Sabtu, 18 Jun 2011

Kesilapan Memilih Pemimpin

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.(66)

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.(67)

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" (68)

Al Ahzab 66-68

Bawa Jari anak ke HospitaL- dipetik drp hmetro



Oleh MOHAD HARZRUL AMINUDDIN
harzrul@hemtro.com.my
     


MUAR: “Saya terus mengambil dua jari anak yang putus sebelum membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” kata Ahmad Imran, 37, di Ledang dekat sini, semalam.Ahmad ditemui di pekarangan HPSF ketika menghantar anak lelakinya berusia dua tahun, Mohd Faizal, untuk menerima rawatan kecemasan selepas dua jari kanak-kanak itu putus kerana tersepit pada eskalator sebuah pasar raya di bandar berkenaan, jam 6 petang kelmarin.

“Bagaimanapun, luluh hati saya kerana proses penyambungan dua jari yang putus itu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Selangor, menemui kegagalan,” katanya.Mengimbau kejadian, Ahmad berkata, Faizal dibawa sepupunya ke pasar raya untuk membeli makanan ringan.

Menurut Ahmad, ketika menggunakan eskalator itu, ia terhenti secara tiba-tiba, mengakibatkan Faizal terjatuh bersama sepupunya.
“Cubaan mengangkat Faizal gagal kerana dua jari, masing-masing satu di tangan kanan serta kiri, tersepit, namun terpaksa direntap, menyebabkannya putus.“Saya mendapat panggilan telefon memaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke pasar raya yang terletak satu kilometer dari rumah di Jalan Haji Yunus,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik tiba lima minit kemudian, Ahmad hanya mampu melihat anak lelakinya meraung kesakitan.
Menurut Ahmad, eskalator terbabit kerap rosak dan sering berhenti secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.

Selain putus dua jari, mangsa luka di kedua-dua belah tangan, menyebabkan dia menerima beberapa jahitan.

Ahmad kemudian membuat laporan polis berkaitan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Khamis, 16 Jun 2011

15 maksiat yang akan mengundang Bala


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

11 jenis manusia yang didoakan malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Guru dan murid


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada

anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada

kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada

satu

permainan... 

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan

kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, 

maka sebutlah

"Kapur!",


jika saya angkat kayu pemadam ini, 

maka katalah "Pemadam!"


Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru

bersilih-ganti

mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 

"Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, 

maka sebutlah "Pemadam!", 

jika saya angkat

kayu pemadam, 

maka katakanlah "Kapur!". 

Dan diulangkan seperti tadi,

tentu

saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk

mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok

lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.




Guru tersenyum kepada anak muridnya. 

"Murid-murid, begitulah kita

umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita

begitu jelas membezakannya. 

Namun kemudian, satelah musuh kita

memaksakan

kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang

haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi

kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan

pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa

dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. 

Musuh-musuh

kita

tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni

akidah/hukum Islam

dari masa ke semasa.




"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina

tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa

rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan

yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,

materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." 

"Semuanya

sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit

menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya

Guru kepada anak muridnya.


"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......




"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda




berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil




Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan

selainnya.




Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil

Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid,

begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan

memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan

menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam

dihina dihadapan mereka. 

Tapi mereka akan monolak kita secara

ansur-ansur,

sehingga kita tidak sedar.




"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang

kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.


Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn

tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,




kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah

dihancurkan. ..."




"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan

menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.


Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga

meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan

mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini

semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). 

Dan inilah yang

dijalankan oleh musuh musuh kita... "




"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"

tanya

murid- murid.




"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya

Perang

Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. 

Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan

sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,

kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".




"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita

berdoa dahulu sebelum pulang..."

dipetik dari sahabat saya - ketua admin.

Isnin, 13 Jun 2011

tip2 untuk mendekatkan diri dgn al-quran


Tip-tip untuk Memperdalam Hubungan Anda dengan Al-Qur’an

Apakah anda salah satu dari orang-orang yang jarang sekali memegang Al-Qur'an? Atau apakah anda membacanya setiap hari, tetapi tidak berpengaruh bagi anda seperti selayaknya? Apa pun masalah yang mungkin terjadi, berikut beberapa tip mudah yang akan membantu anda untuk berhubungan dengan Al-Qur'an:
1. Sebelum menyentuhnya, periksalah hati anda
Kunci agar benar-benar mendapatkan keuntungan dari Al-Qur'an adalah periksalah hati anda terlebih dahulu, sebelum anda menyentuh Al-Qur'an. Tanyakan sejujurnya pada diri anda, mengapa anda membacanya. Apakah hanya sekedar untuk mendapatkan informasi dan kemudian meninggalkannya dari diri anda begitu saja sesudahnya? Ingatlah bahwa Nabi Muhammad (Kedamaian dan anugerah selalu tercurah pada beliau) yang dijelaskan oleh istri beliau sebagai "Al-Qur'an berjalan". Dengan kata lain, Beliau tidak hanya membaca dan memperindah bacaan Al-Qur'an, tetapi Beliau hidup di dalamnya.
2. Berwudhu
Berwudhu adalah persiapan bagi fisik dan mental yang baik untuk mengingatkan anda bahwa anda tidak hanya sekedar membaca buku seperti membaca buku lainnya. Lebih kepada anda hendak berinteraksi dengan Tuhan, sehingga menjadi bersih harus diprioritaskan saat berkomunikasi dengan-Nya.
3. Baca hanya 5 menit setiap harinya
Terlalu sering kita berpikir bahwa kita harus membaca Al- Qur'an setidaknya 1 jam penuh. Jika bukan merupakan kebiasaan anda untuk membacanya setiap hari, maka hal tersebut akan sangat sulit. Mulailah terlebih dahulu dengan hanya 5 menit setiap hari. Jika kalian melakukan langkah pertama, Insha Allah (dengan seijin Allah), anda akan merasakan bahwa 5 menit tersebut akam menjadi 10 menit, kemudian menjadi setengah jam, kemudian 1 jam, dan bahkan mungkin lebih!
4. Pastikan bahwa kamu memahami apa yang kamu baca
5 menit dalam membaca Al-Qur'an dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi anda perlu memahami apa yang anda baca tersebut. Pastikan bahwa anda memiliki terjemahan Al-Qur'an yang baik dalam bahasa yang anda sangat pahami. Selalu berusaha untuk membaca terjemahan apa yang anda baca setiap harinya tersebut.
5. Ingat, Al-Qur'an adalah lebih interaktif dibanding sebuah CD.
Di dalam sebuah CD Rom interaktif dan program komputer, beberapa orang berpikir bahwa buku-buku adalah lebih pasif dan membosankan. Tetapi tidak halnya demikian dengan Al-Qur'an. Ingatlah saat anda membaca Al-Qur'an, anda sedang berinteraksi dengan Allah. Allah sedang berbicara dengan anda, maka simaklah.
6. Jangan hanya membaca, tetapi dengarkan juga
Saat ini banyak sekali terdapat kaset-kaset audio dan CD Al-Qur'an, beberapa diantaranya bahkan dengan terjemahan yang sangat baik. Kaset dan CD ini sangat baik dimasukkan di dalam walkman atau pun CD atau stereo mobil anda sepanjang mengemudi ke dan dan dari kantor. Gunakan ini sebagai tambahan untuk bacaan Al-Qur'an anda tiap hari, bukan sebagai pengganti.
7. Berdoalah
Mintalah kepada Allah untuk menuntun anda ketika membaca Al-Qur'an. Tujuan anda adalah khususnya untuk mencintai Allah, berinteraksi dengan-Nya dengan membaca, memahami dan mengaplikasikan Firman-Firman-Nya. Berdoalah kepada Allah untuk pertolongan dan tuntunan-Nya, dan menjadikannya alat terbaik dalam melakukan (membaca)nya.

Pesanan untuk semua umat Islam


Ini adalah pesanan Dr. Khalil al Hayya mewakili HAMAS di Pelestin untuk umat Islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Maszlee Malik (penulis buku "Hamas: Pejuang kota suci BaitulMaqdis") atas permintaan Dr. Khalil.
Mohon agar sahabat sekalian menyebarkannya sama ada melaui blog atau cetakan berkenaan Pesanan ini kerana ianya mengandungi rintihan, harapan, perkongsian dan rayuan daripada saudara kita di Palestin. Semoga pesanan ini memberi secebis kesedaran kepada kita.


Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia.
Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadum yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemulian dan bukti yang kami ingin bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam dibantai oleh penjajah. Walau bagaimanapun, pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, seperti mana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha PENDIDIKAN, DAKWAH, TARBIAH, dan KEBAJIKAN menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semua umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Setelah hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahka satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu POLITIK PEMERINTAHAN. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan FIKRAH dan AKIDAH yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan MANHAJ atau TUJUAN yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS ialah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar akan perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarkannya?

Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap penganguran mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Baru-baru ini, tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan Parlimen kami di Gaza hampir-hampir dibatalakan kerana kekurangan kertas.

Mengapa semua ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh Rejim Zionis, AS dan EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang disepertujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seAkidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami juga yakin saudara seAkidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada regin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunya dua pilihan. PERTAMANYA, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang KEDUA adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat Palestin hanya mampu bertahan selama enam bulan,. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkan saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapakn saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.

Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalain. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahu Akbar!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin
14 Mei 2006