Sabtu, 25 September 2010

muhd aDib syahmi

anak sulungku..Muhd adiB syaHmi 5 taHUn.....
rajin ke sekolah ( tadika mawaddah PaLOh ) tp balik rumah je mesti tgk kartun,
aku suka perangainya yang ambil berat tentang adiknya walaupun ada masa kadang kala bergaduh juga sbb adiknya tak nak mengalah..masa kecik (2-3 ) tahun lebih suka tgk bola sepak tp kini rancangn Tom and Jerry , Sponge bob serta tidak ketinggalan Upin daN Ipin lah rancanngan kegemaranya. semoga kau menjadi anak yang menyenangkan hati abah dan ummi, nak. Amin.

Jumaat, 24 September 2010

seronoknya cuti...dapat bersama anak isteri...Alhamdulillah...


ni bukan kampungku... ttp kampungku lebih kurang ginilah.. ada pokok kelapa dan laut...sesekali menyaksikan keindahan alam... membuatkan aku sedar kita haruslah berssyukur...

Khamis, 23 September 2010

6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain


GAMBAR klip video YouTube menunjukkan kumpulan lelaki yang membakar kitab al-Quran di bandar Gateshead, utara Britain.


LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.
Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.
Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.
Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.
Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.
Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.
Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.
Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.
Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.
Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.
Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi
dipetik daripada kosmo online.. dunia dah nak kiamat...jika yang bersalah ialah umat islam kenapa pula agama yang suci ini dipersalahkan ? Sebagai agama yang mempunyai berbilion penganut, tentulah tidak semua penganutnya baik. Tetapi aku cukup pelik , jika orang lain yang buat salah ( bukan Islam ) hanya dia yang dipersalahkan dan bukan pula agama yang dianutinya...ini satu lagi contoh yang ku ambil daripada laman web
http://www.zurmat.com



jadi kepada semua umat islam..marilah kita bersatu, lupakan warna kulit dan sempadan negara, untuk menjernihkan semula imej islam yang diperkota-katikkan oleh kaum kafir dengan menunaikan segala perintah Allah Azzawajalla dan meninggalkan segala larangannya. Amin.

nOstaLgia di PulaU PaNGkor sewakTU di pendidikan Luar IBKL


aKu dan CikGu zaRina ( kawaN baik ) ....masa muda la...

Rabu, 22 September 2010

sk Dabong 2010

kenangan semasa mengajar di sK daBOng..aku berdiri no 6 dari iri diaapit oleh 2 lelaki bermisai..hhaha.cubalah teka mn satu..???

Selasa, 21 September 2010

Hati Berdetik- TakZiah.SeMOGa aNda seMua taBah. Amin

Berita yang dipetk daripada Hmetro.com.my

sEREMBAN: Persoalan menyelubungi keluarga bayi perempuan berusia tiga bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Paroi di sini, semalam.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
Difahamkan, bayi malang yang juga cucu kepada Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Umno Bahagian Seremban, Zadariah Ismail, 57, itu dikatakan ditemui pengasuh dalam keadaan sejuk dengan seluruh tubuhnya kebiruan dalam buaian di pusat asuhan terbabit.

Menurut Zadariah, sebelum pergi mengajar di dua sekolah berasingan sekitar daerah ini, ibu bapa bayi berkenaan, pasangan guru, Airul Anuar Abdul Aziz, 30, (anak Zadariah) dan Nurhida Md Nor, 26, menghantar bayi mereka ke pusat berkenaan, kira-kira jam 7 pagi.

“Saya yang sedang mengemas rumah tersentak apabila menerima panggilan daripada kakitangan pusat asuhan itu memaklumkan keadaan luar biasa cucu yang terlalu lemah dengan tubuhnya kebiruan, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Berikutan itu, saya dan suami, Abdul Aziz Ismail, 59, bergegas ke situ dan membawa cucu ke sebuah klinik berdekatan untuk rawatan.

“Namun, selepas doktor bertugas gagal membantu cucu melalui bantuan pernafasan selama lebih 30 minit, saya diminta segera ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut,” katanya ditemui di Bilik Mayat HTJS, di sini.

Menurutnya, dia amat terkejut dengan kejadian berkenaan kerana cucunya itu dilihat riang dan ceria ketika kali terakhir bertemu pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Taman Paroi Jaya, di sini, kelmarin.

“Hati ini bagaimanapun seolah-olah sudah terdetik akan kehilangan seorang cucu disayangi ketika mendukungnya keluar dari pusat asuhan terbabit. 
“Selain keadaan badan yang sejuk, beberapa kesan lebam di tangan dan hitam di kedua-dua telinga turut dilihat pada bayi berkenaan,” katanya.

Kata Zadariah, ibu bapa Nur Azwa yang menetap di sekitar Sikamat di sini, mendirikan rumah tangga Jun tahun lalu dan jenazah bayi berkenaan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, hari ini.

Airul Anuar yang kelihatan sugul pula berkata, dia tidak pasti punca sebenar kejadian itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, seorang pengasuh pusat berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihaknya turut kecewa dengan insiden berkenaan yang pertama kali berlaku sejak 10 tahun beroperasi.

Menurutnya, kira-kira jam 10 pagi, dia menyusukan bayi berkenaan sebelum meletakkannya semula ke dalam buaian.

“Bagaimanapun, ketika mahu memandikannya dua jam kemudian, saya terkejut melihat tubuh bayi itu kebiruan dan segera menghubungi hospital serta ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat, dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

ajal maut ditangan tuhan. Ingatlah dia lebih disayangi oleh ALLAH TAALA daripada kita. Lagipun, ustaz aku kata. ibu bapa yang kematian ank kecil..ank kecilnya itu menunggu mrk  berdua di akhirat untuk dibawa ke syurga.Amin.

Ahad, 19 September 2010

kisaH taULadan -khalifah dLL





Sejarah ringkas Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ialah sahabat Rasulullah yang paling setia dan merupakan lelaki pertama yang memeluk Islam.Beliau digelar "As-Siddiq" yang bermaksud "sentiasa membenarkan" kerana beliau senantiasa membenarkan apa sahaja kata-kata nabi.Beliau juga merupakan sahabat karib Rasulahllah saw sejak sebelum baginda diangkat menjadi Rasul lagi.Sayidina Abu Bakar As-Siddiq kemudianya dilantik menjadi khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasulullah
            Pemerintahanya bermula dari tahun 632 Masihi hingga 634 Masihi yang berpusat di Madinah.Para sahabat telah melantik Sayidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama kerana kelebihan:

   a)beliau sahabat Rasulullah yang pertama memeluk Islam dan tertua.
   b)beliau mempunyai iman yang lebih mantap berbanding sahabat yang lain.

Semasa pemerintahannya ,beliau berjaya menghadapi cabaran daripada nabi-nabi palsu dan golongan murtad.Beliau turut berusaha menentang ancaman tentera Rom dan Parsi.Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dianggapsebagai penyelamat umat Islam kerana berjaya menyatupadukan umat Islam.

Peribadi Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
 
            Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang yang berbudi luhur dan berakhlak mulia.Beliau sewaktu sebelum memeluk Islam tidak pernah meminum arak dan ini menunjukan bahawa beliau memiliki sifat terpuji.Beliau juga berhemat tinggi dan bijak menyalurkan duit dan harta pada jalan yang betul.


            Beliau merupakan seorang yang dermawan dan seorang yang suka merendah diri.Ini terbukti apabila beliau membuat kenyataan “kalian ikutlah aku jika merasakan aku berbuat benar dan jika sebaliknya betulkanlah aku”sewaktu beliau menjadi khalifah.
            Selain itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a merupakan seorang yang berani,amanah dan jujur.

Contoh sifat dermawan Saidina Abu Bakar As-Siddiq
                        Beliau membebaskan hamba-hamba yang teraniaya seperti Bilal bin rabah,Amir bin Fuhairah dan Jariah bin Amir.Beliau juga telah membelanjakan hartanya untuk kepentingan  Islam seperti perbelanjaan Hijrah nabi ke Madinah dan peperangan Tabuk.Selain itu beliau juga telah memerahkan susu kambingnya untuk janda yang lemah sewaktu beliau menjadi khailfah.
            Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud”orang yang paling pengasih diantara umatku terhadap umatku yang lain ialah Abu Bakar”.Ini kerana Saiyidina Abu Bakar gemar membantu dan menyumbangkan hartanya kepada orang yang tidak bernasib baik.

Contoh keberanian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
            Sewaktu orang ramai tidak mempercayai Isra' mikraj Rasulullah Abu Bakar  dengan beraninya menyatakan pendiriannya,walaupun dia berhadapanan dengan pembesar –pembesar musyrikin Quraisy.Beliau menyatakan “Apa peliknya.bahkan saya percaya dan mengakui kebenaranya walaupun lebih daripada itu.Dengan itu beliau digelar As-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan.
            Selain itu beliau juga telah menemani rasulullah saw sewaktu baginda berhijrah ke Madinah sehingga baginda selamat sampai ke destinasi.Bersama Rasulullah pada ketika itu adalah amat berisiko kerana pada waktu itu orang kafir Quraisy hendak membunuh Rasulullah dan orang yang didampinginya.Dengan itu terbuktilah keberaniaan Abu Bakar.



Contoh ketegasan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
            Saiyidina Abu Bakar berpegang pada prinsip ajaran Rasulullah saw.Beliau tidak bertolak ansur terhadap orang-orang yang murtad,orang yang ingkar unuk membayar zakat dan nabi palsu.Beliau tetap bertegas meneruskan angkatan perang dbawah pimpinan Osamah bin Zaid yang telah dilantik oleh Rasulullah sekalipun disanggah oleh Saiyidina  Umar r.a.





Khalifah Umar bin Abdul Aziz


            Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah pada zaman Bani Umayyah. Beliau cukup dikenali dengan sifatnya yang dermawan serta bersederhana dalam hidupnya. Walaupun beliau tinggal di dalam istana di Damsyik, tetapi beliau tidak mengamalkan kehidupan yang mewah. Pernah suatu ketika semasa beliau sedang memberikan pidato di hadapan kaum muslimin, beliau berulang-ulang kali mengibas-ngibaskan bajunya di sebelah kiri serta kanan. Khalayak pun tertanya-tanya mengapa beliau melakukan sedemikian. Setelah selesai berpidato, rahsia mengenai perlakuannya itu terjawab juga. Baju yang beliau pakai sebenarnya baru sahaja dibasuh. Beliau tidak mempunyai baju lain lagi, jadi dipakainya juga baju itu. Untuk membolehkan baju itu kering cepat, beliau pun asyik mengibas-ngibaskan bajunya itu. Kisah ini menunjukkan yang khalifah Umar bukannya hidup dalam kemewahan walaupun beliau adalah seorang khalifah serta tinggal di dalam istana.

            Pernah pada suatu ketika seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik untuk menemui Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Ketika sampai di istana Khalifah, dia telah bertemu dengan seorang perempuan yang memakai baju yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki yang bergelumang dengan tanah kerana sedang membaiki rumahnya. Perempuan Mesir itu kemudiannya bertanya kepada perempuan itu dan apabila mengetahui yang dia adalah Fatimah, isteri khalifah, perempuan Mesir itu pun terkejut luar biasa. Sudah tentulah dia terkejut kerana mana ada permaisuri raja yang berkuasa memakai pakaian buruk seperti itu. Perasaannya pada masa itu sangat bercelaru kerana takut dan kagum. Bagaimanapun keramahan serta kelembutan budi pekerti Fatimah membuatkannya suka dan tenang hati. Apabila dia bertanya mengapa Fatimah tidak menutup dirinya daripada lelaki yang bergelumang tanah itu, dia sekali terkejut kerana lelaki itu sebenarnya adalah Khalifah Umar. Subhanallah! Seorang khalifah yang berkuasa, membuat kerja pembaikan sendiri tanpa meminta bantuan pekerja. Begitulah tingginya tahap budi Umar Abdul Aziz. Beliau sebenarnya tidak mempunyai pelayan di


istana itu sebaliknya satu-satunya pelayan adalah anak lelakinya sendiri. Ternyata khalifah Umar tidak mahu hidup dalam kemewahan walaupun beliau sebenarnya mampu.
Kemampuannya itu digunakan untuk membantu golongan-golongan fakir dan miskin di bawah pemerintahannya, bukan untuk kepentingan sendiri. Baginya biarlah beliau hidup susah daripada leka dengan kemewahan duniawi.

               Terdapat juga satu kisah di mana dapat menunjukkan sikap amanah beliau. Pada suatu malam sewaktu beliau sedang tekun bekerja di dalam bilik istananya, anak lelakinya masuk ke dalam bilik itu untuk membincangkan urusan keluarga. Dengan tiba-tiba beliau memadamkan lampu yang digunakan untuk menerangi bilik itu. Anaknya berasa hairan dengan tindakan ayahnya seraya bertanya mengapa dipadamkan lampu itu. Beliau pun berkata bahawa lampu yang digunakan adalah milik kerajaan. Minyak yang digunakan pula adalah dibeli dengan wang rakyat. Manakala perkara yang hendak dibincangkan pula adalah urusan keluarga. Lantas beliau meminta pembantunya membawakan lampu dari bilik dalam kemudian beliau pun berkata kepada anaknya itu, “Sekarang lampu yang kita gunakan adalah lampu keluarga kita dan minyaknya pula dibeli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda ingin bincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dalam diri pemimpin berkaliber selaku seorang pemerintah Bani Umayyah iaitu Umar bin Abdul Aziz.                   

              Daripada kisah seorang tokoh Islam ini, dapatlah kita katakan bahawa pengamalan Islam pada persekitaran awal merupakan satu cara hidup Islam yang sebenar. Islam sangat menekankan sifat bersederhana, suka membantu golongan yang memerlukan, jujur dan amanah serta palbagai lagi sifat mahmudah. Ternyata memang sangat jelas bahawa penghayatan ajaran Islam yang sebenar oleh umat Islam semasa persekitaran awal telah banyak memberikan kesan kepada kekuatan umat Islam keseluruhannya. Disebabkan itu Islam berjaya membina beberapa empayar ataupun kerajaan yang sangat hebat dan tinggi dari segi ketamadunannya sehingga dicemburui oleh orang-orang bukan Islam.

Beginilah kelebihan yang ada pada umat Islam yang bukan sahaja mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan yang kuat, malah mereka juga tidak lupa untuk menuntut ilmu demi memajukan diri, masyarakat dan agama Islam itu sendiri. Inilah apa yng dikehendaki oleh Islam sebenarnya iaitu sifat wasatiah yang bermaksud seimbang dari segi dunia dan akhirat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
 
 


Khalifah Ali bin Abi Talib


Riwayat Hidup

            Khalifah Ali bin Abi Talib merupakan sepupu Nabi Muhammad s.a.w. beliau dilahirkan 30 tahun selepas kelahiran baginda Rasulullah. Semasa kanak-kanak dan remaja, beliau diasuh oleh Rasulullah s.a.w. beliau diasuh dibawah cahaya Al-Quran setelah Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul. Beliau juga merupakan menantu Rasulullah. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang luas, bijak, fasih berpidato dan ahli sastera, kuat berpegang pada ajaran Al-Quran dan Sunnah, beriman dan tangkas menggunakan senjata, tegas zuhud terhadap Nabi. Beliau merupakan orang ketiga memeluk Islam dan merupakan jurutulis Rasulullah dalam menyampaikan perjanjian Hudaibiah pada tahun ke-enam Hijrah dan beliau mujahid yang menyertai semua peperangan bersama-sama Rasulullah kecuali peperangan Tabuk kerana beliau diamanahkan oleh Rasulullah untuk menjadi pemerintah Madinah. Beliau dipililh menjadi khalifah keempat dalam suasana umat Islam perpecahan selepas pembunuhan Saidina Usman r.a. Beliau menjadi khalifah selama 5 tahun (35-40 tahun).

Teladan Unggul

Jiwanya dipenuhi cahaya Al-quran
Beliau berkata “ Tanyakan kepadaku, tanyakanlah tentang apa sahaj yang kamu ingin tahu mengenai Al-Quran. Demi Allah! Tidak ada satu ayat pun daripada ayat-ayat Al-Quran yang tidak aku ketahui. Apakah ayat itu diturunkan pada waktu siang ataupun malam. ”
Hassan Al-Basori menyatakan, “ Al-Quran telah memberi semangat ilmu dan ilmu kepadanya. Al-Quran baginya bagaikan sebuah teman yang indah dan alam yang terang-benderang. ”


Tidak suka hidup mewah dan megah
Beliau memerintahkan orang-orang yang kembali dari Yaman kerana menyebarkan Islam supaya mengenakan pakaian yang bersih dan menanggalkan pakaian yang berharga hasil rampasan perang. Orang-orang itu berasa kurang senang dengan arahan Saidina  Ali r.a dan mengadukan kepada Rasulullah s.a.w. Jelas Rasulullah dengan hadisnya yang bermaksud “  Wahai kaum muslimin! Janganlah sesekali kamu berasa kurang senang dengan menggunakna perihal Ali. Demi Allah! Dia orang yang teramat berat perjuangannya pada jalan Allah, sehingga tidak layak untuk dikesali! ”

Tidak suka mencaci maki dan memburuk-burukkan orang lain sekalipun musuh
            Dua mujahid yang sama-sama menyokong Saidina Ali r.a. telah mencela Muawiyah. Lalu dilarang oleh Saidina Ali r.a. Mereka kepada Saidina Ali r.a. , “ Wahai amirul mukminin! Bergunakah kita berada di pihak yang salah?” jawabnya, “ Benar! Demi Allah penjaga kaabah.” “ Tetapi mengapa amirul mukminin melarang kami mencaci dan melaknat mereka?” tanya mereka pula, mahukan penjelasan. “ Saya takut, nanti kamu akan menjadi tukang caci dan tukang laknat orang. Oleh itu katakanlah begini : Ya Allah! Peliharalah darah kami dan darah mereka dan damaikanlah perselisihan kami dengan mereka. Tunjukkanlah mereka dari kesesatan supaya mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah sehingga kembalilah mereka yang derhaka kepada kebenaran.”

Kebenaran dan keperwiraan Saidina Ali
            Ada banyak bukti kebenaran Saidina Ali r.a., pertamanya beliau boleh dengan berani menyatakan sokongan kepada Rasulullah ketika semua keluarga Abdul Al-Mutalib enggan menerima dakwah Rasulullah, sedangkan pada waktu itu beliau masih remaja.
            Ketika Rasulullah  mahu meninggalkan rumahnya untuk berhijrah, beliau sanggup mempertaruhkan dirinya baring dikatil Rasulullah, bagi mengelirukan masyarakat Mekah.


Beliau antara orang yang terakhir berhijrah ke Madinah dengan melidungi empat muslimat semua bernama Fatimah dan telah membunuh orang yang cuba menghalang perjalanan hijrahnya.

Orang yang setia kepada khalifah-khalifah sebelumnya
            Saidina Ali r.a. menerima dan beriman dengan ketiga-ketiga khalifah sebelumnya dan telah memberi kerjasama kepada mereka. Beliau menjadi orang yang diamanahkan oleh Saidina Abu Bakar Siddiq r.a. untuk menjawab surat-surat rasmi. Beliau menjadi orang kepercayaan Saidina Omar r.a. dalam banyak peperangan dan penyebaran Islam. Beliau telah berusaha menghalang pemberontakan membunuh Saidina Usman r.a. dalam doanya disebut:
            “ Ya Allah! Aku berlepas diri tentang darah Usman!
               Ya Allah! Aku tidak membunuhnya, dan tidak pula membantu
   membunuhnya!
   Ya Allah! Laknatlah orang yang membunuh Usman!”
 
 
Bilal bin Rabah r.a


Kelahiran dan riwayat hidup beliau
            Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin Khalaf.
            Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.
Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan
Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam.
Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan musyrikin

menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w.
            Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!
            Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.
Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas".
            Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana.

Kelebihan beliau
            Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi

Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
            Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a.
            Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebut dan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.

Kematian beliau
            Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di mana pada hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan bertemu dengan para kekasih Muhammad dan sahabat baginda.”  Semoga Allah meredai beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan kepada Islam dengan balasan yang baik.


 


Khalifah Osman bin Affan.

 
Fakta Utama Khalifah Osman
          Saidina Osman bin Affan radiallahuanhu  dilahirkan lima tahun selepas kelahiran rasulullah SAW.Beliau memeluk Islam setelah menyahut dakwah Saidina Abu Bakar Assidiq.Seorang hartawan dan dermawan ,lemah lembut,berdiplomasi,tidak mudah marah dan kuat beribadah.Menjadi menantu rasulullah alaihi wassalam.Beliau berkahwin dengan Rukiah dan setelah Rukiah menunggal dunia  rasulullah mengahwinkannya dengan Umi Khalthum.Menjadi orang yang mula-mula berhijrah dalam zaman rasullullah dan utusan rasullah untuk berunding dengan pembesar Mushrikin Quraisy Mekah dalam peritiwa Hudaibiah.Menjadi orang kepercayaan Saidina Abu Bakar sebagai pemegang amanah dan juru tulis.Menjadi khalifah rasullullah SAW yang ketiga selepas Saidina Omar Al-Khatab meninggal dunia dari tahun 23-35 Hijrah.Dalam tempoh 12 tahun menjadi khalifah ,beliau mengalami dua keadaan iaitu keadan aman dan keadaan tidak aman yang disebabkan pemberontakan.Beliau dapat meneruskan dasar perluasan pengaruh Islam ke Timur,Barat dan keUtara.

Teladan Unggul

Kuat berpegang pada Agama.
                        Sewaktu diugut oleh Hakam bin Abil’as supaya kembali kepada agama Jahiliyah ,Saidina Osman Radiallahuanhu tetap berpendirian tegas.Katanya ,”demi Allah saya tidak akan meniggalkan agama Allah dan tidak akan berpisah dengannya selama-lamanya”.

Rasulullah mengakui sifat mulia saidina Osman Radiallahuanhu.
            Sebuah hadis menceritakan peribadi Saidina Osman  yang amat pemalu ,maksudnya:Aisyah bertanya kepada rasullullah SAW “Wahai rasullullah ! saya tidak melihat engkau berkemas untuk menerima kedatangan Abu Bakar dan Omar


sebagaimana  yang engkau lakukan terhadap Osman”.Jawab rasulullah  SAW dengan sabdanya”Osman itu seorang yang amat pemalu dan sekiranya saya izinkan ia masuk sewaktu saya sedang baring ,tentulah ia akan malu untuk masuk dan akan kembali sebelum ia menyatakan keperluan dan sebelum saya dapat memenuhinya.Wahai Aisyah ,tidakkah saya akan malu terhadap orang yang disegani oleh malaikat?”.Orang yang paling penyayang dari kalangan umatku ialah Abu Bakar ,orang yang paling keras berpegang kepada Agama Omar dan orang yang paling pemalu Osman(maksud hadis).

Berpendirian Teguh Menghadapi Cabaran.
                        Ada banyak contoh tentang pendirian Saidina Osman dalam menghadapi cabaran seperti cabaran Hijrah yang pertama ke Habsyah,sehingga rasulullah SAW mengakui bahawa orang yang kedua berhijrah kepada Allah selepas nabi Luth ialah Sidina Osman.
            Sewaktu pemberontak menghampiri rumahnya ,ada orang yang simpati dengan memberi tiga cadangan iaitu menentang dengan kekuatan tentera,menyelamatkan diri dan berlindung ke Mekah.menyelamatkan diri ke Syam dibawah pengaruh saudaranya Ma’awiyah.Jawab beliau tentang saranan engkau supaya aku keluar dan menentang mereka ,maka demi Allah ,saya tidak mahu menjadi khalifah rasul yang pertama  sekali menumpahkan darah.Tentang menyelamatkan diri ke Mekah saya saya mendengar SAW bersabda (maksudnya):Ada seorang lelaki Quraisy yang berlindung di  Mekah,pada hal dengan berbuat demikian ia mendapat separuh dari seksa dunia,dan saya tidak mahu menjadi lelaki yang dikatakannya itu.
            Adapun pergi ke Syam ,kerana disana ada Ma’awiyah ,maka demi Allah ,Tidak!saya tidak akan meninggalkan tempat saya berhijrah dan berdekatan dengan rasulullah,selagi nyawa saya masih dikandung badan!.

Berkorban Untuk Islam
                        Saidina Osman Radiallahuanhu telah banyak berkorban harta benda untuk menegakkan Islam terutamanya menyerahkan harta untuk berperang menghadapi musuh.Dalam peperangan Tabuk  mengikut Ibnu Shihab Ai-Zahri,Saidina Osman telah


memberi 940 ekor unta dan 60 ekor kuda.Khuzaifah pila memberitahu Saidina Osman dating berjumpa rasulullah menyerahkan 10 000 Dinar.
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya),”Allah telah mengampuni dosa-dosamu,Osman!banyak yang kamu sembunyikan atau kamu nyatakan ,begitu juga apa yang terjadi sehingga hari kiamat.”Saidina Osman Radiallahuanhu hartawan yang tidak menjadi hamba dunia.

Saidina Osman  memeluk Islam.      
            Saidina Osman Radiallahuanhu sebelum diutuskan rasulullah merupakan orang yang amat kagum terhadap peribadi nabi Muhammad SAW.Dalam perjalanan pulang dari berniaga ke Syam beliau berehat dibawah pohon disuatu tempat yang terletak antara Ma’an dan Rizka’.Dia tertidur dan bermimpi ada orang memberitahu  bahawa Ahmad (rasulullah)  telah dibangkitkan di Mekah .Dia amat gembira mendapat mimpi itu.Ketika sampai di Mekah didapati mimpinya memang benar,nabi Muhammad SAW  telah diutuskan oleh Allah menjadi rasul,Saidina Abu Bakar Radiallahuanhu telah menganut gama yang di bawa oleh nabi Muhammad SAW.
            Apabila Saidina Abu Bakar membisikkan kepadanya supaya memeluk Islam ,beliau dengan tenang hati menerimanya .Beliau rela meninggalkan kedudukan yang mulia dikalangan kaumnya dan meninggalkan hidup mewah  semata-mata kerana Islam.
            Beliau menemui rasulullah SAW dan menyatakan keIslamannya, serta sedia berkorban apa jua untuk mempertahankan  Islam .Rasulullah menghargai keIslaman Saidina Osman Radiallahuanhu dengan menggelar sebagai Muhajir iaitu orang yang berhijrah dengan ungkapan (maksudnya),”Muhajir yang pertama selepas nabi Luth Alaihisalam.