Rabu, 29 September 2010

sayyidul istghfar



seMoGa dapat kita amalkanya..insya-Allah. klik je kat gambar utk imej yg lbh besar..

Selasa, 28 September 2010

mutiara kata 1



Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada eloknya akhlak dan budi pekerti - Saidina Ali bin Abi Talib.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil pengajaran daripada kegagalannya dan mesti berani untuk membetulkan kesilapannya.

mutiara kata sebelum aku tidur

ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Namun, kita sering terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihatpun pintu baru yang dibuka untuk kita...

tazkirah hari ini....sekadar berpesan sesama insan.

1 Doa dari 3 Doa Rasulullah
`
Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa: "Satu hari Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.

Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa ta`ala:

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

2. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

3. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain,  orang Islam pula bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, Marilah kita melakukan suruhan-Nya iaitu saling memaafkan dan berhenti menyalahkan sesama sendiri agar dapat menjauhkan persengketaan sendiri. Jadikan akhlak Rasulullah S.A.W sebagai teladan. Wallahualam.

Ahad, 26 September 2010

Raja yG zuhud...IBrahim Adham

Ibrahim Adham, Raja Yang Zuhud

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan 
daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang
 raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan 
diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas 
diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada 
seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam 
ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah
 ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru:
 “Siapakah itu?”
“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas 
atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.
“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.
“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu 
wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh 
simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat 
meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim 
berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. 
Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan 
yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. 
Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan 
sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah 
menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti 
orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek. “Sebelum ayahmu?”  “Datukku!” 
“Sebelum dia?” “Datuk kepada datuk-datukku!” “Ke manakah mereka sekarang ini?“ 
Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang 
kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim 
menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang 
ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu
 adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati 
Raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui 
oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya 
kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: 
“Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. 
Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang
 luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju 
sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari 
jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak
 memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: 
“Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala 
memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah
 engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. 
Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. 
Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian 
dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan 
sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan 
panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya 
baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga 
sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam
 emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal 
harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu 
yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu 
melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat 
menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga 
salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang 
diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan 
pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan 
menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang
 pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang 
dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua 
selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul 
mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis 
baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang
 Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu
 separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. 
Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau 
lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke 
mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, 
baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran 
Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang 
mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang 
menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. 
Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ 
kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari 
seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada 
seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan
 memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”,
 katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang 
telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. 
Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan 
meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan 
pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut 
meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut 
orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu 
membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu 
yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai
 Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan 
kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya 
sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing 
ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz.


tazkirah hari ini....10 taNda hati yg mati..MoGa dijauhkan.Amin.

10 TANDA HATI KITA MATI
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
1.   Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2.   Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.   Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4.   Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5.   Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6.   Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.   Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8.   Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9.   Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

seMoga ALLAH TAALA menyuburkan hati kita dengan rasa cinta hanya kepadaNYA. Amin.

kemaLanGan

kereta kawanku Faizah Bt Zainol... yg kemalangan... seMoga taBah kaK...

contoh bagaimana keadilan di dunia ....ttp bagi ummat islam... kbnykn ganjarannya ditangguhkan sehingga hr akhirat... dipetik dpd www.zurmat.com