Jumaat, 15 Oktober 2010

seMoGa roHnya dicucuri rahmat. Amin.

KUALA KRAI:Usaha mencari dan menyelamat seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Dabong yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan, dekat Dabong semalam diteruskan hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nasir Hassan berkata, operasi yang bermula jam 9.30 pagi tadi diteruskan kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa, Raja Nurafi Raja Hussain, 12, dilaporkan terjatuh kira-kira 11 pagi semalam.

"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mandi berhampiran muara Sungai Galas dan Sungai Pergau dekat Dabong.

"Mangsa yang dikatakan bersendirian itu dipercayai hanyut dibawa arus, usaha menyelamat yang dimulakan sejak tengah hari sehingga lewat petang semalam belum menemui sebarang petunjuk dan hari ini pihak kita melakukan operasi mencari dari jarak dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi itu disertai 11 anggota unit skuba, anggota bomba Kuala Krai, anggota Jabatan Pertahanan Awam, anggota polis dan dibantu penduduk kampung.

Sementara itu, bapa mangsa Raja Hussain Raja Kechik, 64, ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka anak bongsu daripada tujuh beradik itu akan pergi ke sungai kerana mangsa sempat meminta duit RM1 daripada ibunya sebelum keluar dari rumah pagi semalam.

"Nurafi minta duit RM1 daripada ibunya sebelum keluar, ingat keluar ke kedai, tak sangka pula dia pergi ke sungai kerana sungai tu agak jauh dari rumah, lagipun kalau hendak ke sungai biasanya kami sekeluarga akan pergi beramai-ramai," katanya.

Beliau berkata, keluarganya kini hanya mampu berdoa Nurafi selamat walaupun operasi mencari dan menyelamat semalam tidak berjaya menemui mangsa.

"Hari ini dah masuk hari kedua, kami tidak tahu bagaimana keadaan Nurafi..apa jua yang berlaku kami terpaksa reda dan menerimannya tetapi jauh di sudut hati kami masih berharap Nurafi selamat," katanya.- Bernama

kepada bekas anak didikku di Dabong... jadikan ini pengajaran...janganlah mandi sungai..Ya Allah mudahkan urusan untuk  dikebumikan jenazah Allahyarham Raja Nurafi...Amin.

dipetik drp hmetro.com.my

Rabu, 13 Oktober 2010



Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Selasa, 12 Oktober 2010

Assalamualaikum...
semoga kalian dirahmati dan diredhai Allah Taala. aku menyusun sepuluh jari memohon maaf  kpd semua ahli keluarga mangsa kemalangan di Lebuh raya PLUS simpang Ampat , Melaka krn telah memuatkan gambar2 kemalangan di situ pada blog aku....aku telah padamkan semuanya krn tidak mahu lagi menambahkan lagi penderitaan mereka...Maaaf...seMOga kaLIan seMUa taBah..Amin.

Ahad, 10 Oktober 2010

fadhilat berzikir

Fadhilat Berzikir

Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:


* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya


* Zikir menyebabkan Allah redha


* Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia


* Zikir menggembirakan hati


* Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari


* Zikir memurahkan rezeki


* Zikir adalah sinaran hati dan muka


* Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar


* Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.


* Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya


* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.


* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.


* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah


* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.


* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".
dipetik drp: cahaya mukmin.blogspot.com

seLawat munjiyyah