Sabtu, 14 Mei 2011


Memperingati Nakbah 15 Mei 1948


Setelah lebih 6 dekad, malapetaka yang melanda saudara kita di bumi Palestin yang menyebabkan Palestin dan Baitul Muqaddis yang terus diceroboh dengan biadab oleh Yahudi Zionis. Sehingga kini, hal ini menjadikan titik hitam pada wajah umat Islam keseluruhannya.

Tepat 15 Mei 1948, tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka. Mereka dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan termasuk di negara-negara jiran yang mencecah juta orang. Kini sudah lebih 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Israel yang berlindung disebalik kuasa Amerika Syarikat.

Kini Israel maseh meneruskan polisi pembersihan etnik ke atas rakyat Palestin . Sejak pencerobohan ke atas Tebing Barat dan Jurusalem Timur pada tahun 1967 , Israel telah membangunkan kependudukan Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB. Lebih 6 juta orang Yahudi menceroboh bumi Palestin, sementara 5 juta rakyat Palestin menjadi pelarian. Semenjak hari itu dan sehingga kini, kita terus berpeluk tubuh.

Setelah lebih 60 tahun, saudara kita di Palestin hidup di medan peperangan, berada di tengah–tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati sesiapa. Rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembok sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi. Rakyat Palestin terus dicekik oleh regim Israel yang didalangi Amerika Syarikat setelah mereka menutup terminal Rafah pada 9 hb Jun 2007 iaitu pintu masuk di sempadan antara Israel dan Mesir.

Pada hari ini, Ribuan rakyat Mesir sedang membuat persiapan untuk menyeberang masuk ke Gaza pada 15 Mei nanti bagi memperingati ulang tahun Nakba. Mereka akan melintasi sempadan di Rafah sebagai solidariti dan usaha berterusan menghentikan sekatan dan embargo yang dikenakan oleh rejim zalim Israel ke atas rakyat Gaza. Dahulunya, Hosni Mubarak menjadi pihak yang bertanggungjawab memastikan sekatan Israel ke atas Gaza dapat dilaksanakan, memisahkan lebih 1.5 juta rakyat Gaza dari dunia luar dengan menutup pintu masuk di Rafah — satu-satunya jalan masuk ke Gaza di luar daerah yang dikawal Israel.

Intifadah Palestin Ketiga bakal dilahirkan yang juga boleh digelar sebagai Gerakan Dunia Arab.” Gerakan tersebut juga menyeru semua bangsa Arab untuk maju ke sempadan-sempadan Palestin di Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan bagi menuntut hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka.

Ayuh! Kita bersama!
dipetik daripada Layarminda

Jumaat, 13 Mei 2011

Lelaki sOleh...


Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.
TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.

Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........
1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.
3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam
4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......
1.    Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( hari Ibnu Majah )
Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.


Manusia itu dalam kedatangan nikmat atas mereka adalah atas 3 bahagian:

Orang awam
Manusia yang gembira dengan nikmat, bukan dari kerana yang menciptakannya dan yang menjadikannya, dan tetapi adalah dengan terdapat kesenangannya manusia pada nikmat itu, maka manusia yang semacam ini termasuk dari orang-orang yang lalai. Di mana terbenar ke atasnya firman Allah s.w.t: "Sehingga apabila gembira mereka itu dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami ambil tindakan (siksa) terhadap mereka secara tiba-tiba." (Al-An'am: 44)

Orang Khawas
Manusia gembira melihat nikmat-nikmat kerana melihat bahawasanya manusia melihat nikmat-nikmat itu merupakan nikmat yang yang datang dari yang mengirimnya dan merupakan nikmat yang datang dari yang menyampikannya (yakni Allah). Atas manusia ini benarlah firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Dengan limpah kurnia dan rahmat Allah, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bergembira. Itulah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)
Maka dapatlah difahami dari ayat ini bahawa orang khawas itu gembira dengan nikmat Allah, kurnia Allah, di antaranya yang paling utama ialah nikmat iman. Dan apabila mereka melihat nikmat Allah, maka menarik dirinya untuk ingat kepada Allah, maka ini adalah lebih baik daripada dunia yang mereka himpunkan dan mereka kumpulkan, tetapi mereka lupa kepada Allah.

Orang Khawasul Khawas
Manusia yang bergembira dengan Allah, serta tidaklah menyibukkan kepadanya nikmat-nikmat itu, baik lahiriah keenakannya nikmat dan juga bathin dari nikmat itu sendiri, bahkan yang bersangkutan disibukkan oleh pandangan bathin kepada Allah (seperti Maha Pemurah dan Maha Penyayang), jauh dari segala sesuatu selain Allah. Dan disibukkan pula oleh kebulatan hatinya terhadap Allah. Atas manusia ini firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Allah! Kemudian biarkanalah mereka berlarut-larut dalam kesesatan mereka." (Al-An'am: 91)
Maksud ayat ini apabila dikaitkan dengan maqam khawasul khusus, ingatlah Allah atas segala sesuatu, bahawasanya semua itu akan hancur dan tidak ada yang kekal selain Dia. Tinggalkanlah semua manusia itu bermain-main dan berlarut-larut di dalam khayalan lintasan hati mereka. Inilah yang menyebabkan hilang semuanya ini dalam hati mereka apabila hati mereka senang dalam keadaan asyik melihat Allah dan bermunajat dengan Allah.
Maka adalah orang-orang Arif dalam segala hal-hal selalu dalam keadaan diliputi oleh kebesaran Allah dan sifat-sifat keagunganNya.
"Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada Allah, Dalam rahmat Allah, Atas keredhaan Allah, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Itulah perasaan mereka yang telah meliputi lahiriah dan batiniah mereka.

Khamis, 12 Mei 2011

penganggur bunuh ustazah dan anak dihukum gantung sampai mati


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemasang paip kerana membunuh seorang ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun pada tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Ahmad Nasfy Yasin mendapati Ali Tan Abdullah, 35 tahun bersalah kerana membunuh jiran sebelah rumahnya ustazah Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusoff di B5-1-09B, Flat Win Min, Pasar Baru Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2 September tahun lalu.
Dalam keputusannya, hakim itu berkata, Ali Tan memberi keterangan bahawa dia hanya memasuki rumah mangsa untuk mengambil barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan alat permainan Playstation tetapi tidak membunuh mangsa dan anaknya.
  "Dia kemudian menggadai barang kemas itu dan menghantar komputer riba terbabit ke sebuah kedai untuk diformatkan. Selepas kejadian itu, Ali Tan tidak pulang ke rumah sebaliknya bermalam di sebuah hotel.
     "Selepas kejadian, rumah mangsa dikunci dengan baik dan tidak ada kesan pecah masuk. Ini menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang terakhir yang bertemu mangsa. Semua keterangan tertuduh adalah satu bentuk penafian semata-mata tanpa sokongan daripada sesiapa," katanya.
Menurut suami mangsa, Mohd Yusoff Awang Besar, Allahyarham isterinya selalu memakai barang-barang kemas dan pada kejadian itu tertuduh bergelut dengan mangsa untuk merampas barang kemas.
   "Pergelutan di dalam rumah menunjukkan tertuduh cuba merampas barang kemas itu. Mangsa juga mengalami beberapa kecederaan ketika dalam usahanya untuk mempertahankan diri. Muka dan leher mangsa lebam akibat dipukul dengan benda tumpul," katanya. 
   Ketika kejadian itu, suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di Mesir.
   Ali Tan yang dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, diwakili peguam Philip Yeow Boon dan S Gobind dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya Mahmud Abdullah. - BERNAMA


Mengelakkan SPAM di dalam wall Facebook anda.

Assalamualaikum
Tepat jam 10 malam sewaktu ingin menggunakan Facebook. Tiba -tiba spam menyerang facebook saya.
Langkah terbaik ialah mengubah hala daripada http di ‘web address’ di pelayan web anda kepada https://
Ikuti langkah mudah seperti dibawah:
Baca Bismillahirrahmanirrahim ( Bagi yang Muslim)
Langkah 1 : Sila klik kepada tetapan akaun atau Account Settings
Langkah 2:
Langkah 2 : Tick kepada butang Secure Browsing (klik Untuk Lihat Lebih Jelas)
Selesai
Berikut adalah hasilnya :
Siap.
Untuk perhatian anda : Facebook juga telah merekodkan aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang
penggunaan facebook melalui akaun anda. Cuba anda perhatikan di rajah dibawah. Di antara
maklumat yang anda dapat lihat ialah jenis web browser yang digunakan. Sistem Operasi dan masa
Senarai aktiviti melalui akaun
Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan sahabat-sahabat anda.

aku copy daripada layarminda....

3 golongan manusia apabila beroleh nikmat



Manusia itu dalam kedatangan nikmat atas mereka adalah atas 3 bahagian:

Orang awam
Manusia yang gembira dengan nikmat, bukan dari kerana yang menciptakannya dan yang menjadikannya, dan tetapi adalah dengan terdapat kesenangannya manusia pada nikmat itu, maka manusia yang semacam ini termasuk dari orang-orang yang lalai. Di mana terbenar ke atasnya firman Allah s.w.t: "Sehingga apabila gembira mereka itu dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami ambil tindakan (siksa) terhadap mereka secara tiba-tiba." (Al-An'am: 44)

Orang Khawas
Manusia gembira melihat nikmat-nikmat kerana melihat bahawasanya manusia melihat nikmat-nikmat itu merupakan nikmat yang yang datang dari yang mengirimnya dan merupakan nikmat yang datang dari yang menyampikannya (yakni Allah). Atas manusia ini benarlah firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Dengan limpah kurnia dan rahmat Allah, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bergembira. Itulah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)
Maka dapatlah difahami dari ayat ini bahawa orang khawas itu gembira dengan nikmat Allah, kurnia Allah, di antaranya yang paling utama ialah nikmat iman. Dan apabila mereka melihat nikmat Allah, maka menarik dirinya untuk ingat kepada Allah, maka ini adalah lebih baik daripada dunia yang mereka himpunkan dan mereka kumpulkan, tetapi mereka lupa kepada Allah.

Orang Khawasul Khawas
Manusia yang bergembira dengan Allah, serta tidaklah menyibukkan kepadanya nikmat-nikmat itu, baik lahiriah keenakannya nikmat dan juga bathin dari nikmat itu sendiri, bahkan yang bersangkutan disibukkan oleh pandangan bathin kepada Allah (seperti Maha Pemurah dan Maha Penyayang), jauh dari segala sesuatu selain Allah. Dan disibukkan pula oleh kebulatan hatinya terhadap Allah. Atas manusia ini firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Allah! Kemudian biarkanalah mereka berlarut-larut dalam kesesatan mereka." (Al-An'am: 91)
Maksud ayat ini apabila dikaitkan dengan maqam khawasul khusus, ingatlah Allah atas segala sesuatu, bahawasanya semua itu akan hancur dan tidak ada yang kekal selain Dia. Tinggalkanlah semua manusia itu bermain-main dan berlarut-larut di dalam khayalan lintasan hati mereka. Inilah yang menyebabkan hilang semuanya ini dalam hati mereka apabila hati mereka senang dalam keadaan asyik melihat Allah dan bermunajat dengan Allah.
Maka adalah orang-orang Arif dalam segala hal-hal selalu dalam keadaan diliputi oleh kebesaran Allah dan sifat-sifat keagunganNya.
"Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada Allah, Dalam rahmat Allah, Atas keredhaan Allah, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Itulah perasaan mereka yang telah meliputi lahiriah dan batiniah mereka.

dipetik daripada cahayamukmin

Isnin, 9 Mei 2011

dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul - nukilan Wan Rafidah- sahabatku


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan dengar khabar mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.(Hadis riwayat Abu Hurairah)