Selasa, 28 Februari 2012

Haramkan The Star! Haramkan The Star ! Haramkan The Star!


Ekoran mendedahkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah para pengarang kanan akhbar The Star telah dipanggil oleh pihak KDN yang bertanggungjawab mengeluarkan permit. Saya yakin dan percaya tindakan paling kuat dikenakan kepada akhbar yang biadap itu hanya memberi amaran keras bertulis.

KDN tentu tidak berani untuk bertindak ke atas akhbar kroni Umno itu. Tindakan-tindakan yang lebih bersifat untuk mengambil hati begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam. Cara akhbar itu menyiarkan artis bertatu Allah itu untuk memalu dan satu penghinaan kepada Islam.
Kepada saya tindakan paling sesuai ialah bukan amaran keras atau mengggantungkan permitnya, tetapi haram terus biar akhbar itu lenyap dari atas muka bumi ini. Akhbar itu dan sesiapa juga yang tidak peka kepada kepentingan dan agama lain harus dikenakan tindakan tegas jangan berlemah lembut lagi. Dengan mengharamkan terus saja perkara itu tidak akan berulang dan akan menjadi pedoman oleh akhbar lain.
Saya yakin selagi akhbar itu wujudnya ia akan melakukan perkara sama. Ia hanya berhenti sekejap saja kemudian akan mengulangi lagi kemudian membuat opolegetik dengan alasan tersalah pandangan.
Menghairankan macam mana berlaku tersalah pandangan dalam penerbitan yang sebegitu besar dan profesional. The Star adalah akhbar nombor satu dari segi edarannya. Bukan soal tersalah faham saja sepatutnya semua karyawan di akhbar itu diberi didikan dan pengetahuan mengenai tatacara bersurat khabar. Saya nak tanya apa yang orang Islam yang ada dalam pejabat surat khabar itu buat? Tidur kah atau semua mereka hanya jadi operator mesin saja.
Umat Islam wajib terus desak dan berikan tekanan. Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah NGO berjenama beras kampit itu. Kenapa NGO itu diam? Mungkin kerana ketuanya jahil mengenai strategi The Stardalam menghina umat Islam menyebabkan dia boleh ambil The Star untuk menudung kepalanya dari ditimpa hujan.
Akidah The Star perlu diperbetulkan dulu sebelum hendak perbetulkan akidah pihak lain. Dengan diam membisunya ketua NGO berjenama sama dengan sejenis beras itu maka jelas perjuangannya tidak lebih mengambil upah sesen dua untuk dijadikan bekalan di musim banjir. -http://www.msomelayu.blogspot.com/
template joomla

Isnin, 27 Februari 2012

antara Lynas dan khalwat..


Lynas dan khalwat

February 27, 2012

Sejak beberapa hari lepas, masing-masing sibuk dengan perisapan demo Anti-Lynas. Aku tak pergi Kuantan tapi terlibat dengan demo di Bukit Merah, Ipoh.
Ketika terlibat dengan demo anti-Lynas ini, aku tak berpeluang dan melayari internet. Dan bila cuba melayari blog-blog pagi ini, aku cuba mencari berita-berita tentang demo anti-Lynas. Tak banyak. Malah berita tentang demo di Bukit Merah Ipoh hampir tiada.
Tapi yang banyak tertulis dalam blog-blog bahasa melayu ialah kes khalwat Dr. Badrul Amin. kes tersebut berlaku sebelum demo Lynas tapi masih hot. Sedangkan demo Lynas yang berlangsung semalam dah mati.
Kesimpulan aku ialah..orang Melayu lebih suka cerita sensasi dan cerita dalam bilik orang daripada isu-isu yang lebih besar. Pantang ada pemimpin yang kena tangkap khalwat…akan jadi headlines untuk beberapa hari. Apa saja yang berkaitan dengan seks..akan menjadi tumpuan kepada masyarakat Melayu. Come on la.
Pencabulan Teluk Rubiah tidak mendapat perhatian orang Melayu. Walaupun yang akan menerima kesan daripada pencabulan alam sekitar disitu ialah orang Melayu..tapi orang Melayu masih buat tak tau.
Demo di Bukit Merah semalam berjaya menarik hampir seribu orang. Kalau aku pisahkan kehadiran mengikut kaum, aku boleh katakan hanya 5% Melayu. 5% India dan 90% Cina. Tabik spring kepada muslimat Pas Pasir Salak yang turut hadir..kalau tidak mungkin aku tak nampak orang Melayu. (gambar mereka disini.)
Bukan niat aku untuk menjadi rasis..tapi cuma hendak menunjukkan bagaimana sesuatu masyarakat itu berfikir.
Kalau nak dikira siapa yang mendapat keuntungan dari satu-satu projek itu..kebanyakannya orang Cina. Orang Melayu yang mendapat untuk ialah orang Umno yang kutip komisyen. Tapi dari bekalan peralatan, kerja-kerja kontrak untuk membangunkan kilang..semuanya orang Cina.Orang Melayu bahwahan hanya menunggu untuk mendapatkan kerja yang gaji entah berapa.
Tapi sekarang orang Cina lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan. Depa sanggup berdemo walaupun yang akan rugi banyak kapitalis Cina. Orang Melayu pulak tak mau ambil pot, walaupun yang depa dapat kesan yang paling banyak.
Dalam demo anti-Lynas ini..orang Cina turun berdemo siap dengan bawa anak-anak yang kecil lagi. Manakala orang Melayu masih seronok dengan cerita khalwat orang lain.
Seperti di Teluk Rubiah, ramai orang tak tau tentang perancangan dan kesan-kesan pembangunan yang tidak mesra alam dibuat oleh Umno/BN. semuanya dibuat secara rahsia..dan rakyat hanya tau bila semuanya sudah bermula dan tidak banyak yang boleh dibuat selepas itu.
Kilang Lynas di Kuantan tu satu hal. Dah banyak berita yang dikeluarkan..kalau masih tak faham atau tak tau…aku pun tak tau nak kata apa lagi.
Di Perak..tahun lapan puluhan dulu dah ada kilang yang sama iaitu Asian Rare Earth di Bukit Merah. Gen Y mungkin tak tau sebab depa masih kecil.
Kilang ini akhirnya ditutup selepas mendapat bantahan dari penduduk setempat. Kalau nak tau cerita tentang ARE dengan lebih detail..siap dengan gambar, boleh tengok kat sini dan sini.
Salah satu gambar yang aku minat ialah yang dibawah ni.
Semasa demo semalam, aku terjumpa dengan salah seorang bekas pekerja ARE yang pernah ditangkap dibawah ISA. Dia bukan saja menceritakan tentang bagaimana masih lagi ada kilang-kilang yang memproses radioaktif ini di kawasan Bukit Merah.
Dia membawa aku ke kilang tersebut tetapi kilang tersebut dikawal dengan rapi. Malah kami diekori oleh sebuah kereta SB ketika kami masuk kesana.
Cuba perhatikan gambar dibawah ini dan bandingkan dengan yang diatas.
Ada sesiapa yang tahu tentang kilang ini yang tersorok didalam hutan di Banjaran Kledang?
Aku tak berapa kisah kalau kilang ini dikawal oleh pasukan keselamtan kilang, tapi kalau ianya turut dikawal oleh polis dengan meletakkan SB disana..aku syak ada sesuatu yang disorokkan.
Aku dapat tahu, semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kekawasan kilang ini. Malah pekerja kilang ini juga diangkut dengan sebuah bas untuk keluar masuk.
Ini persoalan yang patut diambil berat oleh semua orang. Rakyat Kuantan sudah bangkit untuk menentang Lynas. Rakyat Perak juga kena bangkit untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku di Banjaran Kledang ini.

dipetik daripada : Malaysiatimes

Ahad, 26 Februari 2012

kita Perlukan Tuhan setiap Masa


Allah Ta’ala, adalah Tuhan, Ia segala-galanya. Kalau bukan karena Allah, segala sesuatunya tidak akan ada. Dialah Yang Maha Mengadakan dan Maha Mentiadakan. Allah menciptakan apa saja yang ada di dunia dan akhirat, menjadikan alam yang nyata dan alam yang ghaib, kemudian manusia, haiwan, tumbuhan, dan sebagainya. Setiap makhluk yang Allah ciptakan, masing-masing memiliki sistem kehidupan nya sendiri. Semua hidup mengikuti peraturan nya masing-masing. Sesiapa saja yang tidak hidup dengan peraturan Tuhan, atau menolak sistem Allah pasti binasa, baik jangka pendek maupun panjang.

Kemudian setelah itu, setiap makhluk ciptaan Tuhan sebenarnya tidak pernah lepas dari kuasaNya, ilmuNya, penglihatanNya, pendengaranNya, dan seterusnya. Jadi walaupun sekecil apapun, tiada satu benda di dunia ini yang berada diluar kuasaNya. Semua ada di dalam genggaman Allah Ta’ala. Sama juga dengan usaha yang dilakukan manusia untuk mencapai sesuatu. Usaha manusia tidak terlepas dari kuasa dan kehendak Allah. Kalau Allah inginkan dia gagal, maka gagal lah dia, meskipun dia telah berusaha sekuat tenaga. Adapun orang yang misalkan Allah inginkan dia sukses tanpa menempuh sebuah usaha, maka hal itu akan terjadi. Karena kehendak Tuhan itu MUTLAK, tiada siapapun dapat menghalangnya.

Sebenarnya, sifat-sifat Maha Berkuasanya Tuhan yang disebutkan tadi, sudah cukup membuat hati kita gentar. Apakah kita tidak takut dengan kuasa Allah, ketika Allah katakan kita miskin, maka kita akan jadi miskin, kalau Allah katakan kita sengsara, maka sengsaralah kita.. Bukankah hal ini cukup menakutkan? Karena ternyata kita tidak punya kuasa apapun ke atas diri kita sendiri. Bahkan misalkan, kalau Allah mau kita tidak dapat menggerakkan sebelah ibu jari kita, hal itu bisa saja terjadi dengan sangat mudahnya. Itulah kehebatan kuasa Allah Ta’ala. Maha Agungnya Tuhan.

Kita sebagai hambaNya, sehebat, sepintar, sekaya apapun diri kita, kita tetap saja hamba Tuhan. Tugas hamba yang sebenarnya ialah mengabdi dengan Tuannya. Bukankah kita telah berjanji bahwa : “hidupku, matiku dan ibadahku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam?” Inilah ikrar yang kita ucapkan 5kali dalam sehari, dalam sholat kita.

Bagaimanakah pertanggung jawaban kita dengan Tuhan? Kemudian, kita sebagai hamba Allah sifat fitrahnya, adalah sangat perlu dengan Tuhan. Bohong kalau seorang manusia itu tidak perlu dengan Tuhan. Tuhan adalah fitrah, hal yang sudah pasti diperlukan oleh manusia. Bahkan orang yang tidak beribadah kepada Tuhan pun, ketika mereka berada dalam kesusahan yang sudah sangat berat, terdesak, yang mereka ucapkan adalah : Wahai Tuhan, tolong aku! Begitulah fitrah setiap manusia, kita sangat perlu dengan Allah, Tuhan kita.

Semestinya kita perlu dengan Tuhan di dalam setiap keadaan. Ketika sakit, sehat, pandai, bodoh, aman, ramai, di setiap waktu, seharusnya kita sangat perlu dengan Tuhan. Jangan anggap kita bisa hidup sendirian, tanpa manusia lain saja kita tidak sanggup, apalagi dengan Tuhan, hidup pun terasa seperti neraka sebelum neraka di akhirat nanti.

Tapi sayangnya, di akhir zaman ini manusia memerlukan Tuhan secara berkala atau bermusim. Manusia kembali kepada Tuhan ketika dirinya sedang ditimpa kesusahan, penderitaan. Ketika saat-saat seperti itu barulah manusia mengadu pada Tuhan. Ada lagi yang lebih sombong, ketika sudah ditimpa ujian kesusahan pun, ia merasa tetap tidak perlu dengan Tuhan, ia merasa dengan kekuasaan yang ia miliki dapat menyelesaikan penderitaan atau masalah yang menimpa dirinya.. Nauzubillah min zalik.

Seharusnya, rasa diri kita ini memerlukan Allah adalah setiap masa dan setiap waktu. Tidak pandang tempat, keadaan, waktu apapun juga, kita senantiasa perlu dengan Tuhan, Kita butuh Allah. Di kala kita susah, tidak ada orang yang mau menolong, hanya Allah lah pembela kita, disaat kita kesepian, tidak ada orang mau menemani kita, Allah adalah Kawan Yang Maha Setia, ia tidak perlu istirahat, bahkan ketika tidur, Allah lah yang menjaga kita. Allah adalah Tuhan. Ia adalah segalanya. Yakinlah, ketika kita dapatkan Allah, kita dapat segalanya, kehilangan Tuhan kehilangan segalanya. Ia adalah kebahagiaan abadi dan sejati.