Sabtu, 18 September 2010

khaLifaH misteRi

dipetik daripada :
http://www.al-azim.com/masjid/kisah3.htm



KHALIFAH YANG MISTERI
Pada suatu malam hartawan Abdurrahman bin Auf dipanggil oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk diajak pergi ke pinggir kota Madinah.

‘’ Malam ini akan ada serombongan kafilah yang hendak bemalam di pinggir kota, dalam perjalanan pulang,’’ kata Khalifah Umar kepada Abdurrahman bin Auf.

‘’ Lalu maksud anda bagaimana?’’ Tanya Abdurrahman.

‘’ Oleh kerana kafilah itu membawa barang dagangan yang banyak, maka kita ikut bertanggungjawab atas keselamatan barang dari gangguan tangan-tangan usil. Jadi nanti malam kita bersama-sama harus mengawal mereka,’’ sahut Khalifah.

Ajakan itu disambut gembira Abdurrahman. Bahkan dia sudah mempersiapkan jiwa-raganya untuk berjaga semalam suntuk ! Tetapi apa yang terjadi di sana? Ternyata lain dengan yang diduganya semula.

Ketika malam telah mulai sepi, Khalifah Umar bin Khattab berkata padanya. ‘’ Abdurrahman… kau boleh tidur ! Biarlah saya saja yang berjaga-jaga. Nanti kalau ada apa-apa kau saya bangunkan? ‘’

Apakah Abdurrahman lantas berangkat tidur, tidak diceritakan. Tetapi yang terang, Khalifah Umar bin Khattab betul betul menjadi ‘ penjaga malam ‘.
Khalifah Umar bin Khattab memang seorang pemimpin yang suka melakukan perbuatan-perbuatan yang aneh. Bahkan sering mengerjakan perbuatan yang baik secara diam-diam. Akibatnya, orang yang ditolongnya tidak tahu, bahawa penolongnya adakah khalifah yang mereka cintai.

Suatu malam Auza’iy pernah ‘memergoki’ Khalifah Umar masuk rumah seseorang. Ketika keesokan harinya dia datang ke rumah itu, ternyata penghuninya seorang janda tua yang buta dan sedang menderita sakit. Janda itu mengatakan, bahawa tiap malam ada orang yang datang ke rumahnya untuk mengirim makanan dan ubat-ubatan. Tetapi siapakah nama orang itu, janda tua itu tidak tahu ! Padahal orang yang tiap malam datang ke rumahnya, adalah khalifah yang mereka kagumi.

Suatu malam Khalifah Umar berjalan-jalan di pinggir kota. Tiba-tiba didengarnya rintihan seorang wanita dari dalam sebuah khemah yang kumal. Ternyata yang merintih itu seorang wanita yang mahu melahirkan . Di sampingnya, duduk suaminya yang kebingungan. Maka pulanglah Khalifah ke rumahnya untuk membawa isterinya, Ummu Kalsum untuk menolong wanita yang akan melahirkan anak itu.

Tetapi wanita yang ditolongnya itu pun tidak tahu … bahawa orang yang menolongnya dirinya adalah Khalifah Umar, Amirul Mukminin yang mereka cintai...

kalu kELantan..mesti kn tindakan teGas.... ??? terima kasih semua

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) kesal dengan insiden membakar dan membaling mercun oleh penyokong bola sepak Kelantan ketika pasukan negeri Che Siti Wan Kembang itu berdepan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia, Selasa lalu. 

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya mengenakan tindakan tegas kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) atas tindakan liar penyokong negeri itu ketika perlawanan di Stadium Sultan Muhammed IV.
“Ini mungkin boleh dielakkan, melainkan KAFA boleh berjanji dengan FAM untuk memastikan perkara sama tidak akan berulang pada masa depan,” katanya selepas melawat Kawasan Pantai Peranginan Penunjuk untuk dijadikan kawasan selaman pantai di sini, kelmarin.
Ahmad Shabery berkata, penyokong negeri berkenaan seolah-olah tidak pernah serik dengan insiden sedemikian biarpun KAFA sering kali dikenakan tindakan disiplin dan denda oleh FAM pada musim lalu. 

Katanya, beliau kesal dengan tindakan penyokong Red Warriors yang tidak menunjukkan semangat kesukanan dan mencemarkan kemeriahan sukan itu. 

Insiden membaling mercun berlaku selepas pengadil, Yusof Mat Karim memberikan sepakan penalti kepada Negeri Sembilan apabila pertahanan tuan rumah, S Subramaniam menjatuhkan Idris Karim. 

Sebelum ini, KAFA pernah dikenakan tindakan denda sehingga RM50,000 berikutan tindakan liar penyokong mereka ketika menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, November tahun lalu. 


kalau kelantan..asyik kena denda.. kawan aku farisham ismail, kn baling mercun ( sampai pagi bengang telinga ) di NS tahun, lepas..mercun sampai dalam padang. di Perlis pun kena juga...tp mcm biasa, kelantanlah yang jahat, penyokong lain baik-baik belaka. Terima kasih FAM daN KBS ( Ahmad Shabery ). Semoga dosa ku, ibu bapaku, guru-guruku dan semua muslimin dan muslimat diampunkan ALLAH TAALA.Amin.

Jumaat, 17 September 2010

petua- ingin kurus tanpa makan @ ambil ubat.. baCaLah

Tapi sebelum tu , aku  ingin terangkan bahawa, petua yang ku paparkan dalam blog ini, tidak semestinya mujarab kepada semua orang..kerana kita hanya merancang tetapi ALLAH AZZAWAJALLA jua yang menentukanya tp sebagai hamba..kita disuruh berusaha dan bertawakkal..



PeTua : IngIN kurus TanPa makan UBat


1. maKaNLah keTika Lapar daN berheNti sEbeLum keNyaNG
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Jika tidak tahan lapar, biasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi. Tapi berhentilah sebeLum anda berasa kEnyaNG. Dari segi jumlah, lebih baik makan banyak kali daripada makan banyak   

walaupun sesekali.
2. mInumlah sedikit koPi atau makaNlah buah-buahan dahulku sebelum makan nasi
Minumlah kopi sedikit atau kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahitd dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekuranganenzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. Jika kita makan buah-buahan sebelum makan nasi, ini akan dapat mengelakkan kita makan terlalu banyak.
3. mInuMLah  8 GELAS AIR Sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan menghancurkan simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. jGN minum minUMan berkarboNat
Minuman berkarbonat @ bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam setin @ sebotol jadi ia  tidak baik untuk kesihatan tubuh malah akaN menyebabkab penyakit kencing manis jika berlebihan.
5. kUraNGkan GaraM daLam masaKan
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan takungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. BersaRaPan PAGii
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. JanGaN GeLOjoH ( makaNlah perlahan-lahan )
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan dengan kata lain kunyahlah bnyak kali ( ikut sunnah rasanya 40 x ).
8. Kunyahlah makaNan sehingga betul-betul hanCur sebeLum meneLaN
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. Baik juga untuk usus anda nii.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. ( 
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga bolehmembuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya 
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenanglah dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

petua ni aku ambil daripada internet...copy dan paste je kat sini ...edit sikit2... kepada yang bagi ilmu ni.. aku minta halalkan dunia dan akhirat..kalu ada hakcipta , hubungi aku....

Khamis, 16 September 2010

PiLuuuu


seCara peribadi, biarlah aku dedahkan di sini, aku dan Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1, Kota Bharu
kehilangan seorang penderma yang dermawan. Allahyarham Noorhisyam Pegawai CIMB yang menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama jutawan kosmetik dan lain-lain pada 30 Ogos yang lalu pernah mendermakan wang sebanyak dua ribu ringgit untuk program ihya ramadhan sekolah kami tahun lepas. Hanya ALLAH TAALA saja yang dapat membalas budi baiknya itu. Ya ALLAH, kau tempatkanlah Allahyarham Noorhisyam, Arwah Datuk Sosilawati Lawiya, Allahyarham Kamaruddin dan Allahyarham Ahmad Kamil  bersama para syahid dan para syuhada. Amin.hai, rasa nak jumpa je dengan pembunuh 2! Nak tengok macamana rupanya manusia yang bertopengkan syaitan.....

Rabu, 15 September 2010

sYukurLah -raMai Yg teLaH sEdaR


AssaLaMuaLaikum kaWan2. terkejut Gak daN bersYukur deNgan kOmeN oraNG ramaI daLam keS jutawaN kosMetik diBunuh daLam berita HarIaN oNLiNe. RamaI yG mEnuNtut hukuM huDud @ QisaS dijalaNkan..Pada aKu, Jika huKumaN itu diLaksanakaN 10 taHUn @ 20 taHUn duLu @ seKaraNG itu Tidak meNjadi sOaL tP BagaiMaNa cara Kita Nk jaDikaN HukUM itu saTu kEnyataaN ??? SBB Jika kita terus MeNgGUnakaN huKuman spt seKaraNG..maKIn raMaiLah Yg akaN meNjadi maNgsa kezaLIman PenJenayah. Pihak kerajaan, NGO atau pembangkang cubaLah fikirkan Kaedah terbaik untuk jalaNkan hukuM huDud dan QisaS...teTaPi seBeLum itu, didiklah masyarakat daHULu aGar mereKa meNJd insaN yanG bertaKwa.....

jiraN yG buNuH arwah Ustazah dan anak didakwa




Jiran bunuh ustazah, anak dihadapkan ke mahkamah

SEREMBAN: Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh dua beranak itu. 

Ali Tan Abdullah, 34, dituduh membunuh Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, di B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson di antara 3.15 petang, 2 September hingga 10.15 pagi, 3 September lalu.
Ali Tan, pekerja pemasang paip gas industri, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh. 

Majistret M Mageshwary, kemudian memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah kerana kes pembunuhan itu berlaku di kawasan itu. 

Beliau menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu. 

Tertuduh diwakili peguam John Fernandez. - dipetik daripada agensi berita Bernama 


Pengajarannya ialah, jika anda wanita @ gadis jangan percayakan sesiapa walaupun dia jiran anda.Moga roh arwah 


dan anaknya ditempatkan bersama ahli syurga.Amin. Kepada ahli keluarga. semoga tabah dan redha.Amin.

Isnin, 13 September 2010

sEmOGa iBu kU cePat SeMbUh

Mek ( panggilan untuk ibu ) aku dimasukkaN kE waD DaHLia HBKB seMaLaM keraNa saKIt BadaN ( TuLaNG ) setelaH terjaTUh daLam biLik air RamaDhaN yG LaLU. aKU x daPaT oNliNe La 2,3 haRi Ni. SeMOGa MeK CePaT SeMBUH. Amin. Tidak ketinggalan , aku berdoa agar roh mangsa-mangsa yang dibunuh kejam di LadaNG Gadong ditempatkan dalam kalngan orang solih dan sOlihaH.Amin.



Ahad, 12 September 2010

PetUa waRisaN kiTA

Elak ikan melekat ketika digoreng
- Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri
- Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
- Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Mengilatkan periuk
- Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
- Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
- Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Kembali ke kandungan
Mengelakkan gula dimasuki semut
- Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
- Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
- Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
- Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Melembutkan daging
- Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
- Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
- Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
- Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
- Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
- Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
- Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.
Mengelak kain batik daripada luntur
- Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
- Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
- Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit
- Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
- Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
- Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Kacang hijau cepat empuk
- Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.

Cara membersih botol susu hingga berkilat
- Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

aku ambil drp kosmo online utk kwn2 semua bc.

Peguam ada harta luar biasa

PEJABAT peguam di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di Banting dipercayai milik peguam Patmanaban (gambar kecil) yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Sosilawati.


BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.
Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.
"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.
Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah.

Kronologi kes Sosilawati- dipetik drp Berita Harian Online

KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain

6 September 2010 

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.
7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. 

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta. 

8 September 
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. 

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos. 

9 September 

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan. 

10 September 

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. 

Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu. 

11 September 

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya. 

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun. 

dOa uNtuk iBU baPa



AssaLaMuaLaikUm..
Rasa seDih saNgaT denGan kejadiaN di NeGara kita sekaRaNg...anak sendiri disembelih, ayah datuk dan nenek dibunuh, anak kecil yang tak berdosa dibuang sesuka hati, di dalam tong sampah, disungai, kanak-kanak dibunuh ( masih ingat lagi kalian kes Arwah NuriN JazLina ) dan lain-lain lagi..Yang terbaru misteri kehilangan jutawan kosmetik, pemandu, pegawai bank dan peguamnya pula, ditahan, dibunuh , dibakar dan abunya dibuang ke sungai... Aku bukanlah pengamal undang-undang, penguatkuasa, hakin atau jauh sekali ahli politik... tetapi aku rasa, sudah sampai masanya kita kembali kepada al-quran dan hadis nabi S.A.W dalam menyelesaikan masalah ini.. kurangkanlah hiburan di dalam negara, dasar langit terbuka hendaklah dipantau sepenuhnya oleh kerajaaan, undang-undang hudud juga mungkin sudah tiba masanya dikuatkuasakan kerana pada pendapat aku, undang-undang inilah sebenarnya yang sesuai dengan fitrah manusia iaitu menghukum untuk memberi pengajaran kepada manusia lain..Bukankah kita ini dicipta oleh ALLAH TAALA jadi hukumanNYA jua yang dapat mengatasi tabiat buruk manusia itu sendiri.


     Aku bukanlah baik sangat atau pandai sangat tapi aku rasa, kita bertanggungjawab kepada negara kita..kerana cinta akan negara lah aku lontarkan pandanganku ini. Aku tidak mahu negara yang didiami oleh anak cucuku tidak selamat..walau bagaimanapun jika ada orang yang tak bersetuju, kalian bolehlah komen di bawah nukilanku ini. Perselisihan pendapat adalah baik untuk mencari jalan yang terbaik. Oh ya, nukilanku ini tak ada kaitan dengan doa di atas! MaaF!


     Doa di atas ialah doa yang sering diamalkan oleh kita semua selepas solat lima waktu atau selepas solat sunat. Doa ini adalah untuk meminta ampun dosa kita dan dosa kedua ibu bapa kita serta memohon agar mereka dijaga dan dipelihara oleh ALLAH TAALA. Wallahualam.