| PEDOMAN BAHASA |
| PRAKATA |
| Salah satu khidmat yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk |
| menyelesaikan masalah bahasa yang dihadapi oleh pengguna bahasa ialah |
| Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Melalui KNB pelbagai pertanyaan tentang |
| bahasa, seperti penggunaan ejaan Rumi dan Jawi yang betul; penggunaan |
| istilah yang tepat; serta penyemakan tatabahasa boleh dikemukakan oleh |
| pengguna bahasa. |
| Untuk terbitan pertama Pedoman Bahasa pada kali ini, kami mencuba |
| mendedahkan beberapa kekeliruan dan pertanyaan bahasa yang pernah |
| dikemukakan oleh pengguna bahasa, serta jawapan bagi kekeliruan dan |
| pertanyaan tersebut. |
| Pedoman Bahasa merupakan kesinambungan daripada terbitan kami yang |
sebelumnya, iaitu risalah Ke Arah Bahasa Melayu yang Berkesan. Terbitan |
pertama ini menjurus kepada 3 bahagian: |
| |
| i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang |
| Dipertuan, dan Yang di-Pertuan |
| ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa |
| iii. Kata dan Makna |
| |
| Kami berharap, pedoman ini dapat membantu pengguna bahasa |
| mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa. |
| |
| Sekian, terima kasih. |
| |
“BAHASA JIWA BANGSA” |
| “CINTAILAH BAHASA KITA” |
| |
| (HAJAH ZAITON BINTI AB. RAHMAN) |
| Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, |
| Jabatan Bahasa, |
| Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| |
| |
| BAHAGIAN 1 |
| Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-Pertua, |
| Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan |
| |
| |
| Pengguna bahasa Melayu masih lagi keliru mengeja frasa Yang Dipertua, |
| Yang di-Pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-Pertuan. Kekeliruan |
| ini mungkin disebabkan oleh ketidakselarasan penggunaan frasa tersebut, |
| terutamanya dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. |
| |
| Mulai tahun 2000, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Jawatankuasa |
| Biro Pengaduan Bahasa telah memutuskan untuk menyelaraskan ejaan bagi |
| frasa tersebut. Tiga bentuk penulisan yang betul telah diputuskan, iaitu Yang |
| Dipertua, Yang di-Pertua, dan Yang di-Pertuan, manakala ejaan |
| Yang Dipertuan dianggap salah. Penggunaan ketiga-tiga frasa tersebut |
| adalah khusus untuk jawatan atau pangkat tertentu. |
| |
| Frasa Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesuatu |
| organisasi atau pertubuhan, contohnya: |
| |
| Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu |
| Yang Dipertua Dewan Perniagaan Cinta Malaysia |
| Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia |
| |
| Bagi ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, frasa |
| yang digunakan ialah frasa Yang di-Pertua, contohnya: |
| |
| Yang di-Pertua Dewan Negara |
| Yang di-Pertua Dewan Negeri |
| Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
| |
| |
| |
| |
| Frasa Yang di-Pertuan pula digunakan khusus untuk ketua negara dan |
| ketua negeri, contohnya: |
| |
| |
| Yang di-Pertuan Agong |
| Yang di-Pertuan Negeri |
| Yang di-Pertuan Besar |
| |
| |
| Penggunaan bentuk ejaan Yang di-Pertuan dan Yang di-Pertuan ini |
| adalah selaras dengan bentuk yang digunakan secara rasmi oleh Jabatan |
| Perdana Menteri dan bentuk ini juga telah digunakan dalam Perlembagaan |
| Persekutuan. |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| BAHAGIAN 2 |
| Soal Jawab Masalah Tatabahasa |
| |
| Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, melalui Khidmat Nasihat |
| Bahasa selalu menerima pelbagai pertanyaan bahasa, seperti tatabahasa |
| bahasa Melayu. Antara pertanyaan yang diterima dan jawapan yang telah |
| diberikan termasuklah: |
| |
| |
| 1. Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar? |
| Contohnya: |
| Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, |
| guru- guru dan rakan-rakan sekalian… |
| |
| Jawapan |
| |
| Menurut peraturannya, kata nama am tidak dieja dengan huruf besar |
| (huruf pertamanya). Jadi, “Tuan pengerusi majlis, yang |
| berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan” |
| sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam |
| teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru |
| besar boleh ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja) |
| kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk |
| orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. Maka, |
| huruf besar boleh digunakan seperti dalam nama khas untuk kata |
| Tuan Pengerusi Majlis dan Yang Berusaha Guru Besar, |
| kecuali untuk kata guru-guru dan rakan-rakan kerana kata |
| tersebut ditujukan secara umum kepada yang hadir dalam majlis |
| tersebut. |
| |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan