Jumaat, 31 Disember 2010

bahagian 2 : ilmu ikhlas

Bahagian 2: Ilmu Ikhlas

Niat yang baik itupun tidak akan terlepas dari dicampuri oleh sesuatu yang jahat seperti Ujub, Riya, Kasih akan dunia, takabbur serta lain-lain daripada maksiat yang di dalam hati. Sifat-sifat Mazmumah ini adalah berasal dari nafsu syahwat dan sifat-sifat basyariah(kemanusiaan)dan Kejahilan. Dalam banyak keadaan dan masa kita manusia banyak dipengaruhi oleh sifat-sifat basyariah yang memang cenderung kepada nafsu dan syahwat walaupun dalam beribadat. Ia boleh menjelma dalam berbagai-bagai wajah yang baik berupa ibadat, taat, kebajikan pada lahirnya tetapi mengandungi tujuan yang jahat dan dusta dan kadang-kadang menjijikkan. Adat kata, tanpa rahmat dan pertolongan Allah seseorang itu tidak akan terlepas dari najis riya dan syirik. Ilmu yang ada kadang-kadang malah seringkali akan tunduk pada kemahuannya. Akal pula selalu saja tewas. Inilah kenyataan yang ada pada kita manusia. Sentiasa bergelumang dengan dosa maksiat dan penderhakaan kepada Allah.

Begitu rumit, tersangat payah dan betapa halusnya soal pembersihan(ikhlas) ini. Persoalanya adalah berkisar pada hati atau jiwa kita. Benarlah kata Imam Ghazali;

"dan tidak bisa selamat dari tenggelamnya di lautan ini kecuali dengan Penglihatan dan TaufikNya dan Inayat daripadaNya."

Ini adalah kerana Ikhlas itu adalah persoalan hati kita atau jiwa kita atau ruh kita. Bagaimana halus dan samarnya pengetahuan kita tentang ruh kita begitulah juga halus dan samar ikhlas ini. Hanya mereka yang hidup cahaya mata hatinya sahaja yang mampu melihat dan menyaksikannya. Hanya mereka yang hidup ruhnya sahaja yang akan mengenali makna sebenar hakikat ikhlas ini. Hanya mereka yang memiliki Ilmu Yang Haq(Adab Tasauf)sahaja yang dapat mengkholiskan(membersih/ikhlas)amalannya. Ini adalah tujuan mereka adalah untuk membersihkan(ikhlas) hati(diri) supaya bersih Tauhid mereka.

ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda.

Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Bahagian 1 : ikhlas ditulis oleh al-faqir cahaya mukmin.blogspot.com


Ikhlas sebagaimana yang diterima pakai dalam agama terbahagi kepada tiga iaitu;

1) Manusia yang awam/taqlid yang tidak mengetahui tujuan ibadat yang sebenarnya akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan keinginannya mendapat balasan syurga dan terhindari daripada neraka.

2) Manusia dari golongan Muridin atau Salikin yang tujuannya ibadat dan amalannya untuk menghampirkan diri dengan Allah akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan kehendak/keinginannya supaya dibukakan perkara-perkara yang ghaib sebagai meneguhkan perjalanan hatinya.

3) Manusia yang benar-benar kenal Allah(Ahli Makrifat atau Ahli Muwahid) akan sentiasa memandang malah menyaksikan bahawa amal dan ibadatnya adalah semata-mata anugerah dan kurnia daripada Allah.

Golongan yang ketiga inilah golongan yang berjaya menjejaki hakikat kesempurnaan ikhlas yang benar kerana mereka melihat kepada "LA HAU LAWALA QUWWATAILA BILLAH".

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Maka tidak munasabah sekali jika kita meminta sesuatu balasan kepada orang yang telah memberikan sesuatu hadiah kepada kita. Hanya yang tidak berakal sahaja yang melakukannya. Pada sisi mereka yang berakal, mereka akan membalasi pemberian itu dengan berterima kasih kepada pemberi itu. Ini adalah kerana bersyukur di sisi orang Arifbillah ialah melihat kepada yang memberi bukan kepada apa yang diberi. Fahamilah kata-kata ini wahal orang-orang yang dikurniakan Akal !!!!.

Kata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala
Adalah bagi Allah itu beberapa hamba yang mempunyai Aqal yakni yang mempunyai ilmu yang memberi manfaat(Ilmu Keruhanian). Maka tatkala mempunyai mereka itu Aqal(Ilmu) maka mengamalkan ia, maka tatkala mengamalkan mereka akan ilmu itu maka jadi mereka itu ikhlas kerana Allah Taala, maka membawa ikhlas mereka itu kepada segala pintu kebajikan

Kata Ibni Ruslan di dalam risalahnya yang disyarahkan oleh Sheikh Al-Islam Zakaria Rahimallahi Taala;
Bermula semua kamu syirik yang khofi(tersembunyi) dan tiada nyata bagi tauhid kamu itu melainkan apabila kamu keluar daripada kehendak kamu di dalam berbuat ibadat itu kerana Allah Taala dan kerana menghampirkan diri kepada Allah supaya kasih Dia akan engkau.

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;

Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Akhirnya, kiranya perlu dikutipkan penjelasan dalam kitab Hikam, karya Syeikh Ibnu Atha'illah, tentang tingkat kedudukan seorang hamba dalam amal perbuatannya.

Ada dua golongan tingkat kedudukan seorang hamba ahli ikhlas, yakni hamba Allah yang abrar dan yang muqarrabin.

1) Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal perbuatannya telah bersih dari riya, baik yang jelas maupun yang samar. Tujuan amal perbuatannya selalu hanya pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang ikhlas. Dan ini terambil dari ayat, "Iyyaka na' budu" (Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain).

2) Adapun keikhlasan seorang muqarrabin ialah menerapkan pengertian kalimat, "La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya dan kekuatan untuk berbuat apa pun kecuali dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla). Ia merasa bahwa semua amal perbuatan semata-mata karunia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Ini terambil dari ayat, "Iyyaka nasta'in" (Hanya kepada-Mu kami mengharap pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya).

Amal orang abrar dinamakan amal Lillah, yaitu beramal karena Allah. Sedang amal muqarrabin dinamakan amal Billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia Allah. Amal Lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukum lahir, sedangkan amal Billah menembus ke dalam perasaan kalbu.

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;

Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Seorang mursyid pernah menasihatkan, "Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas, dan perbaikilah keikhlasanmu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedangkan semua kejadian itu hanya semata-mata karena bantuan Allah.

Hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Fathul Bari 11/213 dan Muslim 4/2076,
Rasulullah,bersabda: "Wahai Abdullah bin Qois!.Maukah kamu, aku tunjukan perbendaharaan syurga ?.Aku, berkata: aku mau, wahai Rasulullah !, Rasul berkata: Bacalah: Laa haula walaa quwwata illa billah.

Selasa, 28 Disember 2010

kita menzalimi diri bila gagal bersyukur- cahayamukmin.blogspot.com

Kita Menzalimi Diri Bila Gagal Bersyukur

"Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” - Al-Anbiya: 87

Kenapa? Mengapa setelah Allah suruh kita memuji-Nya, diminta kita kutuk diri sendiri? “Aku zalim, aku zalim…,” seolah-olah itu kehendak Allah SWT.

Umumnya manusia merasakan dirinyalah orang paling baik dan betul dalam perjalanannya diatas muka bumi. Sebab itulah walaupun dia berlaku zalim, jarang sekali ia sedar diri dan jauh sekali untuk mengaku telah melakukan kezaliman keatas orang lain. Lebih-lebih lagilah sulit untuk kita temui orang yang sedar ia telah berlaku zalim keatas keatas dirinya sendiri, ditambah pula kerana manusia lebih suka menyalahkan orang lain dan lebih nampak kesalahan orang lain daripada dirinya sendiri.

Manusia dikatakan menzalimi dirinya sendiri apabila sikap dan tindakan yang dilakukannya dalam kesedaran, menempah kehinaan dalam hidup didunia dan azab sengsara diakhirat kelak. Dirinya terzalim kerana terpaksa menanggung akibat buruk akibat tindakan diri-sendiri, bukan dari campur tangan orang lain keatasnya. Jadi dia bukan dizalimi (oleh sesiapa) tetapi menzalimi diri sendiri.

Manusia tergolong dalam golongan mereka yang menzalim diri sendiri kerana melanggar syariat Allah, zahir mahupun batin. Dengan itu menyebabkan dirinya terjebak dengan dosa. Firman Allah:

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah, maka dia adalah dari orang-orang yang zalim.” - Al Maidah: 15

Bila dirinya terjebak dengan dosa samada dosa kepada Allah mahupun dosa sesama makhluk, maka dirinya terzalim kerana telah menempah tiket kehinaan hidup didunia dan azab yang pedih diakhirat. Oleh kerana kejahilan kita dalam hal ini maka memungkinkan mudahnya hati kecil kita mengeluarkan kata-kata, “Tak patut Tuhan, suruh kata aku ni zalim!” Memang begitu sikap orang jahil, ia akan memusuhi apa yang diluar pengetahuaanya.

Sebenarnya tanpa kita sedari, setiap saat dan ketika kita berada sama ada dalam pahala atau dosa. Kedua-duanya sungguh mudah untuk kita perolehi. Sebab dosa ataupun pahala dilakukan anggota lahir dan anggota batin yang sama. Dengan keadilan dan kasih sayang Allah, kita telah dibekalkan dengan akal fikiran untuk menimbang dan memilih serta didatangkan para Nabi dan Rasul untuk memperjelaskan syariat Allah serta memberi peringatan (khabar gembira dan dukacita) kepada manusia yang memang bersifat lupa, leka dan lalai.

Diantara contoh kita menzalimi diri sendiri ialah kerana kufur dengan nikmat Allah yang begitu banyak kita kecapi. Disamping meletakkan diri kita terlibat dengan dosa, kita kita juga menyebabkan Allah tarik balik nikmat kurnia-Nya dan menempah kemurkaan Allah keatas diri kita. Firman Allah


“Jika sekiranya kamu bersyukur nescaya akan aku tambah nikmat untukmu. Dan jika kamu kufur (atas nama-Ku), ingatlah azab dari-Ku amat pedih.” - Ibrahim: 7

Sebagai contoh mari kita lihat nikmat yang terdekat pada diri kita iaitu mulut kita. Padanya sahaja setelah Allah sediakan berbagai-bagai nikmat. Ia dihiasi dengan barisan gigi yang indah lagi masing-masing dengan fungsi yang tersendiri. Ada yang bertugas untuk mengunyah, mengerat, mengoyak dan mengisar apa yang kita makan. Begitu juga dikurniakan untuk dapat kita kecapi berbagai nikmat rasa yang lazat dan dibekalkan cecair liur yang tidak pernah kering untuk bertindak sebagai pelincir dan pelembut makanan. Segala-galanya sempurna.

Bila Allah beri rezeki makanan, mulut, akan berperanan melembutkan makanan. Belum sempat kita bersyukur diatas makanan itu, sudah dapat nikmat lazat. Bila makanan lazat sudah tentu rasa puas, belum sempat bersyukur, kita sudah rasa pula nikmat kenyang. Belum pun sempat kita bersyukur atas nikmat kenyang, sudah diberi minuman untuk hilangkan rasa haus dahaga. Seterusnya belum sempat mensykuri nikmat dihilangkan haus telah didatangkan nikmat segar, bertenaga dan berbadan sihat.

Begitulah seterusnya. Kita asyik sahaja belum sempat-sempat bersyukur, tetapi Allas sentiasa meneruskan kurniaan-Nya. Pernahkah kita merasa terkejut dengan kedatangan nikmat Allah yang tidak putus-putus?

“Jikalau kamu hendak menghitung akan nikmat-nikmat Ku maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” – An Nahl: 18

Mungkin hati kecil kita masih berat mengakui kelalaian kita dalam mensyukuri nikmat Allah. Cubalah kita membuka jendela rumah kita dan lihat sejauh saujana mata memandang bumi yang terbentang luas. Siapakah agaknya yang merosakkannya? Udaranya dicemarkan, hutan belantara habsi disodok, ditebang dan hiduoan liar dijahanamkan oleh manusia hanya semata-mata untuk diratakan dan didirikan bangunan yang indah lagi mencapai awan.

Sebenarnya Allah SWT jadikan tumbuh-tumbuhan untuk berfungsi membekalkan oksigen untuk kita sedut dan dan kita pula mengeluarkan mengeluarkan karbon dioksida (semasa pernafasan) yang bakal digunakannya tumbuh-tumbuhan untuk membina makanan (kanji) dan mengeluarkan kembali oksigen. Manfaatnya tetap kembali kepada manusia. Begitulah lemah makhluk kerana saling perlu memerlukan satu sama lain.

Jadi kalau kita hapuskan semua pokok-pokok yang menyediakan bekalan pernafasan kita maka memanglah kita zalim. Allah beri rahmat-Nya pada kita tapi kita rosakkan dan Persia-siakan. Oleh itu patut sangatlah dikatakan pada diri kita, “ engakau zalim, engkau zalim…”

Begitu juga, Allah jadikan gunung-ganang yang berfungsi sebagai pasak bumi. Tetapi datang manusia, diruntuhkan bukit-bukau dan disodok-ratakan. Apakah yang akan terjadi jika pasak tiang sebuah rumah ditanggalkan? Tentulah rumah akan bergoyang dan mudah runtuh walaupun bukannya dilanda ribut kencang. Begitulah juga bumi apabila pasaknya diganggu dan dibuang. Maka akan terjadilah gempa bumi.

Bila bumi ‘bergoyang’ angin dan air pun akan terlibat sama. Paras laut akan berubah, banjir dan angin ribut datang melanda. Semuanya ini menjadi bala bagi semua manusia. Firman Allah:

“Lahirlah kerosakan dilautan dan daratan, hasil tangan manusia itu sendiri.” - Ar Rom: 40

Segala-galanya ini tiada lain melainkan kerana kelalaian manusia menghormati peraturan Allah sama ada yang berlaku pada alam tabi’ie mahupun yang berlaku atas perbuatan hamba-Nya. Lalai daripada mensyukuri nikmat sebenarnya adalah dosa kerana tidak mengenangkan jasa bakti Allah kepada kita yang telah kita kecapi sewenang-wenangnya. Bila kita sentiasa dalam keadaan berdosa ertinya kita sedang menzalimi diri sendiri kerana dengannya bakal menjerumuskan kita dalam kecelakaan dunia dan akhirat.

Oleh itu mengaku diri sentiasa berdosa ataupun zalim adalah wajar dan elok sekali dilakukan. Kerana pengakuan demikian menunjukkan kita beradab dengan Tuhan. Merendahkan diri dengan Allah dan rasa bersalah selalu. Mudah-mudahan nanti ianya akan membuahkan penyesalan dan sifat menginsafi diri yang membuka jalan untuk rujuk kembali kepada Allah SWT. Nescaya dengan itu Allah senang dengan kita, sebab rintihan hamba Allah yang bertaubat itu lebih disukai-Nya daripada gentelan tasbih para wali.

Bandingannya, kalau dalam kita berkawan, tiba-tiba kawan kita selalu berkata, “minta maaf ya, kalau saya ada silap….” Perkataan ini sudah cukup untuk menyejukkan hati kita. Sebab perasaan suka terhadap orang yang meminta maaf itu memang fitrah kejadian manusia. Apalagi kalau orang itu memang membuat aniaya pada kita.

Kalaulah kita sebagai manusia terasa senang bila orang meminta maaf dengan penuh rendah hati kepada kita, tentulah Allah SWT lagi senang kalau hamba-hambaNya sentiasa meminta ampun dan mengaku kesalahan diri sendiri. Merintihlah, “ Wahai Tuhan, tiadalah yang layak ku sembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini telah menzalimi diriku. Aku selalu berdosa, wahai Tuhan. Ampunilah daku…”

Jadi Allah SWT jadikan tiap sesuatu itu ada mempunyai hikmah yang mesti kita ambil pengajaran dan syukuri. Semuanya Allah jadikan untuk keperluan manusia sebagai khalifahnya di atas muka bumi.

Namun begitu, yang malangnya sangat sedikit manusia yang tahu bersyukur. Firman Allah:

“Sedikit sekali antara hamba-hamba-ku yang bersykur.” - Saba’: 13

Dan disebabkan terlalu sediktnya manusia yang tergolong dalam golongan yang bersyukur maka berkemungkinan besar kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang tiada pandai bersyukur. Oleh itu mengaku sahajalah pada diri sendiri dengan berkata, “ Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya Aku Tergolong Dalam Golongan Hamba-hamba Mu Yang Zalim…”

Ahad, 26 Disember 2010

manusia yang dikasihi dan dibenci Rasululullah S.A.W

Hadis :Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur."
Riwayat at-Tarmizi

Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.