orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang sunat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.”

(Riwayat Abu Daud)
 
Huraian Hadith :
 
  1. Allah SWT memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia setaraf dengan orang yang berpuasa dan mendirikan sembahyang ditengah malam.
  2. Orang Islam hendaklah berusaha mempertingkatkan mutu akhlaknya yang mulia dalam kehidupan hariannya supaya setiap amalan yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT.

Sumber :  Kitab Riyadhus Salihin
 
 

Takut kepada Allah swt

 
Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang lain yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith :
 
  1. Umat Islam disuruh supaya takut dengan seksaan Allah SWT yang amat mengerikan pada hari kiamat.
  2. Allah SWT menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah SWT.
  3. Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
 
 

Sifat Orang Munafik

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.
 
Huraian Hadith :
  1. Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
  2. Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
 
 

Berbuka Puasa Mengikut Keperluan

 
Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith :
  1. Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya akan cara-cara menentukan waktu berbuka puasa, melalui perbuatan Baginda sendiri ataupun petunjuk lain seperti berpandukan peredaran matahari dan sebagainya.
  2. Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan sahaja dan tidak melampaui batasan sehingga sampai berlaku pembaziran.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Hindari Maksiat semasa Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Huraian Hadith :
 
  1. Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapannya) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja.
  2. Puasa yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa disamping menambahkan amal ibadat lain sepanjang mereka berpuasa.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Sabtu, 6 Mei 2017

fasal 2 : Membersihkan Tauhid daripada Sebarang SYIRIK

BERIMAN KEPADA ALLAH TA'ALA

Islam - sebagaimana yang telah dijelaskan- adalah agama Tauhid yakni agama yang berasaskan iman kepada keEsaan Allah Yang Maha Kuasa.  Maka ukuransempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kesempurnaan Tauhidnya.
Tauhid yang sempurna itu apabila ke dalam hati nurani seseorang akan melahirkan kesan-kesannya kepada seluruh tingkah laku dan bawaan hidupnya, dan akan memberi kesedaran kepadanya untuk sentiasa waspada terhadap godaan syaitan dalam setiap amalannya supaya ia tidak diselewengkan kepada yang lain dariAzza wa Jalla. 
Boleh dikatakan sebahagian besar dari orang-orang yang mengaku dirinya beriman dan bertauhid kepada Allah dan mengakui bahawa Allah jualah yangmencipta mereka dan menciptakan langit dan bumi tetapi tauhid mereka tidak penuh membulat kepada Allah Yang Maha Esa kerana ada di antaranya -semasa mengerjakan ibadat- tujuan ibadat itu tidak bersih kepada Allah semata-mata.
Ada pula yang menumpukan taat setia kepada Allah dengan menjalankan hukum-hukum syariat-Nya tetapi serentak dengan itu mereka mengubah hukum syarak itu dengan menokok tambah atau menguranginya menurut hawa nafsunya. Semuanya itu adalah merupakan syirik.
Bagi menjelaskan setakat mana buruknya akibat syirik itu, maka di bawah ini diturunkan beberapa ayat suci dan hadis Nabi mengenainya.
Di antara ayat-ayat itu:
Firman Allah Taala ertinya: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Dia sesuatu pun ...'(151 Surah al-Maidah)
"... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka ...." (72 Surah al-Maidah)
" ... Dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan lain Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh rombongan burung (sehingga ia hancur berkecai-kecai) atau dihumban oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)" (31, Surah al-Hajj)
"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (110 Surah al-Kahfi).
Ayat yang pertama: Menyatakan hukum melakukan syirik,  iaitu Allah s.w.t. mengharamkan manusia melakukan sebarang rupa syirik, sama ada yang nyata atauyang tersembunyi. 
Ayat yang kedua: Menyatakan balasan buruk yang dijanjikan kepada orang yang melakukan syirik.
Ayat yang ketiga: Menggambarkan bagaimana dahsyatnya keadaan dan balasan orang yang melakukan syirik.
Ayat yang keempat: Menyatakan bahawa dengan amalan salih serta ketiadaan syirik sahajalah yang membolehkan seseorang berharapmendapat nikmat mengadap Tuhannya.
Perkara : Akibat Buruk Yang Akan Menimpa Orang Yang Melakukan Syirik
Dan di antara hadis-hadis pula:
5عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ. (البخاري ومسلم )
5- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Allah,  masuklah dia ke dalam neraka. "
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kelima ini. menerangkan: 
Akibat buruk yang akan menimpa orang yang melakukan syirik. 
Huraiannya
Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah Taala pada sifat "Uluhiyah"Nya atau sifat "Rububiyyah"Nya.
Sifat "Uluhiyah" Allah `Azza wa Jalla ialah sifatNya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya, ditumpui dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan danmenolak sebarang mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sifat "Rububiyyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh wujud tiap-tiap satunya, mengatur dan menyusun undang-undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan kesempurnaan masing-masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum-hukum halal haram dan sah batal untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia. 
Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana-mana satu dari sifat-sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah Taala nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah,  walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah.  Tentang ini Allah Taala berfirman dalam Surah Yusof, ayat 106. maksudnya: Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.
Dengan itu nyatalah amat buruknya seseorang mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai danmentaati Allah,  atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara,  kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan,  sebab, atau alat untuk menjayakan maksudnya.
Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang-undang dan peraturan,  atau hukum-hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan, atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang i'tiqad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.

6عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ ... . ( البخاري ومسلم )
6- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab:  "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah .
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang keenam ini memerintahkan supaya:
Menjauhi syirik dalam segala bentuknya.
Setelah kita mengetahui setakat mana buruknya akibat syirik,  maka dengan ini kita diperintahkan supaya menjauhi dan menyingkirkan segala jenis syirik terhadapAllah, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi. 
Syirik yang besar atau yang nyata itu ialah: mempercayai adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah s.w.t., yang ditujukan kepadanyadoa permohonan,  yang diuntukkan kepadanya satu-satu cara ibadat,  dan yang ditakuti bala bencananya.
Dengan adanya syirik yang demikian, maka akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, dan orang Musyrik inilah yang dijanjikan Allah denganneraka. 
Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atauundang-undang peraturan Allah. 
Syirik yang tersembunyi itu amat banyak,  di antaranya:
(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk. 
(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah.
(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
(5) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan Si anu,  tentulah aku tidak berjaya. 
(6) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri. 
(7) Melakukan sesuatu ibadat,  atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata, tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain.

7عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً. ( الإمام أحمد )
7- Dari Mahmud bin Labid r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpakamu ialahsyirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w., menjawab:  "(Syirik yang kecil itu) ialah ria' -Allah Taala akan berfirman pada hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria' didunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
(Imam Ahmad)
8عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُما، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ. ( الترمذي )
8- Dari Ibn Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah. "
(Tirmizi)
9عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ. ( أبو داود والإمام أحمد)
9- Dari Ibn Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hatisuami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik"
Abu Daud dan Imam Ahmad)
Hadis yang kesembilan ini menunjukkan bahawa tiga perkara yang tersebut adalah dari perkara-perkara syirik kecil atau syirik yang tersembunyi yang wajib dijauhi oleh tiap-tiap seorang. Tetapi bukanlah semua jenis ketiga-tiga perkara itu dikira syirik,  malah setengah jenisnya sahaja, iaitu yang mengandungi perkataan yang tidak difaham, kerana boleh jadi termasuk perkara sihir,  syirik atau lain-lainnya yang dilarang oleh hukum syarak sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliah
Adapun yang mengandungi ayat-ayat al-Qur'an atau zikrullah,  maka yang demikian tidak dilarang.
Pendeknya, tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram kiranya mengandungi perkataan yang tidak difaham maknanya, atau yang berdasarkansihir,  atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis,  atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor. 
Adapun yang menggunakan kalam Allah,  nama-Nya atau sifat-sifat-Nya atau zikrullah,  maka yang demikian tidaklah salah.
Dengan penjelasan ini, selesailah perselisihan yang nampak pada zahirnya berlaku di antara dalil-dalil yang melarang dan dalil-dalil yang membenarkan perkara-perkara yang tersebut.
Kesimpulannya, bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik yang tersembunyi ini hendaklah:
(1) Jangan menggunakan sesuatu benda,  atau perkataan,  ataupun sesuatu cara sebagai sebab bagi mendapat kebaikan atau menolak perkara-perkara yang tidak diingini, kecuali setelah diketahui bahawa sesuatu itu telah berlaku adat Tuhan menjadikannya sebab bagi musabab yang tertentu, serta diketahui pula bahawa menggunakan sesuatu itu tidak dilarang oleh hukum Allah. 
(2) Jangan i'tiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan menghasilkan musababnya, bahkan memberi kesannya itu bergantung kepadatakdir dan izin Allah Yang Maha Kuasa. 
(3) Jangan melakukan sesuatu amal ibadat dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain dari Allah Azza wa Jalla
Perkara : Baginda S.A.W. Menjadi Tumpuan Pertanyaan Sahabat Sahabatnya
10عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ … . ( البخاري ومسلم )
10- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.,: "Apakah satu-satunya dosa yang terbesar di sisi Allah.?" Baginda s.a.w., menjawab:  "(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamaiNya pada hal Dia menciptakanmu..."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:
(1) Rasulullah s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat-sahabat Baginda.
(2) Syirik adalah satu-satunya dosa yang terbesar.
Huraiannya:
Baginda s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat sahabatnya.
Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.  dalam masa menjalankan tugasnya membuka dengan seluas-luasnya pintu pertemuan dengannya kepada segalalapisan masyarakat untuk mereka menanyakan apa yang mereka musykilkan berhubung dengan soal-soal agama. 
Dalam hadis ini, Abdullah bin Mas'ud seorang sahabat Nabi yang terkenal bertanya kepada Baginda s.a.w. tentang dosa yang terbesar di sisi Allah,  iaitu satu perkara yang sangat mustahak diketahui oleh setiap orang
Islam dalam setiap masa,  lebih-lebih lagi dalam masa - yang boleh dikatakan- manusia leka dengan soal-soal hidup semata-mata, tidak mahu mengambil berat mempersoalkan perkara-perkara dosa dan pahala. 
Soal syirik. 
Bagi menjawab pertanyaan sahabat Baginda yang tersebut, Baginda s.a.w. menegaskan bahawa di antara dosa-dosa yang terbesar ialah melakukan syirik terhadap Allah s.w.t. serta Baginda s.a.w. menerangkan bahawa amatlah tidak patut seseorang itu mempersekutukan atau menyamakan Allah Taala dengan sesuatu yang lain, sedang Allah yang menciptakannya dari tiada kepada ada.
Orang Musyrik yang demikian bukan sahaja tidak patut menurut timbangan akal yang siuman,  bahkan telah berlaku zalim terhadap dirinya sendiri kerana dengan bawaan syiriknya ia telah mendedahkan dirinya kepada azab seksa yang tidak terperi yang akan diterimanya kelak.

Ahad, 5 Mac 2017

Beriman kpd Hari akhirat - Keadaaan seseorang ketika samapai ajal mautnya

BERIMAN KEPADA ADANYA HARI AKHIRAT

Apa dia maut itu?
Maut ialah suatu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan yang tertentu pada masa ia hendak meninggalkan jasadnya.
Penderitaan itu tidak dapat diterangkan dengan jelasnya melainkan sekadar yang dapat dirasai oleh seseorang apabila salah satu anggotanya tercedera - terpotong atau terbakar dan sebagainya.
Kerana sebagaimana yang diketahui bahawa tiap-tiap anggota yang tidak ada roh padanya seperti rambut atau kuku - tidak merasai sakit jika terpotong atau terbakar; jadi yang merasai sakit
Walaupun demikian, kalau jari misalnya terpotong atau terbakar maka roh hanya merasai sebahagian dari kesan sakitnya, kerana sakit yang terbit dari luka atau bakaran itu tidak tepat mengenainya.
Bagaimana halnya kalau roh itu sendiri ditimpa oleh penderitaan dengan sepenuhnya? Sudah tentu amat dahsyat dan tidak dapat digambarkan.
Betapa tidak? Sedang penderitaan - maut - itu ialah satu penderitaan yang menenggelamkan seseorang dalam keadaan kelam kabut dan haru biru.
Hakikat ini diterangkan oleh hadis-hadis yang berikut:
56عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِالْمَوْتِ وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ أَوْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ. (الترمذي وابن ماجه)
56- Dari Aisyah, r.a. katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w. semasa Baginda hampir wafat dan di sisinya sebuah bejana berisi air dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bejana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku!  Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi ini)".
(Tirmizi dan Ibn Majah)
57- عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا أَغْبِطُ أَحَدًا بِهَوْنِ مَوْتٍ بَعْدَ الَّذِي رَأَيْتُ مِنْ شِدَّةِ مَوْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (الترمذي والنسائي)
57- Dan dari Aisyah juga katanya: "Aku tidak memandang elok atau merasa iri hati kepada sesiapa pun dengan sebab mudah dan ringannya Sakratul maut yang dialaminya sesudah aku melihat kesukaran Rasulullah s.a.w. menghadapi Sakratul maut."
(Tirmizi dan Nasa'i)
58- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أُخْرِجُ أَحَدًا مِنَ الدُّنْيَا أُرِيدُ أَغْفِرُ لَهُ حَتَّى أَسْتَوْفِيَ كُلَّ خَطِيئَةٍ فِي عُنُقِهِ بِسَقَمٍ فِي بَدَنِهِ وَإِقْتَارٍ فِي رِزْقِهِ. (ابن رزين)
58- Dari Anas, r.a., bahawa Rasu1ul1ah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu," Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya dan kepicikan pada rezekinya"
(Ibn Razin)
59- وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَابٍّ وَهُوَ فِي الْمَوْتِ فَقَالَ كَيْفَ تَجِدُكَ قَالَ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أِنِّي أَرْجُو اللَّهَ وَإِنِّي أَخَافُ ذُنُوبِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَجْتَمِعَانِ فِي قَلْبِ عَبْدٍ فِي مِثْلِ هَذَا الْمَوْطِنِ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا يَرْجُو وَآمَنَهُ مِمَّا يَخَافُ. (الترمذي وابن ماجه)
59- Dan dari Anas, r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati,  lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu?" Pemuda itu menjawab:  "Aku berharap kepada (rahmat) Allah Ya Rasulullah - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku." Mendengarkan yang demikian Rasulullah s.a.w., bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti."
(Tirmizi dan Ibn Majah)

60- عَنْ جَابِرِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ مَوْتِهِ بِثَلَاثَةِ أَيَّامٍ يَقُولُ لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (مسلم)
60- Dari Jabir, r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda - tiga hari sebelum Baginda wafat: "Janganlah seseorang kamu mati melainkan ia berkeadaan menaruh sangka baik terhadap Allah (Yang melimpah-limpah kemurahanNya)
(Muslim)
Hadis-hadis yang ke 56, 57 dan 58 yang lalu menerangkan bahawa "Sakratul maut" adalah satu keadaan yang tetap yang akan ditempuh oleh setiap orang apabila sampai ajalnya yang telah ditentukan, dengan berbagai-bagai cara yang berat sukar atau yang mudah dan senang. 
Walaupun demikian, keadaan "Sakratul maut" tidaklah menandakan baik atau tidaknya nasib seseorang selepas matinya, kerana dari maksud hadis-hadis yang tersebut dapat difaham bahawa susah sukar yang terdapat pada "Sukratul maut" itu memang ada hikmatnya, iaitu boleh jadi Allah s.w.t hendak membersihkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang itu atau hendak menggandakan pahala dan meninggikan darjatnya.
Oleh itu tidaklah benar anggapan setengah orang yang menyangka bahawa beratnya "Sakratul maut" itu menandakan kemurkaan Tuhan dan ringannya pula menandakan keredhaan Tuhan. 
Sebab itulah Sayidatina Aisyah, r.a., berkata:  "Aku tidak merasa in hati kepada seseorang dengan sebab senang keadaannya ketika ia mengalami Sakratul maut - setelah aku melihat Rasulullah s.a.w., sendiri mengalami Sakratul maut dengan keadaan yang agak sukar. "
Sayidina Umar bin al-Khatab, r.a., pula pernah berkata:  "Apabila seseorang mukmin masih menanggung sedikit dari dosa-dosa yang tidak dihapuskan oleh amalan baiknya Allah akan menjadikannya menderita susah sukar "Sakratul maut" supaya Ia dengan penderitaan yang demikian dapat mencapai tingkatan martabatnya dalam Syurga;  adapun orang yang kafir pula, apabila ia melakukan sesuatu perkara yang baik di dunia,  maka Tuhan memudahkan dia menghadapi "Sakratul maut", supaya dengan itu dapat ia menerima balasan kebaikannya itu di dunia,  kemudian ia akan terus ke Neraka pada hari akhirat kelak."
Menurut huraian alim ulama: Tuhan menjadikan nabi-nabi dan wali-waliNya menderita susah sukar "Sakratul maut" hanya untuk menambahkan ketinggian darjat mereka; adapun orang-orang Islam yang dikenakan mereka mengalami susah sukar "Sakratul maut" adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus dosa), atau balasan seksa terhadap kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.
Dalam pada itu, tiap-tiap seorang - dalam menghadapi "Sakratulmaut" - dikehendaki mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh, serta berdoa semoga Allah Taala memberi pertolongan kepadanya semasa ia mengalami penderitaan itu.
Hadis-hadis yang ke 59 dan 60 pula menerangkan: 
Bahawa perasaan takut kepada kemurkaan Allah dan perasaan mengharapkan rahmat Allah - apabila berada dalam hati seseorang terutama semasa orang itu dalam keadaan hampir menemui ajalnya tetap mendapat penghargaan yang tinggi dari Allah s.w.t.
Meskipun demikian, tiap-tiap seorang dalam masa ia masih sihat dan bertenaga menjalankan tugasnya, dituntut mengambil berat mengisi jiwanya dengan perasaan gerun gementar terhadap kemurkaan Allah,  supaya ia tidak terdorong mencuaikan suruhanNya dan melanggar laranganNya.
Sebaliknya semasa ia terlantar menghadapi "Saktratul maut", hendaklah ia menumpukan harapannya kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.
Demikianlah penderitaan roh seseorang apabila hendak meninggalkan jasadnya.
Tentang jasad pula, kalau ia tidak dibersihkan oleh tuannya dari
kekotoran maksiat,  maka ia akan menderita sebagaimana yang telah diterangkan pada akhir bab yang keempat.
Selain itu, hati kecil orang itu akan menderita tempelak dan tengking herdik dari Malaikat, sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis yang berikut:
61عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جِنَازَةِ رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ وَلَمَّا يُلْحَدْ فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ وَكَأَنَّ عَلَى رُءُوسِنَا الطَّيْرَ وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ فِي الْأَرْضِ فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: ((اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ)) مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ: ((إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مَلَائِكَةٌ مِنْ السَّمَاءِ بِيضُ الْوُجُوهِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الشَّمْسُ مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ وَحَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اخْرُجِي (وَفِي رِوَايَةٍالْمَيِّتُ يَحْضُرُهُ الْمَلَائِكَةُ فَإِذَا كَانَ الرَّجُلُ صَالِحًا قَالُوااخْرُجِي…إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ)). قَالَ: ((فَتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنْ فِي السِّقَاءِ فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا فَيَجْعَلُوهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ وَفِي ذَلِكَ الْحَنُوطِ وَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْحَةِ مِسْكٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ)). قَالَ: ((فَيَصْعَدُونَ بِهَا فَلَا يَمُرُّونَ (يَعْنِي بِهَاعَلَى مَلَإٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا قَالُوا مَا هَذَا الرُّوحُ الطَّيِّبُ فَيَقُولُونَ فُلَانُ بْنُ فُلَانٍ (بِأَحْسَنِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانُوا يُسَمُّونَهُ بِهَا فِي الدُّنْيَاحَتَّى يَنْتَهُوا بِهَا إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَسْتَفْتِحُونَ لَهُ فَيُفْتَحُ لَهُمْ فَيُشَيِّعُهُ مِنْ كُلِّ سَمَاءٍ مُقَرَّبُوهَا إِلَى السَّمَاءِ الَّتِي تَلِيهَا حَتَّى يُنْتَهَى بِهِ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ اكْتُبُوا كِتَابَ عَبْدِي فِي عِلِّيِّينَ وَأَعِيدُوهُ إِلَى الْأَرْضِ فَإِنِّي مِنْهَا خَلَقْتُهُمْ وَفِيهَا أُعِيدُهُمْ وَمِنْهَا أُخْرِجُهُمْ تَارَةً أُخْرَى ... )).
قَالَ: ((وَإِنَّ الْعَبْدَ الْكَافِرَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مِنْ السَّمَاءِ مَلَائِكَةٌ سُودُ الْوُجُوهِ مَعَهُمْ الْمُسُوحُ فَيَجْلِسُونَ مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْخَبِيثَةُاخْرُجِي (وَفِي رِوَايَةٍفَإِذَا كَانَ الرَّجُلَ السُّوءَ قَالُوااخْرُجِي … إِلَى سَخَطٍ مِنْ اللَّهِ وَغَضَبٍ)). قَالَ: ((فَتُفَرَّقُ فِي جَسَدِهِ فَيَنْتَزِعُهَا كَمَا يُنْتَزَعُ السَّفُّودُ مِنْ الصُّوفِ الْمَبْلُولِ فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَجْعَلُوهَا فِي تِلْكَ الْمُسُوحِ وَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ فَيَصْعَدُونَ بِهَا فَلَا يَمُرُّونَ بِهَا عَلَى مَلَإٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا قَالُوا مَا هَذَا الرُّوحُ الْخَبِيثُ فَيَقُولُونَ فُلَانُ بْنُ فُلَانٍ (بِأَقْبَحِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانَ يُسَمَّى بِهَا فِي الدُّنْيَاحَتَّى يُنْتَهَى بِهِ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيُسْتَفْتَحُ لَهُ فَلَا يُفْتَحُ لَهُ)).
ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ))فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ اكْتُبُوا كِتَابَهُ فِي سِجِّينٍ فِي الْأَرْضِ السُّفْلَى فَتُطْرَحُ رُوحُهُ طَرْحًا… . (الإمام أحمد وأبو داود والنسائي وابن ماجه)
61- Dari Al-Bara' bin Azib r.a. katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan Rasulullah s.a.w. pun duduk lalu kami duduk di sekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w. pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali; kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit,  putih bersih muka mereka, seolah-oleh matahari dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga dan Hanut(1) dari yang ada di syurga,  sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.
Kemudian datang Malakulmaut a.s. lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata:  "Wahai jiwa yang baik keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih, berkatalah Malaikat:"Keluarlah engkau ..) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah. " Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakulmaut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkanya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." Baginda s.a.w., bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit,  maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata:  `Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab:  "Roh Si anu anak si anu" (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang Pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk- mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu ? beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah `Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) "Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam `illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali.
Baginda s.a.w. bersabda "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakulmaut lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat.  Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apa bila orang itu orang jahat,  berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau ...) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah." Baginda s.a.w., bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakulmaut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakulmaut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang busuknya seperti sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab:  "Roh Si anu anak si anu, " (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.
Kemudian Rasulullah s.a.w., membaca (ayat 40 Surah al-A'raf, ertinya):".. Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum...". (Kemudian Baginda s.a.w., bersabda): "Lalu Allah `Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpanlah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ...."
(Imam Ahmad, Abu Daud,  Al-Nasa'i dan Ibn Majah)
______________________________
(1) Hanut: Ialah "Pachai" iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan.

Keadaan seseorang dalam kubur: 
Firman Tuhan pada ayat 20 dan 21, Surah Abasa. yang maksudnya:
Setelah Tuhan memberikan tiap-tiap seorang kemudahan memahami jalan-jalan baik dan buruk supaya masing-masing berusaha semasa hidup untuk memilih jalan yang baik,  Tuhan mematikannya serta menjadikan dia berkubur di tempat yang ditakdirkan Tuhan baginya sama ada dalam perut bumi, atau dalam perut ikan dan sebagainya.
Kubur ialah tempat perhentian yang pertama di antara tempat-tempat perhentian alam akhirat yang juga dinamakan "Alam Barzakh" - tempat seseorang akan mendapati apa yang dijanjikan dalam hadis-hadis yang di bawah ini, menjadi kenyataan kepadanya:
62عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ. (الترمذي وابن ماجه)
62- Dari `Uthman bin `Affan, r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat,  oleh itu jika seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi
(Tirmizi dan Ibn Majah)