Khamis, 23 September 2010

6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain


GAMBAR klip video YouTube menunjukkan kumpulan lelaki yang membakar kitab al-Quran di bandar Gateshead, utara Britain.


LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.
Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.
Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.
Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.
Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.
Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.
Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.
Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.
Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.
Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.
Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi
dipetik daripada kosmo online.. dunia dah nak kiamat...jika yang bersalah ialah umat islam kenapa pula agama yang suci ini dipersalahkan ? Sebagai agama yang mempunyai berbilion penganut, tentulah tidak semua penganutnya baik. Tetapi aku cukup pelik , jika orang lain yang buat salah ( bukan Islam ) hanya dia yang dipersalahkan dan bukan pula agama yang dianutinya...ini satu lagi contoh yang ku ambil daripada laman web
http://www.zurmat.com



jadi kepada semua umat islam..marilah kita bersatu, lupakan warna kulit dan sempadan negara, untuk menjernihkan semula imej islam yang diperkota-katikkan oleh kaum kafir dengan menunaikan segala perintah Allah Azzawajalla dan meninggalkan segala larangannya. Amin.

Tiada ulasan: