Jumaat, 15 April 2011

mUhasabah diri 1



Jangan bangga sangat dengan PAKAIAN YANG CANTIK DAN MAHAL, Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN

Jangan bangga dan action sangat dengan KENDERAAN YANG MEWAH, kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA

jangan terallu seronok dengan tempat TIDUR YANG EMPUK, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di LIANG LAHAD

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana, Kita kena ingat, rumah terakhir kita adalah KUBUR BERTIANG DUA,

Jangan terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat GELARAN AL-MARHUM.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang KACAK atau CANTIK, kerana bilakita mati nanti, wajah itu berubah menjadi TENGKORAK

Dipetik dari Majalah solusi isu no 25

Khamis, 14 April 2011

SUBHANALLAH- keajaiban haiwan ciptaan Allah Taala.


Haiwan Pelik Di Dunia

Oleh:Biaqpila
Selamat bertemu kembali para tetamu. Kali ini saya ingin berkongsi info tentang beberapa haiwan pelik yang ada dalam dunia ini. Meskipun kita telah ketahui dan ketemui sekian banyak haiwan, namun sebenarnya masih wujud ribuan haiwan lain yang masih asing dan tidak terkaji lagi. Begitulah kehebatan dan keagungan Allah SWT yang maha berkuasa mencipta sesuatu. Sesungguhnya semakin banyak kita mengenal pelbagai ciptaan Allah,
maka semakin banyaklah kita mengenal Allah dan keagungannya, Insya Allah...






















seMoGa bertambah iman kita apabila menyaksikan keajaiban haiwan ini...aku ambil daripada layar minda..

memahami setiap apa yang berlaku

Orang yang tidak kenal Tuhan,
Orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu
Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya

Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasa-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahguna kuasanya

Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaan-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana

Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu
Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya
Orang itu menganggap dialah yang punya ilmu,
Dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan
Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu

Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya
Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya
Ingin dipuji dan disanjung selalu


Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu,
Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepada-Nya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah, kecewa dan putus asa
Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan

Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya
Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu mungkin putus asa
Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu
Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung
Kemegahan dan kekuasaan tidak selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud
Lagi kecewa, menderita, putus asa

Oleh itu kenalilah Tuhan,
Fahamilah maksud perbuatan Tuhan
Bukan maksud seperti yang kita fahami



sajak ini dicipta oleh al faqir dpd cahayamukmin...aku tukang siar je..

catatan dari Palestin- aku kutip dan siar drp MAP 2 STREET


Catatan masa. Gaza kembali panas? 14/04/2011

01.03 pagi, Palestin/Mekah(12.04 pagi, Mesir): Zionis melepaskan tembakan bom cahaya di bahagian selatan kawasan tanah perkuburan, timur bandar Gaza.

12.25 pagi, Palestin/Mekah(13/04: 11.25 malam, Mesir): Rejim zionis menembak ke arah kawasan penduduk. Sementara bot laju zionis turut melepaskan tembakan ke arah nelayan Gaza.

Terkini, 13/04/2011

05.25 petang, Palestin/Mekah(04.25 petang, Mesir): Gabungan Freedom Flotilla 2(Armada Pembebasan 2) membantah sekeras-kerasnya tunduk kepada mana-mana pemeriksaan rejim zionis.

Misi ke Gaza, Freedom Flotilla 2 pada Mei 2011 akan datang.

03.40 petang, Palestin/Mekah(02.40 petang, Mesir): Menteri Kesihatan Gaza meminta supaya dilaksanakan langkah perlindungan terhadap penyelamat(ambulan, krew perubatan) dari kekejaman zionis.


02.50 petang, Palestin/Mekah(01.50 petang, Mesir): Jalan ke arah penubuhan Negara Palestin masih panjang - Penjajah

02.45 petang, Palestin/Mekah(01.45 petang, Mesir): Kebudayaan Gaza kritik karnival tarian di Ramallah, Tebing Barat.

02.08 petang, Palestin/Mekah(01.08 petang, Mesir): Desakan terhadap Presiden Ukraine bagi menyiasat Abu Sisi yang diculik MOSSAD Israel.

Catatan masa di Tanah Palestin, 12/04/2011

13 APRIL 2011

[Turutan bermula dari bawah]

04.31 petang, Palestin/Mekah(03.31 petang, Mesir): Empat pekerja terowong bawah tanah di Rafah sesak nafas. Jelas Safa, mereka sesak nafas kesan dari gas-gas sisa peluru pesawat zionis dalam serangan akhir-akhir ini.

02.54 petang, Palestin/Mekah(01.54 petang, Mesir): Tentera rejim penjajah menangkap beberapa orang remaja Palestin di kawasan Abu Des, selatan BatiulMaqdis.

01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Sebuah delegasi perubatan Britain melawat Semenanjung Gaza.

01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Pihak keamanan Palestin Ramallah tangkap 3 anggota HAMAS di Tebing Barat.

01.27 petang, Palestin/Mekah(12.37 petang, Mesir): Seorang wanita Palestin yang hamil mengalami keguguran selepas rumahnya digeledah tentera penjajah di Awwarta, Tebing Barat.

Berita Al-Jazeerah: Tentera penjajah merempuh daerah Bitonia di Tebing Barat. Sementara itu, seramai 9 penduduk Palestin dari berlainan Wilayah di Tebing Barat telah ditangkap tentera penjajah awal pagi tadi.

Sumber 12/04/2011, safa.ps

Isnin, 11 April 2011

kesilapan terbesar dalam mendidik anak


Kesilapan-Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak


Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.
Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.
Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.
Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.
Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.
Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.
Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.
Mendidik Tanpa Belas Ihsan
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.
Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.
Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri. Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.
Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'. Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.
Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT.
"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)
Sabda Rasulullah SAW:
"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)
Terlalu Memanjakan Anak-Anak
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.
Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.
Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.
Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.
Kesimpulan
Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul. Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.
Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.
Sumber : iluvislam

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.