Catatan masa. Gaza kembali panas? 14/04/2011
12.25 pagi, Palestin/Mekah(13/04: 11.25 malam, Mesir): Rejim zionis menembak ke arah kawasan penduduk. Sementara bot laju zionis turut melepaskan tembakan ke arah nelayan Gaza.
Terkini, 13/04/2011
Misi ke Gaza, Freedom Flotilla 2 pada Mei 2011 akan datang.
03.40 petang, Palestin/Mekah(02.40 petang, Mesir): Menteri Kesihatan Gaza meminta supaya dilaksanakan langkah perlindungan terhadap penyelamat(ambulan, krew perubatan) dari kekejaman zionis.
02.50 petang, Palestin/Mekah(01.50 petang, Mesir): Jalan ke arah penubuhan Negara Palestin masih panjang - Penjajah
02.45 petang, Palestin/Mekah(01.45 petang, Mesir): Kebudayaan Gaza kritik karnival tarian di Ramallah, Tebing Barat.
02.08 petang, Palestin/Mekah(01.08 petang, Mesir): Desakan terhadap Presiden Ukraine bagi menyiasat Abu Sisi yang diculik MOSSAD Israel.
Catatan masa di Tanah Palestin, 12/04/2011
13 APRIL 2011
[Turutan bermula dari bawah]
04.31 petang, Palestin/Mekah(03.31 petang, Mesir): Empat pekerja terowong bawah tanah di Rafah sesak nafas. Jelas Safa, mereka sesak nafas kesan dari gas-gas sisa peluru pesawat zionis dalam serangan akhir-akhir ini.
02.54 petang, Palestin/Mekah(01.54 petang, Mesir): Tentera rejim penjajah menangkap beberapa orang remaja Palestin di kawasan Abu Des, selatan BatiulMaqdis.
01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Sebuah delegasi perubatan Britain melawat Semenanjung Gaza.
01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Pihak keamanan Palestin Ramallah tangkap 3 anggota HAMAS di Tebing Barat.
01.27 petang, Palestin/Mekah(12.37 petang, Mesir): Seorang wanita Palestin yang hamil mengalami keguguran selepas rumahnya digeledah tentera penjajah di Awwarta, Tebing Barat.
Berita Al-Jazeerah: Tentera penjajah merempuh daerah Bitonia di Tebing Barat. Sementara itu, seramai 9 penduduk Palestin dari berlainan Wilayah di Tebing Barat telah ditangkap tentera penjajah awal pagi tadi.
Sumber 12/04/2011, safa.ps
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 4:18:00 PM
Label: Berita, Gaza, Semenanjung Gaza, tenang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan