Jumaat, 3 September 2010

wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali Abu Talib


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.


Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahlirumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

mlm2 akhir ramadhan


ujian yang agak hebat. adik iparku ditetak di kepala di N9. haku pulak sakit pewut sejak petang tadi. seMbhyng terawih pun stakat 4 rakaat je...SeMOGA ALLAH TAALA ampunkan dosa kita semua. rebutlah lailatul qadr. mlm yang lebih baik dari 1000 bualan. Banyakkan doa taubat seperti yang diajarkan oleh junjungan  nabi kita Nabi Muhammad S.A.W kpd puterinya. Wallahualam.

Khamis, 2 September 2010

kiSaH naBi Musa a.s dan Khaidir


dalam al-Quran pada akhir surah Al-Kahfi yang bermula dari ayat 65-82. Dikatakan (dikisahkan) Nabi Musa pada suatu hari ada berkata bahawa dialah manusia yang paling alim. Lalu Allah mahu mengingatkanya bahawa ada lagi orang lain yang lebih alim daripadanya selain Allah. Iaitu seorang hamba-Nya yang dikurniakan ilmu daripada-Nya. Orang ini dikatakan bernama Khaidhir. Lalu Nabi Musa ingin bertemu dan belajar dengan hamba itu. Dan bila Nabi Musa bertemu dengannya, baginda pun berkata bolehkah aku mengikutimu untuk belajar.

Jawab Khaidhir: Boleh, tetapi dengan syarat bila kamu ikut aku maka jangan bertanyaku sesuatu sehingga aku bagi tahu kamu jawapannya. Dan kamu tidak mampu bersabar denganku , bagaimana boleh kamu tahan sabar terhadap perkara yang kamu tidak dapat memahami rahsianya.
Ringkas ceritanya: Mereka pun berjalanlah sehingga sampai di satu pelabuhan dan terpaksa menaiki kapal. Apabila kapal itu tiba di destinasinya penumpang pun turun lalu Khaidhir tidak terus turun malah mengambil kapak dan melubangkan kapal tersebut. Nabi Musa pun hairan, kenapa kamu rosakkan kapal ini yang telah membawa kita semua dengan selamat. Sedangkan anak kapal tersebut sangat memuliakan mereka berdua. Sepatutnya kita semua terhutang budi dengan mereka, kamu telah lakukan kerja bodoh. Maka jawab Khaidhir bukankah aku kata, yang kamu tidak mampu bersabar denganku. Kemudian jawab Musa ia terlupa dan iapun memohon maaf. Lalu mereka meneruskan perjalanannya dan bertemu dengan anak-anak yang sedang bermain lalu Khadhir menangkap budak itu dan membunuhnya. Kata Nabi Musa: Kenapa kamu bunuh budak kecil yang tidak berdosa. Ini satu kesalahan yang amat besar.
Jawab Khaidhir: “Aku dah katakan kamu tidak mampu bersabar dengan-Ku”. Kata Nabi Musa, “Sekiranya aku bertanya lagi maka jangan berkawan lagi denganku cukuplah kesilapanku denganmu yang tidak tertahan.”
Lalu mereka berjalan lagi sehingga tiba di sebuah kampung dalam keadaan kelaparan dan ingin mendapatkan makanan dari penduduk kampung yang kedekut itu. Tetapi seluruh penduduk kampung enggan menjamu mereka, lalu bermalamlah mereka dalam kelaparan tetapi Khaidhir apabila bertemu dengan dinding yang hampir roboh lalu beliau bertungkus lumus menegakkanya kembali sekalipun dalam kelaparan.
Kata Nabi Musa, “Elok kalau kamu minta sedikit upah atas kerjamu itu untuk menghilang kelaparan kita ini.” Kata Khaidhir, “Inilah tiba masa perpisahan antara kita. Aku akan ceritakan rahsia perkara yang kamu tidak tahan sabar mengenainya.
“Adapun kapal yang aku rosakkan tempoh hari adalah milik orang miskin yang bekerja (mata pencarian hidup mereka) dalam laut. Aku rosakkannya untuk mengelak dari dirampas raja zalim yang akan merampas semua kapal yang baik-baik. Ini dilakukan supaya dia boleh bekerja membawa penumpang dengan selamat kelak. Dan ternyata selepas itu kapal itulah satu-satunya kapal yang tidak dirampas dan dapat bekerja belayar berulang alik membawa penumpang. Dan kehidupan pekerja kapal yang miskin tadi berubah menjadi senang dan kaya-raya.
“Adapun budak kecil yang dibunuh tadi kerana bila besar nanti dia akan menderhakai ibu bapanya, lalu kemudian Allah ingin menggantikannya dengan anaknya yang lain yang lebih baik dan menyayangi lagi menghormati mereka. Adapun dinding yang hampir roboh tadi, adalah milik dua anak yatim dalam bandar tersebut. Tetapi oleh kerana mereka masih kecil dan tidak mampu menjaga dinding tersebut dengan baik maka aku betulkan sehingga mereka besar nanti dapatlah mereka keluarkan gedung harta yang tersembunyi di bawahnya sebagai harta simpanan dari ibu bapa mereka yang soleh.
“Ini semua kerana rahmat dari Tuhanmu. Semuanya ada rahsia yang kamu tidak mampu bersabar atasnya. Antara pengajaran yang dapat difahami dari kisah tersebut ialah: Tidak ada mereka yang lebih alim melainkan ada di atasnya Yang Maha Mengetahui daripadanya. Kita disuruh belajar sekalipun dengan orang yang lebih rendah dari kita dan setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmatnya dan sekalipun ianya berupa musibah tetapi pasti ada bersamanya rahmat dan nikmat.” Allah berfiman bermaksud: Sungguhnya berserta kesusahan itu kesenangan (surah al-Insyirah ayat 5-6) Wallahualam.

Kisah sembahyang dan Nabi

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Rabu, 1 September 2010

di sini Dinar disana dendam

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Wednesday, August 18, 2010 at 4:07pm



Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M


SaLam... kepada semua rakan yang mengenaliku, jemput datang ke rumah di PUlau Kundor pd hr ay ke-2 nanti. DatanG Lah...

Selasa, 31 Ogos 2010

Assalamualaikum


malam ni dah 1 september. 22 ramadan. seminggu je lagi ramadan akan meninggalkan kita sama ada kita suka @ tidak. unutuk itu, ingatlah wahai diri, tinggalkanlah kesibukan dunia sebentar, carilah lailatul qadr, ramadan ini mungkin yang terakhir buatmu. Semoga ALLAH TAALA mengampunkan segala dosaku, kaum keluargaku, ibu bapaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, anak didikku, saudara maraku dan seluruh mukmin dan mukminat saama dad yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

jauhi diri daripada syirik


Hukum berjumpa dan mempercayai bomoh Serta cara elak gangguan jin dan syaitan
Dewasa ini masih ada sekelompok masyarakat yang masih mempercayai bomoh. Dulu, istilah 'bomoh' amat popular di kalangan masyarakat kampung dan di pedalaman kerana 'bomoh' bagi mereka dianggap sebagai suatu sumber perubatan dan pengubatan ditambah pula dengan kekurangan kemudahan kesihatan oleh pihak kerajaan. Namun kini, masyarakat bandar juga masih percaya akan kemampuan bomoh dalam mengatasi kemelut masalah mereka. Natijahnya tidak semua penyakit dan masalah kesihatan mampu disembuhkan oleh ubat-ubatan moden dan juga tidak semua penyakit dan masalah kesihatan mampu disembuhkan oleh ubatan tradisional. Namun perlu dingat setiap penyakit datang dari Allah SWT dan setiap penyakit juga ada penawarnya. Berbalik kepada persoalan penggunaan bomoh di kalangan masyarakat kita, ada segelintir masyarakat yang menggunakan bomoh untuk melariskan perniagaan, menaikkan seri muka, membalas dendam dan pelbagai tujuan lagi. Namun secara hakikatnya tanpa kita sedar, penggunaan khidmat bomoh boleh membawa kepada syirik iaitu salah satu dosa besar dan amat dilaknati oleh Allah SWT. Kita renungi bukti2 seperti berikut mengenai hukum meminta pertolongan dengan bomoh.

Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w.
Tukang nujum atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar.

Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)

Kami telah muliakan manusia itu dengan memberi rezeki kenderaan di darat dan di laut dan dengan memberikan rezeki yang baik dan Kami telah lebihkan dia daripada makhluk-makhluk yang lain (Surah al-Isra’ : 70)

Apabila kita dirasuk oleh syaitan ataupun jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara yang menurut oleh syarak. Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan dalam apa cara sekalipun (Ismail Kamus, 2006).

Dalam menelusuri kehidupan kita seharian, kita boleh mengelakkan diri daripada gangguan jin, syaitan dan sihir melalui amalan-amalan dibawah:

*Sentiasa berzikir kepada Allah.
*Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca istia’zah dan basmallah.
*Jangan menuang air panas ke dalam tandas kerana itu tempat jin dan syaitan.
*Apabila masuk ke bilik yang gelap, bacalah Basmalah.
*Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah basmalah.
*Apabila terjun dari tempat tinggi, sebutlah basmalah.
*Jangan buang air kecil di dalam lubang.
*Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
*Jangan menyakiti kucing dan anjing.
*Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah dihalau sebanyak 3 kali.
*Jangan berjalan seorang diri di hutan.
*Mengamalkan surah al-ikhlas, al-falaq, al-nas dan ayat kursi.
*Hidupkan suasana Al-Quran di rumah.
*Menyebut zikir La ilahaillallah 100 kali sehari.
*Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf : 118 dan 119, surah Taha : 69.
*Makan buah tamar.

InsyAllah, dengan izin Allah SWT, kita akan dilindungi daripada gangguan2 tersebut. Sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita sentiasa dilindungi dan dalam masa yang sama menunaikan amalan2 yang diperintahNya.
Sesungguhnya Nabi s.a.w datang kepada masyarakat yang mempercayai
pawang2 dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib. Mereka berkata mampu mengetahui perkara gaib yang akan datang atau yang lepas dgn
cara mereka berhubung dgn jindan sebagainya. Rasulullah s.a.w
memerangi perbuatan bomoh2 seumpama ini dgn membacakan ayat:
"Katakanlah hai Muhammad ; tidak ada yang mengetahui perkara yang gaib
samada di langit dan bumi melainkan Allah." (65:an-Naml)
Allah telah menceritakan bahwa jin sendiri tidak tahu dgn kematian Nabi
Sulaiman sehinggalah anai2 memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan Allah
berfirman:
"Kalaulah mereka (jin2 Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang gaib
nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (berkerja susah
payah berkerja walupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (14:Saba)
Dr Yusuf Qardawi berkata:
"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib maka dia telah
berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."
Sesungguhnya telah tiba segerombolan manusia bertemu dgn Nabi s.a.w.
Mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang gaib, lalu mereka
menyembunyikan sesuatu di tangan mereka. Mereka bertanya "Beritahu
kamu apa yang ada dalam tangankami?" Nabi s.a.w menjawab dengan
jelas:
"Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang gaib.
Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara gaib) berada dalam neraka."
(Hr Tirmizi)
Percaya dgn cakap2 bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa
mengetahui perkara yang gaib adalah kekufuran.
Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang gaib
, lalu percaya dgn kata2 mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"
(Hr Muslim)
Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dgn bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritau tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dgn ajaran Nabi Muhammad s.a.w."(Hr Bazzar-Jaid)
Nabi s.a.w pun tidak mengetahui perkara2 yang gaib. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah hai Muhammah ; aku tidak mengatakan mempunyai khazanah2
tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang gaib..." (50: al-Anam)
Namun tersangat hairan pada masa sekarang ni bomoh2 yang mendakwaperkara2 yang gaib seumpama:
1. Mengetahui benda atau orang yang hilang.
2. menilik masa depan seseorang.
3. Mengetahui penyakit tanpa perantara syptom2 tertentu dan alat2 moden.
Kebanyakan masyarakat mempercayai kata2 bomoh2 ini. Ini sangat bahaya
terhadap akidah mereka. Masyarakat perlu berhati dengan kewujudan
bomoh2 ini.
Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara gaib dan merawat hanya dgn quran dan sunnah maka ia dibenarkan. Insya Allah saya akan tulis berkenaan dgn jampi dlm Islam.
Rujukan: Al-Halal wal haram fil Islam oleh DR Yusuf al-Qardawi.
Kepercayaan Dalam Hal Ehwal Ghaib & Virusnya
Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada 3 sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran
b) Hadith Sohih dan Hasan
c) Fitrah kejadian alam (sunatullah)
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .
Malah Nabi juga bersabda :
"Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW" (
Sunnatullah ( Hukum Alam) Boleh Dipercayai
Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)
Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)
Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan berikut :-
1) Si Bomoh & Ramalan
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
"Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)
Oleh karena itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:
"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.
Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.
Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )
2) Sihir
Sihir ialah sesuatu yang sebabnya sangat halus dan tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata. Sihir adalah kerjasama seseorang dengan syaitan. Syaitan akan melakukan tugasnya sebagaimana yang diingini oleh tukang sihir dengan syarat ia juga memenuhi kehendak syaitan.
Termasuklah di dalam sihir adalah menggunakan minyak pengasih samada dikenakan kepada suami atau isteri mahopun orang lain. Semuanya syirik yang disebutkan oleh Nabi SAW :
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Sihir termasuk ke dalam syirik atas dua sebab, iaitu :
a- Sihir pasti menggunakan khidmat syaitan dan tukang sihir sangat tergantung kepadanya malahan sampai ke peringkat mesti menurut kehendaknya dan melakukan apa yang disukainya.
b- Dalam amalan sihir terdapat dakwaan mengetahui perkara ghaib padahal yang dapat mengetahui perkara ghaib hanya Allah S.W.T.
3) Tamimah (Tangkal Azimat )
Tamimah atau tangkal berasal dari perkataan ( أَتَمَّ - يُتِمُّ - تَمِيْمَةً ) : menyempurnakan. Menurut bahasa Tamimah akan menyempurnakan apa yang dimaksudkan. Tamimah (tangkal) telah digunakan oleh orang Arab di zaman jahiliyah untuk tujuan agar terhindar dari sihir atau niat jahat orang lain.
Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.
Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :
مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.
Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.
4) Tatayyur / Tiyarah ( Sial Menyial) :
Tatayyur atau Tiyarah berasal dari perkataan ( الطَّيْرُ ) : burung. Menurut kepercayaan orang Arab jahilyyah jika mereka akan mengadakan safar (perjalanan) maka mereka terlebih dahulu akan melepaskan burung. Jika burung tersebut terbang ke arah kanan rumah maka mereka akan gembira tetapi jika sebaliknya terbang ke arah kiri maka mereka akan bersedih hati kerana itu petanda musibah akan menimpa dan mereka selanjutnya akan menangguhkan pemergian.
Mengambil sempena perbuatan inilah maka muncul istilah Tatayyur atau Tiyarah. Islam melarang keras tatayyur / tiyarah. Rasulullah s.a.w. bersabda :
اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ
Ertinya : Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik ( HR Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Tarmidzi : Sahih )
Tiyarah atau Tatayyur atau ‘sial menyial' dalam akidah bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau pessimis ( اَلتَّشَاؤُمُ ) terhadap burung tetapi juga berkaitan dengan nama-nama tertentu, ucapan-ucapan tertentu, tempat-tempat tertentu, orang-orang tertentu dan sebagainya.
Jadi jika ada perasaan murung mengenang nasib malang (musibah) yang akan menimpa (bad luck - unlucky) yang dikaitkan dengan hari, bulan, angka, ucapan, orang tertentu dan lain-lain seperti keyakinan kenan, kesialan angka 13, bulan-bulan tertentu tidak elok mengadakan walimah, membina rumah, maka contoh-contoh itu boleh dimasukkan ke dalam tiyarah.
Tiyarah dihukumkan syirik kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa mendatangkan manfa'at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
Tiyarah sebenarnya penyakit yang muncul sejak zaman silam lagi. Allah menerangkan orang-orang kafir telah melakukan tiyarah terhadap manusia pilihan Allah dari kalangan para rasul dan orang-orang yang beriman.
قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19)
Mereka menjawab : " Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami ". Utusan-utusan itu berkata: " Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebinarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas ". ( Yaasiin : 18 - 19 )
Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya jika ditimpa perasaan tersebut maka ia jangan hiraukan perasaan tersebut dan hendaklah ia segera berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :
اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .
Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. ( Riwayat Abu Daud )
Yang sama dengan ini, yaitu apa yang kini berlaku di masyarakat kita, seperti bertenung dengan menggaris-garis di tanah, pergi ke kubur, membuka Quran, membaca piring dan sebagainya. Semua ini perbuatan mungkar yang oleh Islam diharamkan.
5) Menjadi bomoh secara tidak rasmi.
Jika hukum berjumpa bomoh amat-amat dilarang kerana kepercayaan kepada ramalan ghaibnya boleh menjadikan seseorang itu syirik. Maka menjadi bomoh sudah tentulah lebih dilarang.
Malangnya tanpa disangka-sangka sebahagian orang Melayu kita telah secara tidak langsung hampir menjadi bomoh apabila turut suka meramalkan seusatu yang ghaib tanpa sebarang dalil syara' dan juga logik sains. Sebagai contoh :-
* Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, ia bermakna ada sesorang akan datang.
* Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut ( selepas dilahirkan). Hingga ada yag percayakan bahwa jika di tanam di depan rumah beserta pensil sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak. !.
* Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh di ketika ingin keluar rumah.
* Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah dan di kedainya. Sedangkan ayat tersbeut menuntut agar seseorang agar bertaqwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran kelaur dari sebarang masalah dan rezeki dari sumber yag tidak dijangka dan bukannya hanya digantung.
* Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan merasa gatal.
* Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.
* Meramalkan ruh si mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan ia bercanggah dengan firman allah dalam surah al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak bolehnya ruh seseroang itu kembali ke dunia semula.
* Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau sms berantai.
* Meramalkan kayu koka boleh menjadi penyelamat.
Ini adalah antara bentuk kepercayaan karut, khurafat lagu tahyul dan sebahagiannya membawa kepada syirik tanpa disedari oleh individu itu. Akibatnya hati menjadi rosak, iman tergadai dan di ketika itu, perbincangan hukum halal haram tidak lagi menjadi kepentingan buatnya.
6) Percaya ilmu Bintang
Imam Bukhari di dalam sahihnya berkata : Imam Qatadah berkata : Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan, iaitu : Perhiasan langit, perajam syaitan dan pedoman arah tuju ; Barangsiapa yang mentakwilkannya kepada selain tiga tujuan itu maka ia telah melakukan kesalahan dan menyia-nyiakan usahanya serta membebankan dirinya dengan sesuatu yang dia tidak tahu.
Rasulullah s.a.w. melarang ilmu perbintangan tersebut di dalam sabdanya :
مَنِ اقْتَبَسَ شُعْبَةً مِنَ النُّجُومِ ، فَقَدِ اقْتَبَسَ مِنَ السِّحْرِ ، زَادَ مَا زَادَ .
Barangsiapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka itu bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir. Dan bertambah selama ia bertambah. ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah )
Dalam bentuk moden, jenis kesyirikan ini boleh berlaku apabila ada individu yang kerap dan suka menilik bintang kelahirannya seperti Leo, Capricon, Sagittarius dan lain, maka dirujuknya apakah yang akan berlaku hari ini baginya. Inilah bentuk virus aqidah yang merosakkan aqidah umat Islam.
Kesimpulan
Inilah beberapa bentuk yang sempat saya tuliskan berkenaan punca dan sebab musabab jiwa dan hati umat Islam hari ini langsung tidak sensitive dengan pahala dan dosa serta tiada risau akan sesuatu dosa mahupun sebesar Riba sekalipun. Berhati-hatilah, dosa syirik adalah amat besar, firman Allah SWt :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. ( Al-Nisa' / 4 : 48 )
BERTAWBATLAH SEGARA DARI DOSA SYIRIK SEBELUM SAMPAINYA AJAL, KERANA APABILA TELAH SAMPAI AJAL, SI PELAKU SYIRIK TIADA HARAPAN LAGI MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT. Nauzubillah min zalik.
Kaedah rawatan tak berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias dilarang sama sekali
SEJAK kebelakangan ini, semakin banyak laporan akhbar mendedahkan penyelewengan dan penipuan dalam amalan bomoh tradisional. Lebih mengejutkan lagi, bomoh berkenaan mengubati pesakit dengan kaedah pelik yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan ajaran Islam.
Malangnya, masih ramai orang Islam percaya kepada amalan bomoh yang bercanggah dengan hukum syarak seperti memanggil roh, jin dan sebagainya. Segala amalan yang tidak berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias adalah dilarang sama sekali.
Di dalam sejarah Islam, memang ada kaedah perubatan tertentu yang diamalkan Rasulullah dan sahabat bagi menyembuhkan penyakit. Selain cara perubatan biasa, mereka juga menggunakan doa ma’thur khusus untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti yang dijelaskan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawiyy dan Imam Muwaffiq al-Din Abdul Latif dalam kitabnya al-Tibb min al-Kitab wa al-Sunnah.
Amalan rawatan yang dibenarkan syarak perlu disertai dengan doa ma’thur daripada Rasulullah. Baginda pernah membenarkan seorang sahabat untuk menjampi dengan membaca doa kepada sahabatnya yang terkena sengatan kala jengking.
Dalam satu hadis Imam Muslim, Abu Zubair berkata, “Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata ada seorang lelaki daripada kalangan kami terkena sengatan kala jengking. Ketika itu, kami duduk bersama Rasulullah. Lalu seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkah aku jampi? Jawab Baginda, “Sesiapa daripada kamu yang berupaya memberi manfaat terhadap saudaranya, maka hendaklah dia lakukannya”.
Perlu ditegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan persoalan akidah, syariah dan akhlak dalam kehidupan Muslim seharian. Oleh itu, apa saja amalan, perkataan dan kepercayaan yang tidak berasaskan kepada sumber yang dijelaskan di atas adalah ditolak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Dan berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. (Hadis riwayat Abu Dawud)
Menurut perspektif akidah Islam, persoalan perubatan terhadap pesakit adalah satu persoalan yang sewajarnya difahami setiap Muslim. Ini kerana dalam Islam, hanya Allah saja yang berkuasa. Setiap manusia dikehendaki berikhtiar merawati penyakit dan kesakitan yang dihadapinya berdasarkan garis panduan ditetapkan syarak.
Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106)
Ayat di atas jelas melarang umatnya meminta pertolongan selain daripada Allah seperti bomoh, jin, roh datuk nenek, roh wali, syeikh, amalan syirik yang terkutuk. Oleh yang demikian, setiap Muslim dituntut meminta pertolongan dan berdoa secara langsung ke hadrat Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selain itu, Islam juga melarang umatnya daripada menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, “Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, ” Mensyirikkan Allah, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan zina”. (Hadis Bukhari)
Dalam konteks ini, kita harus berwaspada terhadap amalan perbomohan terutama yang mengandungi unsur syirik dan juga amalan sihir kerana ia boleh membatalkan iman seseorang.
Sehubungan itu, seseorang pesakit hendaklah memastikan tabib atau bomoh yang hendak ditemuinya itu seorang Islam yang tidak meninggalkan ibadat wajib seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain, berakal waras, tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada syirik sama ada melalui kepercayaan, perkataan atau perbuatan.
Seorang bomoh juga hendaklah seorang yang adil iaitu tidak melakukan maksiat dan jenayah yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Masyarakat Islam perlu berhati-hati menggunakan khidmat bomoh supaya tidak terjebak dalam amalan syirik yang akan menjejaskan akidah. Yang penting di sini, setiap Muslim diwajibkan berusaha dan berikhtiar serta seterusnya bertawakal kepada-Nya kerana Allah saja yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.