Sabtu, 30 Jun 2012

Penyakit Hati ? jarang org terasa ..









Setiap orang itu sejak baligh hingga hari ini kalau membuat dosa ada dua peringkat
Ada dosa yang mudah dikesan, dan mudah pula bertaubat
Ada dosa-dosa yang tidak mudah dikesan bahkan tidak dirasakan berdosa
maka tentu tidak bertaubat
Selalunya mati tidak bertaubat
Dosa-dosa yang mudah diketahui, seperti meninggalkan sembahyang, meninggalkan
puasa, mencuri, minum arak, bunuh orang
Dosa-dosa ini payah dilupakan, kalau seseorang itu insaf mudah bertaubat
Tapi orang tidak rasa berdosa, jika tidak ada rasa bertuhan
Orang tidak rasa satu kesalahan tidak rasa kehambaan
Berapa ramai orang sejak baligh, dia riyak, sombong, suka dipuji,
ujub, ingin nama, tidak terasa membuat dosa
Nampak orang susah tidak ditolong, tidak bertimbang rasa, mengutamakan diri, gembira dengan kesusahan orang tidak dianggap kesalahan
Tamak, bakhil, tidak mesra dengan orang tidak dianggap haram
Tidak tawakkal, tidak sabar, tidak malu dengan Tuhan,
tidak belas kasihan itu tidak dipandang kemurkaan Tuhan
Dosa-dosa kategori yang kedua inilah yang ramai orang terjebak,
orang tidak terasa satu dosa
Apabila tidak terasa perkara itu dosa, ia berlalu begitu sahaja,
tanpa sedar, tanpa insaf
Akhirnya tidak bertaubat
Matilah seseorang itu  di dalam kederhakaan tanpa sedar
Kadang-kadang dosa-dosa yang tidak disedari  ini
berlaku kepada orang-orang yang dipandang oleh orang ramai orang baik
Ada orang ibadahnya banyak, sembahyang malam, puasa sunat di siang hari, sering membaca Al Quran, wirid tidak lekang
Setengahnya ulamak, menasihati orang, dia disegani
Kerana dosa-dosa tadi sangat tersembunyi, sangat tersirat, ia dosa hati, payah dikesani
Ahli-ahli ibadah dan para ulamak tadi pun tidak menyedarinya
Orang-orang yang mata hatinya celik sahaja yang dapat mengesani
Orang-orang yang rohnya bercahaya dan menyuluh yang seni-seninya
Yang dikatakan ulil abshor bukan ulamak, yang mampu mengetahui
Kecuali kalau ulamak itu juga ulil abshor



diambil drp : http://cahayamukmin.blogspot.com/2012/03/dosa-hati-jarang-orang-rasa-berdosa.html#ixzz1zHr4iH4I

Selasa, 26 Jun 2012


Bagaimanakah hendak menghadapi Ramadhan dengan lebih berstrategi?
Ramai manusia-manusia yang berusaha melakukan kebaikan, di kala musim Ramadhan ini mereka akan mengeluarkan mutaba’ah amal. Apakah maksud mutaba’ah? Berasal dari perkataan toba’a, yang bermaksud ‘ikut’. Jadi mutaba’ah amal adalah “Pemeriksaan Amal.”
Namun biasanya mutaba’ah amal hanya menyediakan senarai amalan yang hendak dilakukan. Itu pada saya belum cukup strategis. Kerana, tetap masa untuk melaksanakan semua amalan itu belum wujud di dalam pandangan minda kita.
Ya, hendak menjalani Ramadhan dengan lebih berstrategi, yang perlu dilakukan adalah sinkronasi antara amal dan masa. Bukan sekadar tahu apa amal yang hendak dibuat, tetapi juga sudah menyusun ‘bila’ amal itu hendak dilakukan.
Pertamanya, mengapa jadual penting?
“Jadual? Ingat sekolah ke?”
Mungkin ada yang berkata demikian. Merasa terkongkong dengan jadual? Merasakan jadual rijip? Ya. Mungkin ada yang berfikiran demikian. Tetapi saya suka kita melihat dari skop yang lebih luas.
Sekiranya Bumi tidak patuh pada ‘jadual’ putarannya yang menjadikan setahun ada 365 hari itu, dan Bumi berputar mengikut sesuka hatinya, apakah yang akan terjadi kepada kehidupan manusia? Siang dan malam?
Sekiranya Planet-planet tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya, yang ini mahu lebih perlahan, yang sana mahu lebih laju, agak-agak apakah yang akan berlaku kepada tarikan magnet galaksi Bima Sakti? Pastinya kacau bilau dan akhirnya hancur..
Sekiranya binatang-binatang yang memerlukan hibernasi tidak mengikut ‘jadual’ hibernasi mereka, apa yang akan berlaku kepada kehidupan mereka?
Bagaimana agaknya sekiranya sistem kitaran air di dalam kehidupan kita ini tidak mengikut ‘jadual’nya? Air dari laut ikut suka hati hendak naik bila dia suka. Awan ikut suka hati nak bergerak menurunkan hujan bila dia suka. Apa yang akan terjadi?
Bagaimana agaknya sekiranya sistem peredaran darah dalam tubuh kita tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya? Di bahagian ini dia suka-suka nak laju, di satu bahagian lain selamba dia nak perlahan. Bagaimana?
Ya, di sini saya yakin kita sudah nampak betapa jadual itu mengekalkan sesuatu dalam keadaan yang baik dan sempurna. Begitu juga sebenarnya manusia. Sekiranya manusia tidak hidup dengan jadual, kehidupannya akan tunggang langgang dan membawa kehancuran kepada dirinya.
Banyak benda perlu dilakukan, tetapi kerana penyusunan masa yang buruk dia tidak mampu melaksanakannya. Bukankah ini satu kerugian?
Dan sekarang kita sedang berada di dalam Ramadhan, banyak peluang dan tawaran di dalamnya, apakah kita akan membiarkan masa terbazir begitu sahaja di dalam Ramadhan ini?

Maka kita susun strategi.
Ada amal apa yang hendak dilakukan semasa Ramadhan? Mari kita senaraikan.
Contohnya amalan yang hendak dilakukan adalah berikut:
Baca Al-Quran 1 juzu’ sehari, Solat Tarawih, Solat Fardhu di Masjid, Solat Sunat Dhuha, Sedekah RM10 seminggu, ziarah sahabat, studi, riadhah, qiamullail, program iftar jama’ie bersama sahabat, iktikaf di Masjid, selawat 100X, istighfar 100X.
Katalah itu yang hendak kita lakukan. Kalau tinggalkan begini sahaja, ia akan jadi mutaba’ah amal. Dah buat kita tick. Tetapi saya ingin kita buat lebih baik lagi.
Jadi kita susun. Susun dengan masa.
Bila nak baca Al-Quran? Kita letakkan masa baca Al-Quran adalah – Setiap kali lepas Solat Fardhu, baca 4 muka surat.
Solat Tarawih – Selepas solat sunat ba’diah Isya’, dan selepas baca Al-Quran 4 muka surat.
Solat Fardhu di Masjid – Pergi masjid 10 minit setiap sebelum masuk waktu solat.
Dhuha – Setiap hari pukul 10.30 pagi, ini adalah waktu melaksanakan Solat Dhuha.
Sedekah RM10 seminggu – Hari Jumaat, semasa pergi Solat Jumaat adalah waktu melakukannya.
Ziarah Sahabat – Setiap hari Sabtu, kita peruntukkan 2 jam berziarah ke rumah sahabat. Seminggu dua sahabat.
Studi – Sepanjang waktu persekolahan atau waktu kuliah, kita tumpukan perhatian. Jadi studi di rumah hanya perlukan sedikit waktu sahaja. Kita ambil sejam sebelum tidur untuk studi ulangkaji.
Riadhah – Ahad, Selasa, Khamis adalah waktu Riadhah. Lepas Asar. Selama 30 minit.
Program Iftar Jama’ie bersama sahabat – Setiap Hari Khamis.
Iktikaf di Masjid – Setiap antara Maghrib-Isya’. Setiap malam Jumaat(tidur masjid)
Qiamullail – Isnin, Rabu, Jumaat. Pukul 3.00 pagi hingga waktu sahur.
Selawat+Istighfar 100X – 10 minit sebelum tidur.

Begitu. Kita letak hari. Masa bila nak buat. Dan lepas tu barulah bila berjaya buat, kita tick. Ini baru namanya strategis. Kita susun masa. Jadi kita tahu bila nak buat bendanya. Dan kita dah kosongkan masa itu hanya untuk itu sahaja. Benda lain letak tepi. Fokus.
Bila buat begini, kita juga tahu berapa masa kosong lagi kita ada. Untuk kita isi dengan perkara lain pula. Justeru bila buat begini, secara tidak langsung kita juga menjadi proaktif.

Minggu demi minggu
Bila buat begini, kita juga boleh menyusun strategi peningkatan. Jadual di atas hanyalah contoh sahaja. Kita boleh susun dengan lebih detail lagi. Contohnya strategi qiamullail. Nak solat apa dalam Qiamullail? Jadi mungkin kita akan rasa letih kalau di awal-awal itu terus hendak solat banyak. Maka kita buat strategi minggu demi minggu.
Minggu pertama Ramadhan, qiamullail kita adalah 2 solat sahaja.
Minggu kedua Ramadhan, qiamullail kita adalah 4 solat pula, ditambah bacaan Al-Quran.
Minggu ketiga Ramadhan, qimaullail kita adalah 8 solat pula, baca Al-Quran ditambah zikir.
Minggu keempat Ramadhan, qiamullail kita adalah 10 solat, baca Al-Quran, zikir dan tazkirah.
Begitu juga dengan iktikaf di Masjid. Minggu pertama dua kali sahaja iktikaf di masjid. Minggu kedua empat kali. Minggu ketiga 5 kali. Minggu keempat, 7 hari kita iktikaf di Masjid.
Dan begitulah. Meningkat dan meningkat.
Strategi.
Biar kita tidak memecut dan kemudian kelelahan lalu berhenti.
Tidak. Tetapi kita berlari steady. Tidak membazirkan tenaga. Kekal bergerak hingga ke akhirnya.

Penutup: Laksanakan Ramadhan ini sebaik mungkin.
Sama-sama kita amalkan.
Laksanakan Ramadhan dengan penuh strategi. Bukan semberono. Jangan biar ada masa yang terbazir. Terus-terusan berusaha agar setiap detik di dalam Ramadhan ini bermakna.
Sungguh, kita tidak mahu rugi pada bulan yang sepatutnya menguntungkan orang-orang mukmin.
Ayuh!
Menggapai Ramadhan dengan penuh strategi!