Ahad, 5 Jun 2011

kuliah islam

 1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

:sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim‼:

Cermin diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

ku mulai "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG"............... ku tersenyum..kau tersenyum..kemesraan menguntum..

Adab : MEMBERI SALAM
Tarikh : 1/2/2003 7:28:14 AM
Daripada : Zindagi Ekk Safar(bohot bohot syukria)©





MEMBERI SALAM

Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

Hikmah memberi salam :

- mendapat keredhaan Allah

- mendapat doa dari para malaikat

- akan mendukacitakan iblis

- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)

- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih selesa dengan hanya menyebut "Hai". Kononnya lebih mudah dan ringkas. Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ini segalanya perlu cepat. Kalau menyebut "Assalamualaikum", belum habis menyebut salam, orang tersebut sudah tiada di depan mata. Itulah antara alasan yang sering digunakan apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka lebih suka mengucapkan "hai" daripada "Assalamualaikum". Tapi sebenarnya ia menunjukkan betapa rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hari ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa menyebut "Assalamualaikum" dah tak serasi dengan zaman, dah tak moden dan tak ikut arus peredaran zaman. Memberi salam juga seolah-olah hanya budaya pak aji dan mak aji sahaja. Sedangkan memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya. Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah perkara yang terbaik di dalam Islam?" Beliau menjawab: "Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan di antara hak Muslim adalah mengucapkan salam kepada sesama Muslim.

Sabda Rasulullah SAW: "Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga sehingga mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta. Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling menyinta? Sebarkan salam di kalangan kamu."

"Dari Abu Hurairah Ra, "Rasulullah SAW bersabda, "Yang berkendaraan lebih dahulu mengucapkan salam kepada yang berjalan kaku; yang berjalan kaki

mengucapkan salam kepada yang duduk, dan rombongan yang sedikit mengucapkan salam kepada rombongan yang banyak." (HR. Muslim)

Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku

ADAB MEMBERI SALAM.......
Tarikh : 9/4/2002 2:07:30 AM
Daripada : Zana



ADAB MEMBERI SALAM

HUKUM MEMBERI SALAM :
Hukum memberi salam adalah sunat muakad bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

ORANG YANG PALING UTAMA MEMBERI SALAM :
 Yang
berjalan kepada yang duduk.
 Yang muda kepada yang lebih tua.

 Yang
berkenderaan kepada yang berjalan kaki.
 Yang berada di luar kepada yang
berada di dalam.
 Yang berada di belakang kepada yang berada di depan.

Yang mahu meninggalkan majlis kepada yang berada di dalam majlis.

MAKRUH DIUCAPKAN SALAM KEPADA :
 Orang yang sedang azan atau iqomah.

 Orang
yang sedang mengajar ilmu agama.
 Orang yang sedang membaca Al-Quran.

Orang yang sedang membuang air besar/kecil.
 Orang kafir dan musuh-musuh
Islam.
 Yang mahu meninggalkan majlis kepada yang berada di dalam
majlis.

ORANG TIDAK WAJIB MENJAWAB SALAM :
 Orang yang sedang
Sembahyang.
 Orang yang sedang mengajar ilmu agama.

 Orang yang sedang
membuang air besar/kecil.
 Orang yang menerima salam setelah bercakap-cakap
dengannya.
 Orang yang suka meminta-minta.


HIKMAH MEMBERI SALAM :
 Mendapat keredhoaan Allah.

 Mendapat doa dari para Malaikat.

Akan mendukacitakan iblis.
 Dapat membersihkan diri dari sifat-sifat
mazmumah (keji).
 Dapat mengukuhkan persaudaraan
Islam.

Wallahua'alam
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

4 Cara Kenal Keaiban Diri
Tarikh : 10/20/2002 4:29:12 PM
Daripada : nur





1). Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

Tiada ulasan: