Selasa, 19 Jun 2012

Puisi Aku Usaha- oleh Hilal Asyraf


Puisi Aku Usaha

Tuhan
Engkau suruh aku berusaha,
maka aku terus cuba mencuba,
tolak tepi semua duga,
merempuh sengsara derita,

Susah wahai Tuhan
kerana aku manusia punya jiwa,
ada masa lemah tidak tertahan,
ada masa berdarah terluka,
Adakala rasa mahu berhenti, 
tetapi hanya Dikau punca gerak langkahku ini,
justeru bila jatuh,
aku tetap bangun lagi.

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka tidaklah ada cita melainkan yg tinggi
Engkau Maha Tahu wahai Tuhan bahawa tidak ramai memahami diri ini,
tetapi aku berusah kerana Engkau yg memerhati.

Aku berselisih dengan mereka,
mereka dan mereka,
hatta org yg aku cinta juga tidak mampu mendalami apa yg aku usaha,
kadangkala dalam langkahan ini aku terasa sunyi,
entah berapa gelen jejesan air mata menemani,
bukan mudah wahai Tuhan,

sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


Kalaulah bukan kerana Mu wahai Tuhan,

maka usaha ini telah lama aku henti,
tetapi aku masih melangkah hari ini Tuhan, tanda aku masih usaha,
masih percaya
kepada Mu tanpa ragu di dalam hati.


~ Hilal Asyraf ~
1332
161111
Irbid.
Jordan.

Tiada ulasan: